Pages

Tuesday, 26 February 2013

Pisau Seramik


Hari ni kita nak tayang pisau yg amat kita takuti - pisau seramik cap Kyocera. Bukan apa, sakit ati dek ketajaman pisau ini sbb kalau tersalah pegang, mmg selamat laaa jari, sbb semalam tersalah dah pegang. Nasib tak kuat. Bercalar lah jari jemari ini dan sangat pedih akibatnya...

Mengikut sejarah, pisau ni dibeli di Langkawi bulan Mac tahun lepas. Masa tu, kali ketiga kita ke pulau itu akan tetapi, kali ketiga baru kita dapat pegi shopping (dah pointnye mmg jenjalan & pegi shopping). Pertama kali jejak kaki ke sana, masa dihabiskan dgn berdating (alaaaaaa... yg kita tayang makanan mabelesss kat Westin & restoran seafood tuuuu). Shopping tak masuk agenda dan staff hotel amat pelik kerana kami tak bershopping... Kali kedua kita pegi jadi tourist guide, bawak dua member dr Uzbekistan datang melancong. Haru sangat masa tu sebab bulan puasa. Mr Hubby tak ikut sbb sibuk keje, jd kita dilantik sbg pengiring dan dibayar segala expenses (syokk!!). Masa ni nak bawak pegi shopping, kedai tutup pulak.. Rupanya kedai tutup hari Jumaat... dan hari Jumaat tu jugak laaa kita nak fly balik KL. 

Kali ketiga kita pegi dgn kengkawan yg sama duduk Uzbek dulu... dan shopping mmg ada dlm agenda. Sebelum pegi, masing2 dah bercerita apa barang patut beli, apa barang yg murah tp tpt lain mahal... Ada member beli set Corelle... errr... masa tu kita tak heran sangat dgn Corelle ni... tak tau kenapa... tapi satu benda yg kita sangat puas ati dpt beli di Langkawi - pisau seramik!!! 

Member kata , harga pisau ni teramatlaaaaaa mahalnya... Iye mmg mahal... Kat Isetan harga pisau sebijik macam ni, Kyocera Advanced Ceramic 6" Chef's Knife, harganya RM330.00. Pisau saja tau. Tapi kat Langkawi, harganya RM185, free peeler ye! Jauh beza tuuu... Bila di jek jek kat Mr. Hubby, permohonan diluluskan... yeayyy... Masa bayar, ada perkara magic berlaku - ada 5% discount.. Wah!!! Makcik sungguh gumbira.

Pisau seramik mmg terkenal dgn ketajamannya. Walaupun tajam, tapi bukan sebarang benda kita boleh potong dgn pisau ni. Manja! Jangan ngada nak potong ayam sekor dgn pisau ni. Kang kot menangis air mata darah tgk pisau ni patah dua. Kita selalu guna pisau ni utk potong daging, potong carrot, kentang & sayur lain etc etc. Lancar aje masa potong & cantik je... Tapi nak kopek kulit bawang, jangan lah guna pisau mahal ni, ada kemungkinan utk terkopek kulit jari juga kalau salah pegang.

Peeler tu pun tajam juga. Kalau nak pegang carrot atau kentang, kena betul2 fokus & berhati2... takut kulit kita pulak nanti dipeelnya... 

Masa nak cuci pun, amat laaaa takut. Pendek kata, kalau nak mengendalikan pisau ni, kena betul2 fokus & berhati2. Bukan aje takut tangan luka, tapi takut patah juga... 

Monday, 25 February 2013

Gelas Cantik

Semalam lepas dating dgn Mr. Hubby kat Bangi Kopitiam, kami bawak diri masing2.. dia pi menebas kat driving range, ai pegi Tesco beli groceries. Kat Tesco, banyak ler barang yg kita beli - stationery, air mineral, roti, telur, ayam, susu, beg plastik sampah, sayur, yogurt, bla bla bla. Akan tetapi, satu benda sahaja yg kita nak cerita, sampaikan gigih pepagi buta ni ambik gambar benda tu and bukak blog. 

Masa tgh mengusung troli, ternampak setimbun benda colorful yg sangat laaaa cantiknya. Susunan itu tak ubah seperti susunan di bahagian perkakas dapur di Ikea. Tapi benda color-color macam ni tak ada kat Ikea, rasanya laaaa. Kalau ada pun, seingat ai lerrr, ada satu dua warna aje & the size is smaller. Apa bendanya? Ni haaa...


Cantik kan? Gelas ni jenis sederhana tinggi. Sedang elok laaa kalau nak pegang. Kita mmg suka gelas design mcm ni. Simple. Dulu ada beli kat Ikea pesen mcm ni tapi yg putih & tinggi. Masalah bila ada gelas putih transparent ni, ada sorg hamba Allah kat dalam rumah ni kengkadang tak nampak. Well, bukan selalunya tak nampak lah sbb ada time gelas kat atas kitchen cabinet tu semuanya terlonggok dalam sinki (dia punye keje lah tu). Jadi, atas alasan itu serta kecintaan melihat design & warna gelas itu, maka kita pun angkut semua warna yg ada. Harga rasanya dlm RM4.90/pc. Masa dok mengira brp RM nak terbang, ai ingat lg total nya lebih kurang RM30 utk 6pcs. OK lah kan? Lagi pun kat papan tanda Tesco tu tulis, offer bulan ni.. so baik grab aje.. kang kalau tak beli, kot menyesal lak... banyak kali dah kes sesal kemudian tiada gunanya ni...

Ni label kat m*nt*t gelas:


Imported by Tesco & it's made in Turkey... Kalau made in China, makcik mmg tak beli punyaaa... Barang kaca buatan Turkey mmg elok & berkualiti. Teringat ai borong Borcam masa dok Uzbek dulu. Kalau laa Borcam tu ada color-color camni kan best...


So, kalau korang suka gelas camni, sila lah ke Tesco ye. (free ad ni... Tesco tak bayar pun... hihi)

Sunday, 24 February 2013

Mari Jamu Mata: Las Vacas, Jalan Yap Kwan Seng, KL

Asyik dok tempek resepi aje, hari ini, kita tempek gambar makanan pulak. Last week pegi satu restoran kat Jalan Yap Kwan Seng, nak menunaikan janji pada member. Beliau yg suggest pegi ke situ sbb asyik lerrr dok pegi TGIF, Chlli's... mcm bosan lah pulak kan? Malas nak tulis panjang lebor, korang cucilah mata buat panduan kalau berhajat nak ke sini ye? Mintak mahap, nama glemer setiap hidangan tidak pulak diingati...

Caesar Salad dgn salad yg tak dipotong... not bad... cuma ai ni tak berkenan kat poach egg tu.. tak de pon tak pe...

Salad kobis purple...

this is mine.. starter je dah cukup... it's called Beef Wrap.. sedap... ai recommend utk dicuba..

meatballs.... pun sedap juga...

side dish yg Mr. Hubby order...

main dish Mr. Hubby punye... beef steak (tak tau la striploin ke, tenderloin ke..) medium rare (ewwww...)

Macam mana nak pegi sana?

Kalau uolss dari arah KLCC ie Jalan Ampang, sampai kat simpang 4 depan KLCC tu, korang masuk kanan. Lepas Menara Public Bank, Ambank, Megan Phileo & sampai aje kat tempat org jual keta belah kiri tu, mata korang kena tgk belah kanan... Las Vacas ni bukan kedai dia semata, dia dlm bangunan kat ground floor... ada 2 lagi restoran sederet dia... level atas tu ada klinik gigi tp tak serupa klinik gigi... kalau dtg dinner & parking penuh kat depan restoran, korang park je kat belakang bangunan tu...

Friday, 8 February 2013

Resepi: Kuah Kacang Sedap


Nak berkongsi resepi kuah kacang mabelesss mak saya. Resepi yg simple, tak mengada-ngada tapi sedapnya... mak aiiiihhhh.... Percaya atau tidak, sesapa yg makan, sure nak lagi dan lagi dan lagi... hatta budak kecik pun pandai request kat mak diorg, nak kuah kacang yg mak long buat (mak long tu mak ai lerr). Tu budak kecik punye selera... kengkawan ai pun terkena sampuk kuah kacang ni.. kengkawan adik2 ai pun sama, siap order ye... bukan dok dekat2 tau... Maleh nak bebel panjang & bagi testimoni akan kesedapan kuah ini, nah resepi, uolss buat sendiri... Cara nak bagi kuah ni sedap - kena pandai balance kan rasa masam, manis, masin.. tu aje... Tak perlu taruk pelaris ke, daun ketum ke.... tak payah...

Bahan-bahan:

Setengah kilo kacang tanah - digoreng tanpa minyak, dibuang kulit & mesin.. jgn goreng sampai rentung tau..
1 senduk cili mesin - ini cili kena buat sendiri. jgn beli cili boh kat supermarket. potong cili kering, rebus & blend
Gula pasir
2 batang serai
Sikit air asam jawa
2 sudu besar gula merah
Garam
Air
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
  • Tumis cili sampai garing.
  • Masuk air asam jawa, then masuk air dalam 2-3 cawan.
  • Masukkan kacang tanah yg dimesin.
  • Kacau rata, tengok pekat atau cair kuah tu.
  • Masukkan gula, garam, gula merah dan serai yg dititik.
  • Imbangkan rasa gula, garam. Masak ler sampai pekat.
Dah siap...

Kacang tanah tu kan, korang jangan blend sampai halus... kang jadi berkrim pulak kuah tu... Tapi jgn blend kasar bebeno... tak cantik... biar sedang-sedang aje...

Selamat mencuba!
Chef

Resepi: Pai Sardin


Dah lama teringin nak makan pai sardin... dah berkurun tak buat, agaknya dalam 5-6 tahun. Tetiba lak terasa gedik. Bahan semua ada cuma tahap kerajinan tu kurang sikit. Aritu tetiba jadi rajin sikit, kita pun buat lerr.. simple aje... 

Bahan-bahan:

Untuk kulit:

375gm tepung gandum
187gm marjerin
Setengah cawan air sejuk (lebih kurang laaa....)
Setengah sudu teh garam (pun agak2 je... Larutkan dalam air sejuk tu ye..)
Satu kuning telur - pukul

Untuk inti:

1 tin kecik sardin - buang tulang dulu dan kemudian lenyek dgn garpu
Bawang besar - kalau besor bebeno, guna separuh aje
Minyak utk menumis
Carrot sikit - potong dadu
Green peas sikit
Garam
Pepper

Cara membuatnya:

Panaskan oven dulu dlm 180C. Kita guna api atas bawah.


Dalam mangkuk besor, masukkan tepung & marjerin. Gunakan hujung jari utk gaul diorg berdua ni sampai jadik macam gambar kat bawah. 


Bila dah jadik macam dalm gambar atas ni,  curahkan sikit sikit larutan air garam yg sejuk tadi. Jangan plak bantai curah semua. Kalau lembik, sendiri tanggung.


Uli sampai jadi doh macam kat atas ni. Pastikan jgn overdose tuang air ye.


Bahagi dua doh tadi. Separuh doh dicanai dan diletakkan dalam pinggan pai mcm kat gambar atas ni. Tak payah la guna pinggan Borcam saiz besor ni sbb inti sardinnya sikit aje... Bahan ni sesuai utk pinggan yg kecik sikit.


Dah letak elok doh tu, masukkan inti sardin & ratakan.


Canai doh yg separuh lagi dan tutup inti sardin. Pas tu, gunakan garpu utk cucuk kat atas kulit pai & kelim tepi pai supaya kedua-dua lapisan doh melekat. Lagi pun nampak cantik & senonoh sikit kan...


Sapukan kuning telur atas pai dgn pastry brush. Kalu tak de, tenyeh je dgn garpu atau sudu, asalkan rata. Pas tu, masuk ler dalam oven.


Ni ler rupa pai sardin yg dah dibakar... comel gak rupanya...


Ni plak rupa pai sardin yg dah dipotong. Nipis pasal inti sardin tu sikit. Kalau nak guna pinggan pai yg mcm dlm gambar atas nun, gunakan 400gm tepung & 200gm marjerin. Air sejuk & garam tu, pepandai ler kome sukat.

Cara membuat inti:

Cincai je. Tumis bawang besar. Masukkan sardin lenyek, carrot, green peas (ni saje tambah, aritu tak masuk pun sbb tak wujud dlm peti ais), garam & pepper. Siap....

Kalau nak tambah jagung ke, kentang ke, boleh jugak... apa2 lah ikut suka hati...

Pai sardin yg sedap.... kalau nak ganti inti lain pon boleh... ayam ke, daging ke... 

Selamat mencuba!


Resepi: Chicken Steak with Lemon Sauce & Broccoli


Di suatu malam yg sejuk (sebab hujan dah 2-3 hari), terasa diriku ini amat tidak rajin utk memasak. Jenguk peti ais ada ayam & ikan. Nak masak ikan, si merah tu pulak belum di siang buang perut & sisik (ni laaa hasilnya bila org lelaki pi shopping grocery). Ikan dah dikeluarkan, masuk semula dalam peti ais. Keluarkan pulak ayam beku. Mr. Hubby beli chicken keels. Part ni, pandai dia pilih. Bila ayam dah direndam, alamak... nak masak apa plak? Kita nak yg simple, tak payah kopek bawang, tak payah itu ini... Jenguk peti ais lagi, nampak lemon juice yg dah nak abis. Apa lagi, mentol mula menyala... chicken steak... yeahhhh... Setelah diingatkan semula akan steak yg penah dibuat sebelum, maka ini lah hasilnya.... Macam lebih kurang yg pernah dimasak sebelum ni.. tp lupa plak apa dia...


Bahan-bahan:
(utk hidangan 2 orang)

2 keping dada ayam - dibuang kulit dan dipotong ikut la nak macam mana asalkan dipotong
Butter - sila guna pure butter, jgn ngelat guna buttercup plak
Ground pepper
Garam
Sedikit dried rosemary
1 sudu besar tepung gandum
Lemon juice - agak2 jus dr setengah biji lemon.. kalau overdose, mau berkerut muka masa makan
1 sudu besar madu
Setengah cawan air
Sedikit chicken cube
Broccoli - ikut la nak makan banyak mana

Cara:
  • Ayam yg dah dipotong tu, perap dgn rosemary, garam dgn pepper. Biar dalam 10-20 minit.
  • Dalam kuali leper, panaskan butter... agak2 dalam 2 sudu besar.
  • Sementara tunggu butter cair, lumurkan ayam dgn tepung. Gaul rata. 
  • Goreng ayam sampai kuning & masak. Ketepikan.
  • Masukkan air ke dalam lebihan butter dalam kuali tadi. Then masukkan chicken cube sikit, ground pepper sikit, garam sikit, lemon juice dan madu. Kacau rata & rasa. Rasa tu biar balance.
  • Masukkan ayam dan gaul rata sampai sos jadik pekat sikit. Padamkan api & angkat utk hidang.
Broccoli tu, just celur je dlm air panas. Jgn sampai lembik... hilang plak zat & tak crunchy plak nanti. 

Kalau tak mau broccoli, boleh ganti dgn mashed potato ke, carrot ke, corn on cob ke.. ikut tekak ler... Kita guna broccoli sbb itu yg kita jumpa dalam peti ais... 

Hidangan yg serba ringkas utk org tak rajin mcm saya tetapi sangat sedap & mabelessss...
Perfecto 
Selamat mencuba!