Pages

Wednesday, 26 December 2012

Resepi Nasi Goreng Seberang & Ayam Masak Merah Sedap


Selalu pening kepala nak breakfast apa? Kalau ada mood, tgh rajin, ada masa, cukup bahan & nak makan sedap, sila cuba resepi ini. Satu sgt simple, satu agak byk kerja. 

Alkisahnya, nama nasi goreng itu ialah nasi goreng seberang, yg pertama kali dijumpai dlm family belah Mr. Hubby. Tak tau mana asal-usulnya tp yg pasti, omak mentua ai yg selalu masak nasi ini utk breakfast. Lawannya? Ayam masak merah... mabelessss!!!! Tapi bukan ayam masak merah yg ai nak tepek resepi ni... bukan.. bukan... Ayam masak merah omak mentua ai sangat simple, sampaikan ai fail memasaknya... Serius simple, bukan yg quote unquote word simple. Percaya atau tidak, ai dah 2 kali berguru tepi kuali dgn omak mentua ai, akan tetapi tetap gagal. Maka, ai pun kecewa dan beralih arah kepada resepi lain. Pencarian ayam masak merah mabelessss telah dijumpai di Tashkent! Jauh tuuuu... Thanks to Nana & hubby dia, Zaki. Ayam masak merah u all mmg mengancam... 

Ini resepi2nya ye:

Ayam Masak Merah Nana

Bahan2:

Cili boh (sila mesin sendiri... jgn beli kat kedai)
Bawang merah
Bawang putih
2 labu bawang besar
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
Sedikit lengkuas
4 sudu besar tomato puree (kita guna sos tomato je)
Sikit sos tiram
1 kiub ayam
Kicap manis

Semua bahan atas ni dimesin sekali. Termasuk cili boh tu ye. Ketepikan.

Ayam - potong kecik & goreng dgn tepung goreng berempah (Kita goreng dgn kunyit aje). Ketepikan.
Carrot & kentang - dipotong dan goreng. Ketepikan.

1 kotak santan
Sedikit madu
Kismis
Gajus goreng
Kacang peas

Cara:

Tumis semua bahan yg diblend sampai pecah minyak. 
Masukkan ayam, carrot dan kentang. Kacau rata.
Masukkan santan, madu, kismis, gajus & kacang peas. Gaul sebati. Siap!!

Chef


Nasi Goreng Seberang Omak Mentua

Bahan2:

Nasi putih
Bawang besar - potong cincin
Cili kering - potong tangkai aje
Garam sikit

Cara:

Tumis bawang besar dgn cili kering. Pas tu, masukkan nasi putih, kacau rata Perasakan dgn gara,. Siap!!

(dlm gambar atas tu, tak de cili kering sbb dah abis.. hehe)

Selamat mencuba...

Tuesday, 11 December 2012

Resepi Durian Crepe

(oh my!! bersawang dapur ku ini).

Sekarang ni demam durian crepe (DC). Dah jadi macam wabak la pulak. Kat FB, merata2 org promote DC ni (ye la sbb dlm fren list tu ramai baker). Bila asyik disogok dgn gambar & puji-pujian daripada yg telah mencuba, kita pun terliur lah kan. Cubaan pertama order - gagal sbb penjual boleh lupa pulak masuk kita dlm list. Fine. Cubaan kedua, kena order dr Kajang. Allaamaaaaakk... wa malas la nak pick up kalau bukan area rumah wa. Cubaan ketiga, order dr kawan tp subcon to her student kat bangi.. ok laaa... dapat.. Tapi ada insiden berlaku, kita kasi kurang RM.. haha.. kesian.. jenuh nak carik CDM utk bank in RM10 (aje...). Bila dah jumpa CDM, no acc pulak tak bawak. DC tersebut, owhhh memang mabelesssssss... 

Di atas alasan-alasan tersebut (wpun bukan terliurkan rasa durian), maka kita gagahkan juga utk buat sendiri. Nak pegi kelas? Hmmm... bukannya kita nak meniaga pun. Jadi, kita ronda internet aje lah. Terjumpa resepi yg dirasakan mabelessss, terus kita bersemangat nak buat.

Mula-mula misi mencari durian. Heboh kat wall tu durian musang king is the best. So, kita pun nak musang king jugak lah. Tak pandang durian lain. Bila jumpa org jual durian, malas pulak nak berhenti. Tapi dalam pada tu, kita kumpulkan juga bahan-bahan lain eg. segala jenis tepung. Yg lain2 mmg dah ada, pinjam bahan chocolate cake yg org order. Nanti kita top up lah.. ngeeeee.... Bila dah cukup segala tepung, misi mencari durian diteruskan dgn gigih. Tak jumpa juga. Carik dgn muncung agaknya. 

Disebabkan kita tersangat teringin nak mengcrepe, sampai sanggup nak buat crepe tanpa durian. Suatu malam, dah ready dah masukkan tepung dalam bekas, bila tengok resepi - 1 biji telur. Oh no!!! Telur terakhir telah direbus. Jadi, tangguh lah projek mengcrepe.

Semalam, mak kita datang. Jadi, sbg tuan rumah yg on diet dan peti ais hanya ada sayur, maka wajiblah kita pegi supermarket mencari ikan, sayur, ayam bagai. Alang-alang tu, beli groceries yg lain. Kita pegi Giant Kajang. Kat pintu masuk, ada org jual durian siap dlm pack. Oh yessss.... musang king is there.. Gila-gila budak tu promote suruh beli lebih. There was one lady dah borong byk durian... tokey durian crepe katanya... hehe... Tak pe lah dik, ahkak beli 1 pack je cukup... bukan nak balun pun durian ni.. nak buat crepe pun utk makan-makan je.

Balik rumah, kita start buat... tersangat seronok sbb semua bahan ada.. yeayyy... Kita bukak kitab, dan ikut resepi ini. Banyak kali jumpa resepi yg guna tepung gandum semata tapi disebabkan ada org guna 5 jenis tepung, I kept on looking and surfing. Tak jumpa 5, ada 4 pun jadik laaaa... Lupa dah dr website mana kita ambik.. To whom it may concern, jika anda rasa ini adalah resepi anda, sila reply dan bagi link ye... utk kita kasik credit... macihhh... (found!! credit to Jom Masak ... macihhh tuan punye page ye...)

Ni dia resepinya:


Untuk kulit:

20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastad
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
1 sudu besar gula halus (kita guna gula aising je.. sonang..)
40ml susu cair
150ml air
pewarna kuning


Barang keperluan adalah seperti di atas. 
Yang tak de dalam gambar, non-stick pan.

 Cara:

Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk.
Whisk sampai sebati dan tapis. Jadik lah ia mcm dlm gambar bawah ni.
Jangan panik bagi first timer bila tengok adunan tepung tu cair mair. Kalau pekat kang, tebal pulak kulit crepe tu nanti.. ada paham adik maniss??


Panaskan non-stick pan.
Ambik sehelai tisu, celupkan dalam minyak masak sikit & sapu kuali non-stick tu.
(part sapu minyak ni, kita memandai sendiri... sbb kita tak percaya kuali kita tuuu.. hehe)
Angkat kuali yg dah panas, ambik satu senduk kecik tepung dan tuang kat tengah2 kuali, dan serta merta goyangkan kuali ke kiri, ke kanan nak kasi rata. Kalau kita pusingkan kuali tu, konfem ada yg berlubang.
Bila dah rata, baru letak atas api yg kecik. Biarkan sekejap sampai permukaan atas tu dah kering mcm gambar bawah ni.


Masa bila nak angkat? Tengok keliling lempeng tu dah tertanggal dr kuali kan? Haaaa... boleh la angkat. 
Jangan nak mengada-ngada terbalik kan pulak ye... tak payah... no need. Masak bahagian bawah je. 


Buat lah banyak2 mcm macam ni.....


Dah siap buat kulit, kita prepare filling pulak. Senang aje.
Kita guna non-dairy whipping cream mcm kat bawah ni.
Berapa ml? errr... ikut resepi, guna 150ml... tapi buat lebih pon ok je.

Caranya, tuang cream ni ke dalam mangkuk. Kena tuang masa sejuk tau. Jangan sekali-kali biarkan ke suhu bilik. Tak boleh... caannot!!


Lepas tu, gunakan hand mixer berkelajuan tinggi, putar lah krim ni sampai kental.
Ingat, jgn sampai kental yg keras tu.. tak syok!! Trust me! 


Cara nak sudahkan keje... Ambik selai crepe/lempeng/kulit.
Terbalikkan atas pinggan. Nampak tak texture kulit tu yg menggerutu? Itu lah bahagian bawah yg kita masak tadi. Bahagian atasnya licin. Kalau kita guna bahagian yg menggerutu, maka menggerutu lah rupa durian crepe tu nanti.


Ambik krim. Letak atas lempeng.


Pas tu, letak isi doyan musang king.
Part ni sangat mencabar. Sebab apa? Sebab asyik nak makan je isi durian tu. Musang king kaaaan?? 
(tetiba rasa syok plak makan durian)


Ambik lagi krim dan tutup isi durian.


Lipat elok-elok... Kulit ni jenis tak mudah koyak tp still kena layan dgn lemah lembut gemalai ye...
 dan taraaaaaaa.....


Eh.. jangan makan dulu. Simpan dalam peti sejuk, kasi chill... Lepas tu, makan la puas-puas... Sangat mabelesss hoccay!!!

Selamat mencuba... 
Flipping food