Pages

Showing posts with label Resepi: Dessert. Show all posts
Showing posts with label Resepi: Dessert. Show all posts

Saturday, 9 March 2013

Resepi: Melty Hershey @ Lapis Cheesy


Dah lama dgr nama melty hershey ni. Ramai bakers kat FB dok menjual. Tak tau lah sapa gerangan yg cipta resepi dan dari mana datangnya idea dessert ini. Bila dah asyik terpampang kat FB akan dessert yg nampak menggiurkan mcm ini, maka lama-lama timbullah rasa curious dan teringin. 

Masa nama dessert ini mula meletup, nak carik resepinya punye laaaaa susah. Last week, tetiba pulak teringin nak makan, kita pun cuba search resepi ini, wallaaaahhhh.... berderet-deret keluar kat list uncle google. Belek satu-satu sampai mual, lebih kurang serupa aje bahan-bahan yg digunakan... maka, utk cubaan pertama, kita try resepi drpd blog Masam Manis

Tengok kat bahan-bahan, ada cream cheese. Serta merta teringat satu lagi nama yg agak glem - lapis cheesy... Rasanya dua mende ni adalah sama kot. Sebab kalau tgk end productnya, sama lagi serupa akan rupa parasnya - berlapis2. Satu tanda tanya lagi, nama melty hershey ni, kita ingat wajib guna product Hershey's... rupa-rupanya tidak.. Tah apa pasal tah tukang reka resepi ni dok taruk nama hershey... 

Meh tgk bahan2 yg telah diadaptasi dr resepi di blog Masam Manis. Kalau nak tgk yg original, sila click kat nama Masam Manis kat atas nun ye...

Bahan-bahan cheese:

250gm cream cheese Philadelphia - biar suhu bilik
200gm non dairy whipping cream (mesti kekal sejuk)
1 bekas kecik plain yogurt - aritu beli cap Tesco aje.. murah..
90gm gula kastor

Cara-cara:

Dalam mixing bowl, satukan cream cheese dgn gula. Putar sampai gebu.
Masukkan yogurt. Putar rata.
Dalam mangkuk lain, putar whipping cream yg sejuk sampai kental. Kalau suhu bilik, sila jgn putar sbb keje anda adalah sia-sia.
Masukkan whipping cream yg dah diputar tadi ke dalam adunan cheese. Kaup balikkan sampai rata.
Dah siap.

Bahan-bahan lapisan:

Biskut Oreo
Biskut digestive
Almond cincang
Sos coklat Hershey's

Cara melapis:

Sediakan bekas. Kalau nak melaram mcm bungkusan yg org jual, boleh la guna botol kaca hexagon. Tak pun, bekas plastik yg cantik, atau pun gelas cocktail... atau apa2 je lah ikut kreativiti korang.

Hancurkan biskut oreo dgn digestive. Satukan dgn almond cincang. Gaul rata. Tabur kat dasar botol/bekas.

Masukkan adunan cream cheese ke dalam piping bag dan paipkan atas lapisan biskut. 

Pas tu, tuang sos coklat Hershey's. Dan ulang semula sampai penuh.

Kalau nak guna bahan lain pun ok. Ada yg guna sos strawberry, fresh fruits, hazelnut, M&M's, parutan coklat susu, etc etc... Tak salah pun asalkan sesuai dgn tekak masing2.



Monday, 14 January 2013

Resepi: Pavlova

Masa pavlova tgh boom boom dulu, kita belum ambik pusing lagi.. Tapi bila seluruh wall facebook penuh dgn cerita & gambar pavlova, maka kita pun tergerak nak ambik tau. Apa benda pavlova tu? Kita pun tanya laaa pakcik google yg mengheret kita ke pakcik wiki. Katanya, pavlova adalah sejenis pencuci mulut yg berasaskan meringue, dan dinamakan sempena nama seorang penari balet dr Russia iaitu Anna Pavlova. Kalau nak tau cerita lebih lanjut sila jumpa pakcik wiki kat sini ye...

One fine day, kawan kita, Umi namanya, nak celebrate birthday kita kat Delicious, Jalan Tun Razak. Pavlova kat situ sedap, katanya. Dan kita pon order, datangnya dalam gelas tinggi. Rasanya? Maaaaakkkk aiiihhhh... manis sampai nak tertanggal kulit gusi... Tapi sedap laaa kalau kurang manis, nak nak ada buah fresh. Lepas tu, dah tak makan dah pavlova... sampai laaaa tetiba rasa teringin nak makan sbb kat wall penuh semula dgn cerita dessert manis ini. Ye laaa... kelas pavlova sana sini, jual pavlova sana sini, makan pavlova sana sini....sapa tak tergugat kan wpun ala-ala bertaubat dgn kemanisan pavlova pertama aritu..

Jadinya, kita pun tergerak hati nak try buat sendiri. Malas laa nak pegi kelas yg mahal yurannya dan belum tentu kita berminat nak buat & jual. Leceh rasanya. Kita tanya je laaa pakcik google cara-cara nak buat dessert manis berdengung ini. Macam-macam resepi kita jumpa and finally kita jumpa satu blog yg bagi resepi pavlova yg sgt simple... senang je nak ingat resepinya (see... senang sgt nak buat, tak payah pegi kelas... lain ler kalau nak menjual kan? hehe)... Semalam, kita start buat projek dessert manis ini dgn sedikit penderhakaan terhadap resepi yg dihafal tersebut:

Bahan-bahan utk meringue:

4 biji telur (room temperature) - ambik putihnye aje
1/2 cawan gula castor (kalau rasa tahan manis, tambah lerrr)
1 st esen vanilla
1/2 st cuka makan
1 sb tepung jagung

First and foremost, panaskan oven dulu. Aritu kita tenyeh ke suhu 180C.


Pukul putih telur dgn mixer berkelajuan tinggi sampai kental begini ye. Kalau nak tau camne, terbalikkan mangkuk tu, putih telur takkan jatuhnyaaaa... Kalau mengalir slow2 mcm lava gunung berapi, cepat2 tegakkan balik mangkuk tu, jgn nak buat lawak lak..

Pas tu, masa mesin tu tgh pusing, masukkan ler tepung jagung, esen vanilla & cuka. Pukul la sampai sebati. Taraaa... namanya dah bertukar jd meringue.


Pas tu, gaul ler adunan meringue tu dgn spatula sampai sebati. jangan ler kacau overdose. Kalau tak jadi, jgn murka kat ai... hihi.. Dah rata, sediakan dulang pembakar yg dialas dgn kertas minyak, dan tepek laaaa meringue ni... buat satu bulatan, tenyeh elok-elok pas tu pastikan kat tgh tu mcm kawah landai dan ada tebing... alaaaa mcm buat biskut sarang burung yg tgh tu tempat letak jem.. Tapi jgn la dalam sangat... Kita buat dua keping sbb mcm tak muat lak baking tin tu...

Masa nak bakar tu, turunkan suhu oven ke 110 - 120C, ikut laa perangai oven tu mcm mana. Kita bakar selama 1 jam 25 minit.

Sementara tu, meh buat toppingnya:

Bahannya satu je, non-dairy whipping cream sebanyak 200ml.. Kita guna cap Value Pride.. Kalau nak tgk camne ghupenye, sila ke sini ye..

Caranya senang aje. Masa nak start buat resepi ni, alihkan kotak cream tu dr freezer ke penyejuk yg kat bawah. Jgn biarkan dia jd suhu bilik lak. Sebabnya, kalau biar suhu bilik, korang pukul sampai esok pagi pun takkan jadik nya... Tak caya? Try lerr... hahaha...

Pukul sampai kental ye. Pas tu, masukkan balik cream yg dah dipukul tu dlm peti ais. Yg belen dlm kotak tu, terus masuk freezer. Dah siap, sila sediakan buah-buahan pulak.

Sila jenguk jam dan kemudian oven. Tak pun, guna laaa kitchen timer, tgk meringue tu dah masak ke belum. Kalau dah masak, dia akan jadik kaler brown gitu, dan selembut marshmallow... Kalau overdose bakarnya, jadik biskut lak nanti. Tak mau gitu... Bila dah rasa masak, jgn terus keluarkan dr oven, bior dia dlm tu dgn pintu oven bukak sikit.. Tak tau laaa apa pasal... Dah blog tu kata gitu, kita menurut aje perintah... Bab ni tak berani lak nak menderhaka.. Ni lah ghupenye bila dah masak... Pindahkan ke pinggan elok-elok tau sbb mende ni mcm lembik lembut aje.. Kalau mengganas, koyak plak nnt, tak comey..



Keluarkan cream dan sediakan buah-buahan segar yg dipotong. Kita ni tak de stok fresh fruits, fruit cocktail jugak ada... taram saja...


Letak cream elok-elok, sapu cun-cun mcm kat atas ni ye...


Kemudian, tabur la fresh fruits atau fruit cocktail...


Letak lagi satu meringue atas lapisan buah tadi. Ulang proses yg sama. Dan hasilnya adalah sebegini:


Comey gak kan? Macam yg org jual plak nampaknya.. *masuk bakul angkat sendiri.. harap maafkan saya..*

Kemudian, ia bertukar jadi begini:


Sedap wooo!!! Kurang manis... tp agak muak la sikit kat tekak den ni haaaa.... sesapa nak try, sila laaa try... selamat mempavlova!!! Darsvidarnya!
Eating cake
*credit to Ana punye blog... macihhh...

Tuesday, 11 December 2012

Resepi Durian Crepe

(oh my!! bersawang dapur ku ini).

Sekarang ni demam durian crepe (DC). Dah jadi macam wabak la pulak. Kat FB, merata2 org promote DC ni (ye la sbb dlm fren list tu ramai baker). Bila asyik disogok dgn gambar & puji-pujian daripada yg telah mencuba, kita pun terliur lah kan. Cubaan pertama order - gagal sbb penjual boleh lupa pulak masuk kita dlm list. Fine. Cubaan kedua, kena order dr Kajang. Allaamaaaaakk... wa malas la nak pick up kalau bukan area rumah wa. Cubaan ketiga, order dr kawan tp subcon to her student kat bangi.. ok laaa... dapat.. Tapi ada insiden berlaku, kita kasi kurang RM.. haha.. kesian.. jenuh nak carik CDM utk bank in RM10 (aje...). Bila dah jumpa CDM, no acc pulak tak bawak. DC tersebut, owhhh memang mabelesssssss... 

Di atas alasan-alasan tersebut (wpun bukan terliurkan rasa durian), maka kita gagahkan juga utk buat sendiri. Nak pegi kelas? Hmmm... bukannya kita nak meniaga pun. Jadi, kita ronda internet aje lah. Terjumpa resepi yg dirasakan mabelessss, terus kita bersemangat nak buat.

Mula-mula misi mencari durian. Heboh kat wall tu durian musang king is the best. So, kita pun nak musang king jugak lah. Tak pandang durian lain. Bila jumpa org jual durian, malas pulak nak berhenti. Tapi dalam pada tu, kita kumpulkan juga bahan-bahan lain eg. segala jenis tepung. Yg lain2 mmg dah ada, pinjam bahan chocolate cake yg org order. Nanti kita top up lah.. ngeeeee.... Bila dah cukup segala tepung, misi mencari durian diteruskan dgn gigih. Tak jumpa juga. Carik dgn muncung agaknya. 

Disebabkan kita tersangat teringin nak mengcrepe, sampai sanggup nak buat crepe tanpa durian. Suatu malam, dah ready dah masukkan tepung dalam bekas, bila tengok resepi - 1 biji telur. Oh no!!! Telur terakhir telah direbus. Jadi, tangguh lah projek mengcrepe.

Semalam, mak kita datang. Jadi, sbg tuan rumah yg on diet dan peti ais hanya ada sayur, maka wajiblah kita pegi supermarket mencari ikan, sayur, ayam bagai. Alang-alang tu, beli groceries yg lain. Kita pegi Giant Kajang. Kat pintu masuk, ada org jual durian siap dlm pack. Oh yessss.... musang king is there.. Gila-gila budak tu promote suruh beli lebih. There was one lady dah borong byk durian... tokey durian crepe katanya... hehe... Tak pe lah dik, ahkak beli 1 pack je cukup... bukan nak balun pun durian ni.. nak buat crepe pun utk makan-makan je.

Balik rumah, kita start buat... tersangat seronok sbb semua bahan ada.. yeayyy... Kita bukak kitab, dan ikut resepi ini. Banyak kali jumpa resepi yg guna tepung gandum semata tapi disebabkan ada org guna 5 jenis tepung, I kept on looking and surfing. Tak jumpa 5, ada 4 pun jadik laaaa... Lupa dah dr website mana kita ambik.. To whom it may concern, jika anda rasa ini adalah resepi anda, sila reply dan bagi link ye... utk kita kasik credit... macihhh... (found!! credit to Jom Masak ... macihhh tuan punye page ye...)

Ni dia resepinya:


Untuk kulit:

20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastad
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
1 sudu besar gula halus (kita guna gula aising je.. sonang..)
40ml susu cair
150ml air
pewarna kuning


Barang keperluan adalah seperti di atas. 
Yang tak de dalam gambar, non-stick pan.

 Cara:

Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk.
Whisk sampai sebati dan tapis. Jadik lah ia mcm dlm gambar bawah ni.
Jangan panik bagi first timer bila tengok adunan tepung tu cair mair. Kalau pekat kang, tebal pulak kulit crepe tu nanti.. ada paham adik maniss??


Panaskan non-stick pan.
Ambik sehelai tisu, celupkan dalam minyak masak sikit & sapu kuali non-stick tu.
(part sapu minyak ni, kita memandai sendiri... sbb kita tak percaya kuali kita tuuu.. hehe)
Angkat kuali yg dah panas, ambik satu senduk kecik tepung dan tuang kat tengah2 kuali, dan serta merta goyangkan kuali ke kiri, ke kanan nak kasi rata. Kalau kita pusingkan kuali tu, konfem ada yg berlubang.
Bila dah rata, baru letak atas api yg kecik. Biarkan sekejap sampai permukaan atas tu dah kering mcm gambar bawah ni.


Masa bila nak angkat? Tengok keliling lempeng tu dah tertanggal dr kuali kan? Haaaa... boleh la angkat. 
Jangan nak mengada-ngada terbalik kan pulak ye... tak payah... no need. Masak bahagian bawah je. 


Buat lah banyak2 mcm macam ni.....


Dah siap buat kulit, kita prepare filling pulak. Senang aje.
Kita guna non-dairy whipping cream mcm kat bawah ni.
Berapa ml? errr... ikut resepi, guna 150ml... tapi buat lebih pon ok je.

Caranya, tuang cream ni ke dalam mangkuk. Kena tuang masa sejuk tau. Jangan sekali-kali biarkan ke suhu bilik. Tak boleh... caannot!!


Lepas tu, gunakan hand mixer berkelajuan tinggi, putar lah krim ni sampai kental.
Ingat, jgn sampai kental yg keras tu.. tak syok!! Trust me! 


Cara nak sudahkan keje... Ambik selai crepe/lempeng/kulit.
Terbalikkan atas pinggan. Nampak tak texture kulit tu yg menggerutu? Itu lah bahagian bawah yg kita masak tadi. Bahagian atasnya licin. Kalau kita guna bahagian yg menggerutu, maka menggerutu lah rupa durian crepe tu nanti.


Ambik krim. Letak atas lempeng.


Pas tu, letak isi doyan musang king.
Part ni sangat mencabar. Sebab apa? Sebab asyik nak makan je isi durian tu. Musang king kaaaan?? 
(tetiba rasa syok plak makan durian)


Ambik lagi krim dan tutup isi durian.


Lipat elok-elok... Kulit ni jenis tak mudah koyak tp still kena layan dgn lemah lembut gemalai ye...
 dan taraaaaaaa.....


Eh.. jangan makan dulu. Simpan dalam peti sejuk, kasi chill... Lepas tu, makan la puas-puas... Sangat mabelesss hoccay!!!

Selamat mencuba... 
Flipping food

Thursday, 8 March 2012

Resepi: Brownies & Cheese Cake

brownies batter

cheese batter

the combo

hasilnya.... sangat sedap ye puan-puan...


Jatuh chenta dgn kek ini masa gathering geng Tashkent bulan lepas. Cheese yg lembut combine dgn chocolate brownies.... yummsssss..... a must try... Thanks to Puan Maya for the recipe.... Smiley Resepinya sempoi sbb guna cake mix utk brownies. Kalau rajin nak buat sendiri, kena cariklah resepinya. Saya hanya menurut resepi yg diberi. Nak buat sendiri brownies tu... errr.... next time aje lah...Smiley

Bahan:

1 kotak brownies mix (I guna cap Nona)
250gm cream cheese Philadelphia
1/2 tin susu pekat
1 biji telur saiz besar
2 sudu besar gula

Cara:

1. Panaskan oven suhu 180C.
2. Bancuh brownies mix ikut arahan pada kotak.
3. Masukkan mixture dalam cake pan yg sudah disapu marjerin.
4. Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn susu pekat.
5. Pas tu, masukkan cream cheese dan gula.
6. Mixture tu agak runny, so jgn panic. Tuang mixture atas brownies.
7. Kaup balikkan kedua-dua batter tersebut, mcm buat kek marble.
8. Bakar.

Nota kaki:

Saya suggest anda kaup balikkan batter tersebut sampai semua dah bercampur. Jangan tinggalkan batter brownies tu banyak2 kat bawah sebab kalau brownies tu tak bersosial dgn cheese, nanti kek itu jadi keras. Brownies kan keras? Cheese itu akan melembutkan brownies tersebut. Tapi bila dok campurkan tu, jangan pulak gaul rata sampai hilang rupa cheesenya... Kalau nak try, apa salahnya. Nanti report kat Cik Lina, ok?

Selamat mencuba...Smiley

Monday, 27 February 2012

Resepi: Puding Trifle


Puding simple yg sangat mabelesssss. 

Bahan:

1 1/2 tin susu cair
1 1/2 sudu besar gula
4 1/2 sudu besar tepung kastad
1 kek swiss roll - perasa apa pon boleh
1 tin fruit cocktail
1 kotak jeli kristal Nona perasa strawberry

Cara:

1. Potong swiss roll dan susun dalam bekas.

2. Basahkan swiss roll dgn air dari fruit cocktail. Ketepikan buah tu dulu.

3. Bancuh tepung kastad dgn air masak. Ketepikan.

4. Masukkan susu cair dan gula ke dalam periuk. Masak sampai gula hancur.

5. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau sampai agak pekat. Jangan sampai pekat sangat sebab nanti kastad tu keras kematu.

6. Bila dah mencapai piawaian, curahkan kastad atas swiss roll basah tadi. 

7. Taburkan fruit cocktail.

8. Bancuh jeli kristal Nona ikut arahan peket. Curahkan atas fruit cocktail.

9. Sejukkan dalam peti ais.

pas tu, apa lagi..... enjoyyyy!!!!!


Selamat mencuba... 


pssst: Kalau nak kurangkan susu cair tu pun boleh. Guna 1 tin aje. Saya guna lebih sbb dapat lebih kastad. Sedaaapppp.....

Saturday, 31 December 2011

Resepi: Bread Pudding




Resepi bread pudding yang senang & cincai. Syok buat untuk minum petang atau parti makan Smiley.

Bahan puding:

4 biji telur - dipukul sikit
2 sudu besar gula
3 cawan susu - dipanaskan sekejap
Sedikit garam
1 sudu teh vanilla
8 kping roti - dipotong kerak tepi
Sedikit serbuk buah pala

Cara:

1. Panaskan oven.
2. Satukan telur, gula, serbk buah pala, garam dan vanilla. Pukul dengan whisk.
3. Masukkan susu, pukul lagi, cukup sampai sebati.
4. Susun roti dalam bekas pembakar.
5. Tuang bahan susu ke atas roti. Pastikan semua roti dah serap bahan susu.
6. Letakkan bekas tu ke dalam bekas pembakar yg lagi besor. Kemudian, isikan air panas ke dalam bekas yg besor tu, lebih kurang 1/2 inci.
7. Bakar sampai masak.

Bahan untuk sos kastad:

2 biji telur
2 sudu besar gula
1 cawan susu - panaskan sekejap
1 sudu teh vanilla
Sedikit garam

Cara:

1. Di dalam bekas double boiler, pukul telur, gula dan garam sampai sebati.
2. Masukkan susu sikit-sikit. Masukkan vanilla. Pukul sebati.
3. Pas tu, letak bekas atas periuk yg sudah menggelegak airnya. Pastikan bekas tu tak kena direct air menggelegak. Nanti masak berketul-ketul pulak telur tu.
4. Gaul perlahan dgn whisk sampai sos jadi pekat.

Daaaahhh siaaappppp.... Smiley