Pagi Ahad ni, terlebih rajin pulak.. Selongkar fridge untuk clearkan mana patut, jumpa daging sebungkus pemberian akak ipar. Tengok bahan lain semua cukup, maka dgn bersemangatnya nak buat karipap daging. Ini Mr. Hubby punya favourite. Resepi inti pun dia yg ajar... dia ajar masa baru kawin dulu... Tapi hari ni, kita adjust sikiiiiiiiit je... Meh tengok:
Bahan-bahan:
Daging - dibuang urat liat lemak segala.. Pas tu dipotong kecik..
3 biji kentang russet sederhana besar... Dipotong kiub.
Haaaa.. ni lah benda yg dikatakan adjust sikit tuuu... Sebelum ni buat tak masuk benda ni..
1 sweet potato merah saiz sederhana a.k.a. keledek..
Potong kiub..
1 labu kecik bawang besar kaler kuning a.k.a. holland onion
1 1/2 peket serbuk kurma (dibancuh dgn air)
Sikit rempah tumis
Bahan lain:
Daun sup - dicincang
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara masak:
Panaskan kuali. Masukkan minyak & tumis rempah sampai naik wangi.
Pastu, masukkan bawang dan tumis sampai dia layu.
Masukkan daging & kacau rata.
Bila kering sikit, masukkan rempah kurma & kacau rata.
Masukkan air dan biarkan masak sampai daging agak empuk.
Masukkan ubi keledek dulu. Kacau rata. Kalau dah kering, tambah air & kacau.
Bila keledek dah lembut sikiiiitttt, masukkan kentang & garam, tambah air dan kacau rata
Biar sampai kentang & keledek lembut.
Bila dah lembut & air pun dah agak kering, masukkan daun sup.
Kacau rata & tutup api. Jangan biarkan sampai betul2 kering ye... Biarkan mcm ada kuah pekat sikit.
Dah siap... boleh laa buat kulit karipap rangup pulak...
No comments:
Post a Comment