Pages

Showing posts with label Resepi: Ayam. Show all posts
Showing posts with label Resepi: Ayam. Show all posts

Friday, 15 August 2014

Resepi: Sweet Lemon Drumstick & Vege


Lama dah tak jenguk dapur sini. Busy bebeno... Dish yg ai masak ni pun sebenarnya dah lama... Buat masa bulan Mac aritu. Hari ni baru sempat nak upload... 

Ni satu lagi masakan yg cincai tapi sedap. Bila tengok balik resepinya, mcm tak jauh beza dgn resepi chicken steak & lemon sauce... Rasa memang lebih kurang... 

Bahan-bahan:

Beberapa ketul drumsticks

Lemon juice secukup rasa (ambik jus dr setengah lemon dulu.. kalau tak cukup, perah lagi)
2 sudu besar extra virgin olive oil
2 sudu besar madu
2 sudu besar apple cider vinegar
1 sudu besar parutan kulit lemon
1 sudu besar gula perang
2 ulas bawang putih - dicincang
Garam & ground pepper secukup rasa

Tomato & broccoli - dipotong

Cara menyediakan:

Cuci drumsticks sampai bersih & lap dgn kitchen towel sampai hilang lebihan air.  Masukkan dalam bekas.

Dalam mangkuk lain, campur semua bahan-bahan yg lain tu, gunakan whisk & pukul rata. Rasa.

Curah bahan marinade ni ke atas drumsticks & gaul rata.

Tutup bekas drumsticks tadi dgn cling wrap & perap dalam peti sejuk selama sejam.

Lepas tu, panaskan oven lebih kurang 180C.

Dah sejam tu, transfer drumsticks tadi ke dalam roasting tin & curah lebihan marinade. Bakar.

Broccoli yg dipotong td dicelur sekejap dlm air panas. Tomato tu tak payah laaa... makan fresh.

Hidang drumsticks dgn potongan tomato & broccoli. Pas tu curahkan marinade atas drumsticks.

Enjoy!!

Tuesday, 25 June 2013

Resepi: Ayam Goreng Cili Kering Cincai


Itu hari, kepala sudah pening apa mau masak. Selongkar peti ais, jumpa isi ayam. Selongkar dapur, jumpa cili kering. Nak buat ayam cili kering, tapi gajusnya tak de... Tak de pon, ok aje lah.. Belasah saja... Kalau desperado, ini lah hasilnya... Senang dimasak, sedap dimakan...

Bahan-bahan:

Isi ayam - potong ikut suka
Cili kering - ikut suka nak banyak mana, tapi jgn la pulak sama banyak dgn isi ayam - potong 2 inci
Halia - racik
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Separuh chicken cube
1 bawang besar - potong cincin
Daun bawang - potong 2 inci

Cara-cara:


  • Panaskan minyak & goreng cili sampai garing sikit.
  • Pas tu, masuk bawang besar & halia.
  • Masukkan ayam. Goreng sampai masak.
  • Masukkan kicap manis, kicap cair, chicken cube.
  • Kalau kering, masukkan air. 
  • Dah siap... 

Friday, 8 February 2013

Resepi: Chicken Steak with Lemon Sauce & Broccoli


Di suatu malam yg sejuk (sebab hujan dah 2-3 hari), terasa diriku ini amat tidak rajin utk memasak. Jenguk peti ais ada ayam & ikan. Nak masak ikan, si merah tu pulak belum di siang buang perut & sisik (ni laaa hasilnya bila org lelaki pi shopping grocery). Ikan dah dikeluarkan, masuk semula dalam peti ais. Keluarkan pulak ayam beku. Mr. Hubby beli chicken keels. Part ni, pandai dia pilih. Bila ayam dah direndam, alamak... nak masak apa plak? Kita nak yg simple, tak payah kopek bawang, tak payah itu ini... Jenguk peti ais lagi, nampak lemon juice yg dah nak abis. Apa lagi, mentol mula menyala... chicken steak... yeahhhh... Setelah diingatkan semula akan steak yg penah dibuat sebelum, maka ini lah hasilnya.... Macam lebih kurang yg pernah dimasak sebelum ni.. tp lupa plak apa dia...


Bahan-bahan:
(utk hidangan 2 orang)

2 keping dada ayam - dibuang kulit dan dipotong ikut la nak macam mana asalkan dipotong
Butter - sila guna pure butter, jgn ngelat guna buttercup plak
Ground pepper
Garam
Sedikit dried rosemary
1 sudu besar tepung gandum
Lemon juice - agak2 jus dr setengah biji lemon.. kalau overdose, mau berkerut muka masa makan
1 sudu besar madu
Setengah cawan air
Sedikit chicken cube
Broccoli - ikut la nak makan banyak mana

Cara:
  • Ayam yg dah dipotong tu, perap dgn rosemary, garam dgn pepper. Biar dalam 10-20 minit.
  • Dalam kuali leper, panaskan butter... agak2 dalam 2 sudu besar.
  • Sementara tunggu butter cair, lumurkan ayam dgn tepung. Gaul rata. 
  • Goreng ayam sampai kuning & masak. Ketepikan.
  • Masukkan air ke dalam lebihan butter dalam kuali tadi. Then masukkan chicken cube sikit, ground pepper sikit, garam sikit, lemon juice dan madu. Kacau rata & rasa. Rasa tu biar balance.
  • Masukkan ayam dan gaul rata sampai sos jadik pekat sikit. Padamkan api & angkat utk hidang.
Broccoli tu, just celur je dlm air panas. Jgn sampai lembik... hilang plak zat & tak crunchy plak nanti. 

Kalau tak mau broccoli, boleh ganti dgn mashed potato ke, carrot ke, corn on cob ke.. ikut tekak ler... Kita guna broccoli sbb itu yg kita jumpa dalam peti ais... 

Hidangan yg serba ringkas utk org tak rajin mcm saya tetapi sangat sedap & mabelessss...
Perfecto 
Selamat mencuba!

Wednesday, 26 December 2012

Resepi Nasi Goreng Seberang & Ayam Masak Merah Sedap


Selalu pening kepala nak breakfast apa? Kalau ada mood, tgh rajin, ada masa, cukup bahan & nak makan sedap, sila cuba resepi ini. Satu sgt simple, satu agak byk kerja. 

Alkisahnya, nama nasi goreng itu ialah nasi goreng seberang, yg pertama kali dijumpai dlm family belah Mr. Hubby. Tak tau mana asal-usulnya tp yg pasti, omak mentua ai yg selalu masak nasi ini utk breakfast. Lawannya? Ayam masak merah... mabelessss!!!! Tapi bukan ayam masak merah yg ai nak tepek resepi ni... bukan.. bukan... Ayam masak merah omak mentua ai sangat simple, sampaikan ai fail memasaknya... Serius simple, bukan yg quote unquote word simple. Percaya atau tidak, ai dah 2 kali berguru tepi kuali dgn omak mentua ai, akan tetapi tetap gagal. Maka, ai pun kecewa dan beralih arah kepada resepi lain. Pencarian ayam masak merah mabelessss telah dijumpai di Tashkent! Jauh tuuuu... Thanks to Nana & hubby dia, Zaki. Ayam masak merah u all mmg mengancam... 

Ini resepi2nya ye:

Ayam Masak Merah Nana

Bahan2:

Cili boh (sila mesin sendiri... jgn beli kat kedai)
Bawang merah
Bawang putih
2 labu bawang besar
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
Sedikit lengkuas
4 sudu besar tomato puree (kita guna sos tomato je)
Sikit sos tiram
1 kiub ayam
Kicap manis

Semua bahan atas ni dimesin sekali. Termasuk cili boh tu ye. Ketepikan.

Ayam - potong kecik & goreng dgn tepung goreng berempah (Kita goreng dgn kunyit aje). Ketepikan.
Carrot & kentang - dipotong dan goreng. Ketepikan.

1 kotak santan
Sedikit madu
Kismis
Gajus goreng
Kacang peas

Cara:

Tumis semua bahan yg diblend sampai pecah minyak. 
Masukkan ayam, carrot dan kentang. Kacau rata.
Masukkan santan, madu, kismis, gajus & kacang peas. Gaul sebati. Siap!!

Chef


Nasi Goreng Seberang Omak Mentua

Bahan2:

Nasi putih
Bawang besar - potong cincin
Cili kering - potong tangkai aje
Garam sikit

Cara:

Tumis bawang besar dgn cili kering. Pas tu, masukkan nasi putih, kacau rata Perasakan dgn gara,. Siap!!

(dlm gambar atas tu, tak de cili kering sbb dah abis.. hehe)

Selamat mencuba...

Thursday, 2 August 2012

Resepi: Moroccan Grilled Chicken



Lagi satu resepi drpd Kak Eshah, yg dicuba masa kat Tashkent. Tu lah sekali kita try. Bukan pasal tak sedap. Resepi ni sangat mabelessssss, cuma nak preparenya, kena cukup segala perkakas. 

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
2 labu bawang besar - potong dadu
6 ulas bawang putih - hiris
1 genggam daun ketumbar - cincang
1 genggam daun sup - cincang
1 genggam daun bawang - cincang
1 tsp pepper
1 tsp serbuk kunyit
1 kiub ayam
1 biji lemon
Garam
Marjerin sikit je

Cara:

1. Perap sekejap ayam dgn lemon. Rebus.

2. Dalam mangkuk lain, campur sebati daun ketumbar, daun sup, daun bawang, serbuk kunyit, pepper, separuh bawang besar yg didadu dan garam. Perap ayam rebus tadi selama 10-15 minit.

3. Dalam kuali yg ada penutup, tumis lebihan bawang besar. Masukkan ayam perap sekali dgn bahan perapan dan tutup kuali.

4. Terbalikkan ayam dan tutup kuali.

5. Sapukan marjerin pada loyang. Susun ayam yg dimasak tadi, curah semua gravy dan bakar dalam oven sampai masak.


Cooking

Wednesday, 11 July 2012

Resepi: Lemon Chicken


Ada member kata, makanan kat atas ni mcm cekodok. Nehi.. nehi... It's called lemon chicken atau bahasa  hotel (yg suka exaggerate), ayam salut tepung dengan sos lemon. Made this for myself - makan tanpa nasik. Mabelessss!!!

Bahan-bahan:

untuk diperap:

Kepingan dada ayam yg dipotong panjang 2 inci
Minyak bijan - sikit aje
Kicap cair
Chicken cube - sikit aje

Sebiji telur - dipukul
Tepung jagung
Minyak utk menggoreng

untuk sos:

Lemon - diambil jus
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Air utk kuah
Tepung jagung - dibancuh dgn air
Secubit serbuk kunyit - utk kaler aje, kalau tak jd mcm dlm gambar tu

Cara:

1. Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam.
2. Panaskan minyak. Bila dah perap, ambik ayam sekeping, celup dalam telur dan golekkan dalam tepung jagung. Goreng sampai kekuningan.
3. Bancuh jus lemon dgn gula, garam, serbuk kunyit dan air. Kacau rata dan rasa. Panaskan dlm sauce pan.
4. Pekatkan dgn bancuhan tepung jagung.
5. Tuang atas ayam.... taraaaaaa..... jemput makan... :-)

nota:

Jgn guna lemon dan minyak bijan secara overdose. Agak2 sesedap lidah ye. Lemon dikhuatiri sangat masam manakala minyak bijan dikhuatiri akan membuatkan anda ternganga sepanjang masa. Sekian.. :-)


Thursday, 21 June 2012

Resepi Orang Diet (kononnye): Steam Chicken


Steam chicken yg kita ratah dengan sup sayur. Sedap gak ratah lauk ni. Tak de lah terbungkang mcm badak terdampar lepas makan, kan? Kurang sikit rasa berdosa Smiley.

Ini resepinya ye:

Bahan:


*resepi ini jenis campak2 sesuka hati.


Ayam yg dipotong
Halia dipotong panjang
Bawang putih ditumbuk halus
Daun bawang dipotong seinci
Kicap cair
Sos tiram
Salt & pepper

Cara:


Gaul semua bahan dan kukus sampai masak. Jangan kukus overdose ye..

Selamat mengukus Smiley