Pages

Showing posts with label Uzbekistan. Show all posts
Showing posts with label Uzbekistan. Show all posts

Tuesday, 20 March 2012

Food @ Uzbekistan

Mari cuci mata tengok makanan yang saya makan di Uzbekistan.

 Borsch (борщ) or beetroot soup @ Karimbek Restaurant, Samarkand.
This is not a traditional Uzbek cuisine. According to wikipedia, this dish is originated from Ukraine and is popular in Eastern and Central European countries. Ada yang kata ini adalah makanan org Russia. Basically, it is a beef soup with beet, carrot, potatoes and cabbage and served with sour cream. Kacau kasi rata and slurrrp... Borsch kat Karimbek ni, sedap jugak. Sapa2 nak ke Samarkand, boleh singgah sini. Restoran ni memang famous.

This dish is called manti (манти) or dumpling @ Yunusobod Bazaar, Tashkent. Made from ground beef or lamb with spices and onion, wrapped with wheat dough, steamed and served with sour cream/smetana (смэтана). Other than beef and lamb, there is also pumpkin manti (oh Kak Tim.... manti & lagman maid mu sungguh heaven). This dish is my favourite esp beef and pumpkin. Sedap woooo... Tapi ada certain tempat, pi letak seketul lemak kat dalam tu. Tak sedap, ye.

Meatball soup and greek salad @ Gulom Gofur, Tashkent. Di kebanyakan restoran yg saya pegi, ada serve greek salad. Meatball soup, tengok tempat.

Plov (плов) or pilaf or osh (ош) @ Karimbek Restaurant, Samarkand. According to wikipedia, this dish is common in Middle Eastern, Central and South Asia, East Africa, Latin America and Carribean. Plov ni pun ada banyak jenis & cara masakannya ikut negara/daerah. Bab ni, saya tak paham sangat sebab plov yg saya makan, sama je semuanya i.e. made of Uzbek rice, yellow & orange carrot, chick peas, spices and beef. It is extremely oily. Kat atas ni, ada seketul telur burung puyuh rebus. Plov kat Karimbek ini memang sedap.

Yang ini, plov kat Gulom Gofur. This one, tak berapa sedap. Nampak kering & beras pun nampak keras kejung.

Non (mcm roti naan) or lepyoshka (лепешка) and vegetable salad. Kalau makan kat mana-mana restoran Uzbek, diorg mesti serve roti ni. Saiznya pelbagai, ada yg sebesar tapak tangan dan ada yg sebesar dulang. Roti ini agak keras, dalam agak lembut tapi kalau dah di simpan berhari-hari, memang jadi keras lah. Selalunya dimakan dengan sup. Roti ini juga dijual di merata-rata tempat seperti kedai serbaneka, gerai tepi jalan, malah di atas kereta sorong. Corak pon ada pelbagai. Cantik tauu..
Salad pula terdiri daripada potongan besar sayur-sayuran seperti dil, tomato dan lain-lain sayuran hijau. Mr. Hubby kata, makan salad ni boleh jadi macam kambing. Yo lah...

Lupa pulak apa nama salad ni (Naza, tolong.. apekebende ni.. You ssaboi mende ni aritu). Kalau tak silap, yg nampak tak fresh tu ialah jeruk cili besar. Tak sedap ye. Tapi tgk org Uzbek makan, sangat berselera.

Shashlik ayam @ Gulom Gofur. Saiz giant.

Kabob shashlik or yg biasa kita dengar - kebab. Biasanya diperbuat daripada marinated lamb or beef or chicken, dalam bentuk potongan seketul-seketul atau pun dikisar (untuk lamb & beef). Paling tak syok ialah MESTI ada lemak paling kurang dua ketul setiap batang shashlik. Erkkk.... Served with onion, sprinkled with chilli powder.

This is shurpa - lamb/beef and vegetable soup @ Muhamadjon Tursunov Street.

Kat atas ni ialah beefstroganoff. French fries served with spiced beef @ Chinni Bazaar, Tashkent. Rasanya this is not an Uzbek cuisine. Kalau tak silap, originated from Russia. Apa2 hal, beefstroganoff kat Chinni ni sangat mabelesss.
My favourite drink is chai s limonom or lemon tea. Lihat saya sedang menuang teh ke dalam mangkuk kecik. Macam tu lah style orang Uzbek minum teh. Uzbek lemon tea rasanya lain dek cara penyediaannya yg berbeza. Seteko kecik tu, saya sorang boleh habiskan. Sangat sedap esp bila minum waktu winter/autumn. Smiley

Ada banyak lagi Uzbek cuisine yg gambarnya entah mana-mana saya simpan. Ada yg dah hilang bila hard disc corrupted Smiley. Makanan lain seperti lagman dan somsa. Kalau nak merasa makanan Uzbek tanpa terbang ke Tashkent, anda boleh pergi ke Central Asia Restaurant yg terletak di bawah Saudi Airlines office di Megan Phileo, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Saya dgn geng Tashkent Alumni dah serbu restoran tersebut yg diusahakan oleh orang Uzbek. Authentic ye...

Selamat menjamu selera... Smiley 

(ada 1 entry dok membebel pasal khleb/naan/lepyoshka & also plov pasal Uzbek... hehehe)

Sunday, 15 January 2012

Resepi: Bread Pudding Kak Tim




Tengah ronda-ronda folder lama, terjumpa gambar-gambar ni. Ini ialah bread pudding versi Uzbek. I called it versi Uzbek sebab guna каймак atau sebutannya kaimak. Kalau ikut translation, kaimak means cream. Tapi rupa kaimak ni macam suku-sakat mascarpone al capone and thick cream. Whatever lah. Yang pasti, ada cerita di sebalik pembuatan bread pudding ini Smiley.

One fine day, we went to Kak Tim's house and she served a very-very, extremely nice and delicious bread pudding (plus it's my fav dessert). Kak Tim didn't make custard sauce, she served vanilla ice cream instead. Maka mula lah permintaan untuk resepi, dan tersebutlah penggunaan kaimak dalam cerita bread pudding mabelessss ini. Actually, I never bother to use kaimak kaaa, сметана kaa ( sebutan - smetana, means sour cream). Bila one of the ingredients in the pudding is kaimak, desyumm, balik tu singgah kat Korzinka (grocery store). Dan kita pun mula lah pasang angan-angan nak buat dessert yang sangat mabelesss ini.

Hari yg rajin pun tiba. Kita cuba sedaya upaya untuk buat sebijik cam pudding KakTim. Hasilnye.... wallaaaahhh.. memang sedap especially makan dengan vanilla ice cream.

Ini resepinya... спасибо Большое Kak Tim!!!

Bahan:

Roti sandwich
1 tub kaimak or cream
3 biji telur
2-3 cawan susu
Butter
Vanilla
Almond - cincang kasar
Gula
Secubit garam

Cara:

1. Sapu semua roti dengan butter mcm nak buat sandwich. Sapu juga pada tin pembakar.
2. Susun roti dalam tin pembakar, tabur almond cincang dan gula.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur, gula, garam, cream dan vanilla. Masuk susu dan pukul lagi.
4. Tuang atas roti. Biar sampai roti serap bahan tadi.
5. Bakar dalam oven dgn suhu 190c.
6. Makan dgn vanilla ice cream.

Selamat mencuba... Smiley

Monday, 26 December 2011

Makan & Makanan di Uzbekistan

Hajat di hati nak tayang gambar shepherd's pie kita, tapi tak de pulak dalam laptop ni. Godek punye godek, terjumpa gambar lama. A plate of sweet treats, dua keping roti Uzbek and a bowl of plov (or nasi daging). Sebelum anda konfius, mai cheq habaq yg cheq ni pernah dok kat Tashkent, Uzbekistan from January 2010 until early May 2011. So, kalau cheq ungkit cerita zaman batu ni, tak lain tak bukan hanya untuk berkongsi info. Mana tau kan kot-kot ada yg nak pi melancong kat sana, you can get real picture lah especially bab makan org kat Uzbek sinun.

Sweets, roti & plov ni were given by one of Mr. Hubby's colleague, Madam Dilnoza sempena menyambut kelahiran cucu beliau. Untuk kenduri tersebut, hanya org lelaki sahaja yg dijemput. Mengenangkan I ni kena tinggal, petang lepas kenduri, gigih beliau menghantar makanan yg dihidang masa kenduri untuk I rasa. Dah ler masa tu musim sejuk. Spasiba balshoi (terima kasih byk2), Madam Dilnoza Smiley.

Moh tengok makanan kenduri orang Uzbek:


Gambar atas ni, I fail untuk mengenali apakah ia. Yang pasti ia manis, kering dan I tak suka. Yg warna coklat tu ialah kek ada lapisan krim. Sebelahnya pun set-set gitu jugak. Yang warna kuning cair tu pulak manisan bersusu dgn pistachio. Banyak dijual di bazar yg menjual dried fruits and nuts. Tak tahan lama, expired tak sampai seminggu.


Atas ni gambar roti tradisional Uzbek yg dipanggil 'nan' (mcm roti tandoori tu) or 'khleb' (roti) or 'lepyoshka' (round bread) dalam bahasa Russia. Mind you, in Tashkent, people speak Uzbek and Russian languages. Org Uzbek mostly cakap dwibahasa, manakala org Russia cakap bahasa Russia lah. Back to the food, khleb tu dibakar dalam oven tanah liat dan dijual serata alam di sana - kedai, bazar, lorong jalan malah di tepi jalan besar. Selalunya penjual bergerak menjual khleb ni dalam kereta sorong dan ditutup dgn kain putih.

Texture khleb ni, keras di luar, agak lembut di dalam. Jika anda pergi ke restoran makanan Uzbek, khleb ni adalah hidangan wajib. Perhatikan 2 khleb atas - ada yg plain, ada yg bercorak. Yang jenis bercorak, macam-macam corak ada, dibuat menggunakan pencucuk khas. Ada juga khleb yg ditabur bijan hitam utk hiasan.

Plov atau nasi daging. It's a traditional Uzbek dish. Selalunya served dalam majlis keramaian. I tell you, this is not a healthy dish at all. Kenapa? Main ingredients include lemak, daging, minyak yg banyak & beras Uzbek yg tersangatlaaaaaaaaahhhh susah nak basuh Smiley. Cara masak pun agak 'mengerikan' bagi yg health conscious. Minyak masak (kat sana guna minyak bunga matahari) dipanaskan. Masukkan daging sebongkah. Goreng deep fry ye. Pas tu masuk lemak, beras etc etc (nanti bila2 I tepek resepi plov yg Madam Dilnoza bagi). Plov ni, kalau org tak expert, mmg tak sedap. Hanyir laaa.... nasik keras laa... Tapi yg pastinya, minyak bergenang. Kat Tashkent, my favourite plov is yg kat Chinni Bazar. Tapi I tak makan selalu. Rasa macam jantung tak sihat je...