Pages

Wednesday, 26 December 2012

Resepi Nasi Goreng Seberang & Ayam Masak Merah Sedap


Selalu pening kepala nak breakfast apa? Kalau ada mood, tgh rajin, ada masa, cukup bahan & nak makan sedap, sila cuba resepi ini. Satu sgt simple, satu agak byk kerja. 

Alkisahnya, nama nasi goreng itu ialah nasi goreng seberang, yg pertama kali dijumpai dlm family belah Mr. Hubby. Tak tau mana asal-usulnya tp yg pasti, omak mentua ai yg selalu masak nasi ini utk breakfast. Lawannya? Ayam masak merah... mabelessss!!!! Tapi bukan ayam masak merah yg ai nak tepek resepi ni... bukan.. bukan... Ayam masak merah omak mentua ai sangat simple, sampaikan ai fail memasaknya... Serius simple, bukan yg quote unquote word simple. Percaya atau tidak, ai dah 2 kali berguru tepi kuali dgn omak mentua ai, akan tetapi tetap gagal. Maka, ai pun kecewa dan beralih arah kepada resepi lain. Pencarian ayam masak merah mabelessss telah dijumpai di Tashkent! Jauh tuuuu... Thanks to Nana & hubby dia, Zaki. Ayam masak merah u all mmg mengancam... 

Ini resepi2nya ye:

Ayam Masak Merah Nana

Bahan2:

Cili boh (sila mesin sendiri... jgn beli kat kedai)
Bawang merah
Bawang putih
2 labu bawang besar
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
Sedikit lengkuas
4 sudu besar tomato puree (kita guna sos tomato je)
Sikit sos tiram
1 kiub ayam
Kicap manis

Semua bahan atas ni dimesin sekali. Termasuk cili boh tu ye. Ketepikan.

Ayam - potong kecik & goreng dgn tepung goreng berempah (Kita goreng dgn kunyit aje). Ketepikan.
Carrot & kentang - dipotong dan goreng. Ketepikan.

1 kotak santan
Sedikit madu
Kismis
Gajus goreng
Kacang peas

Cara:

Tumis semua bahan yg diblend sampai pecah minyak. 
Masukkan ayam, carrot dan kentang. Kacau rata.
Masukkan santan, madu, kismis, gajus & kacang peas. Gaul sebati. Siap!!

Chef


Nasi Goreng Seberang Omak Mentua

Bahan2:

Nasi putih
Bawang besar - potong cincin
Cili kering - potong tangkai aje
Garam sikit

Cara:

Tumis bawang besar dgn cili kering. Pas tu, masukkan nasi putih, kacau rata Perasakan dgn gara,. Siap!!

(dlm gambar atas tu, tak de cili kering sbb dah abis.. hehe)

Selamat mencuba...

Tuesday, 11 December 2012

Resepi Durian Crepe

(oh my!! bersawang dapur ku ini).

Sekarang ni demam durian crepe (DC). Dah jadi macam wabak la pulak. Kat FB, merata2 org promote DC ni (ye la sbb dlm fren list tu ramai baker). Bila asyik disogok dgn gambar & puji-pujian daripada yg telah mencuba, kita pun terliur lah kan. Cubaan pertama order - gagal sbb penjual boleh lupa pulak masuk kita dlm list. Fine. Cubaan kedua, kena order dr Kajang. Allaamaaaaakk... wa malas la nak pick up kalau bukan area rumah wa. Cubaan ketiga, order dr kawan tp subcon to her student kat bangi.. ok laaa... dapat.. Tapi ada insiden berlaku, kita kasi kurang RM.. haha.. kesian.. jenuh nak carik CDM utk bank in RM10 (aje...). Bila dah jumpa CDM, no acc pulak tak bawak. DC tersebut, owhhh memang mabelesssssss... 

Di atas alasan-alasan tersebut (wpun bukan terliurkan rasa durian), maka kita gagahkan juga utk buat sendiri. Nak pegi kelas? Hmmm... bukannya kita nak meniaga pun. Jadi, kita ronda internet aje lah. Terjumpa resepi yg dirasakan mabelessss, terus kita bersemangat nak buat.

Mula-mula misi mencari durian. Heboh kat wall tu durian musang king is the best. So, kita pun nak musang king jugak lah. Tak pandang durian lain. Bila jumpa org jual durian, malas pulak nak berhenti. Tapi dalam pada tu, kita kumpulkan juga bahan-bahan lain eg. segala jenis tepung. Yg lain2 mmg dah ada, pinjam bahan chocolate cake yg org order. Nanti kita top up lah.. ngeeeee.... Bila dah cukup segala tepung, misi mencari durian diteruskan dgn gigih. Tak jumpa juga. Carik dgn muncung agaknya. 

Disebabkan kita tersangat teringin nak mengcrepe, sampai sanggup nak buat crepe tanpa durian. Suatu malam, dah ready dah masukkan tepung dalam bekas, bila tengok resepi - 1 biji telur. Oh no!!! Telur terakhir telah direbus. Jadi, tangguh lah projek mengcrepe.

Semalam, mak kita datang. Jadi, sbg tuan rumah yg on diet dan peti ais hanya ada sayur, maka wajiblah kita pegi supermarket mencari ikan, sayur, ayam bagai. Alang-alang tu, beli groceries yg lain. Kita pegi Giant Kajang. Kat pintu masuk, ada org jual durian siap dlm pack. Oh yessss.... musang king is there.. Gila-gila budak tu promote suruh beli lebih. There was one lady dah borong byk durian... tokey durian crepe katanya... hehe... Tak pe lah dik, ahkak beli 1 pack je cukup... bukan nak balun pun durian ni.. nak buat crepe pun utk makan-makan je.

Balik rumah, kita start buat... tersangat seronok sbb semua bahan ada.. yeayyy... Kita bukak kitab, dan ikut resepi ini. Banyak kali jumpa resepi yg guna tepung gandum semata tapi disebabkan ada org guna 5 jenis tepung, I kept on looking and surfing. Tak jumpa 5, ada 4 pun jadik laaaa... Lupa dah dr website mana kita ambik.. To whom it may concern, jika anda rasa ini adalah resepi anda, sila reply dan bagi link ye... utk kita kasik credit... macihhh... (found!! credit to Jom Masak ... macihhh tuan punye page ye...)

Ni dia resepinya:


Untuk kulit:

20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastad
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
1 sudu besar gula halus (kita guna gula aising je.. sonang..)
40ml susu cair
150ml air
pewarna kuning


Barang keperluan adalah seperti di atas. 
Yang tak de dalam gambar, non-stick pan.

 Cara:

Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk.
Whisk sampai sebati dan tapis. Jadik lah ia mcm dlm gambar bawah ni.
Jangan panik bagi first timer bila tengok adunan tepung tu cair mair. Kalau pekat kang, tebal pulak kulit crepe tu nanti.. ada paham adik maniss??


Panaskan non-stick pan.
Ambik sehelai tisu, celupkan dalam minyak masak sikit & sapu kuali non-stick tu.
(part sapu minyak ni, kita memandai sendiri... sbb kita tak percaya kuali kita tuuu.. hehe)
Angkat kuali yg dah panas, ambik satu senduk kecik tepung dan tuang kat tengah2 kuali, dan serta merta goyangkan kuali ke kiri, ke kanan nak kasi rata. Kalau kita pusingkan kuali tu, konfem ada yg berlubang.
Bila dah rata, baru letak atas api yg kecik. Biarkan sekejap sampai permukaan atas tu dah kering mcm gambar bawah ni.


Masa bila nak angkat? Tengok keliling lempeng tu dah tertanggal dr kuali kan? Haaaa... boleh la angkat. 
Jangan nak mengada-ngada terbalik kan pulak ye... tak payah... no need. Masak bahagian bawah je. 


Buat lah banyak2 mcm macam ni.....


Dah siap buat kulit, kita prepare filling pulak. Senang aje.
Kita guna non-dairy whipping cream mcm kat bawah ni.
Berapa ml? errr... ikut resepi, guna 150ml... tapi buat lebih pon ok je.

Caranya, tuang cream ni ke dalam mangkuk. Kena tuang masa sejuk tau. Jangan sekali-kali biarkan ke suhu bilik. Tak boleh... caannot!!


Lepas tu, gunakan hand mixer berkelajuan tinggi, putar lah krim ni sampai kental.
Ingat, jgn sampai kental yg keras tu.. tak syok!! Trust me! 


Cara nak sudahkan keje... Ambik selai crepe/lempeng/kulit.
Terbalikkan atas pinggan. Nampak tak texture kulit tu yg menggerutu? Itu lah bahagian bawah yg kita masak tadi. Bahagian atasnya licin. Kalau kita guna bahagian yg menggerutu, maka menggerutu lah rupa durian crepe tu nanti.


Ambik krim. Letak atas lempeng.


Pas tu, letak isi doyan musang king.
Part ni sangat mencabar. Sebab apa? Sebab asyik nak makan je isi durian tu. Musang king kaaaan?? 
(tetiba rasa syok plak makan durian)


Ambik lagi krim dan tutup isi durian.


Lipat elok-elok... Kulit ni jenis tak mudah koyak tp still kena layan dgn lemah lembut gemalai ye...
 dan taraaaaaaa.....


Eh.. jangan makan dulu. Simpan dalam peti sejuk, kasi chill... Lepas tu, makan la puas-puas... Sangat mabelesss hoccay!!!

Selamat mencuba... 
Flipping food

Thursday, 2 August 2012

Resepi: Moroccan Grilled Chicken



Lagi satu resepi drpd Kak Eshah, yg dicuba masa kat Tashkent. Tu lah sekali kita try. Bukan pasal tak sedap. Resepi ni sangat mabelessssss, cuma nak preparenya, kena cukup segala perkakas. 

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
2 labu bawang besar - potong dadu
6 ulas bawang putih - hiris
1 genggam daun ketumbar - cincang
1 genggam daun sup - cincang
1 genggam daun bawang - cincang
1 tsp pepper
1 tsp serbuk kunyit
1 kiub ayam
1 biji lemon
Garam
Marjerin sikit je

Cara:

1. Perap sekejap ayam dgn lemon. Rebus.

2. Dalam mangkuk lain, campur sebati daun ketumbar, daun sup, daun bawang, serbuk kunyit, pepper, separuh bawang besar yg didadu dan garam. Perap ayam rebus tadi selama 10-15 minit.

3. Dalam kuali yg ada penutup, tumis lebihan bawang besar. Masukkan ayam perap sekali dgn bahan perapan dan tutup kuali.

4. Terbalikkan ayam dan tutup kuali.

5. Sapukan marjerin pada loyang. Susun ayam yg dimasak tadi, curah semua gravy dan bakar dalam oven sampai masak.


Cooking

Resepi: Potato Cream Soup

Pertama kali makan potato cream soup yg dibuat oleh Kak Shah di Tashkent, terasa sangat mabelessss & tak puas makan (mcm ada sifat tamak haloba sedikit ketika itu Smiley...). Seperti biasa, dgn segera saya meminta resepi drpd tukang masaknya. Tukang masak ini sebenarnya bukan betul2 tukang masak, she's the wife of our diplomat at Tashkent. Semua masakan beliau sangat mabelesss. Masakan beliau yg paling saya suka ialah kuih bom (versi goreng dgn minyak zaitun) & nasi dagang. Owhhhhhh.... terbaek di dunia tauuu!!!! 

Ni resepi yg diberi oleh Puan Eshah:

Bahan-bahan:

3-4 biji kentang saiz sederhana - potong kecik2
2 ulas bawang putih - cincang
1 sb minyak zaitun
2 tangkai daun sup - cincang
2 tangkai daun bawang - cincang
1 labu bawang besar - potong dadu
salt & pepper

Chicken stock:

300gm tulang ayam - buang lemak
1 btg carrot - potong
1 btg daun sup - potong kecik
2 helai daun bay
Sedikit serbuk thyme
Air

*kalau tak rajin, just guna chicken cube campur air & rebus

Cara-cara:

1. Untuk chicken stock, rebus semua bahan dgn api besar selama 5 minit. Kemudian, renih dgn api kecik selama 20 minit. Tapis dan ambik stock sebanyak 1 1/2 liter.

2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih & bawang besar.

3. Masukkan kentang & chicken stock. Masak sampai kentang empuk.

4. Masukkan daun cincang, biar sekejap. Agak layu je, tutup api.

5. Tapis bahan2 tu dan masukkan bahan yg ditapis tu dalam blender. Biarkan air sup tu dlm piyuk. Blend sampai halus.

6. Tuang semula bahan blend ke dalam sup. Perasakan dgn salt & pepper. Masak kejap dlm 1-2 minit. Siaaapp!!
Blender accident

Wednesday, 1 August 2012

Cupcakes yg Humble @ Tashkent




Mengenang zaman sebelum memulakan bisnes cake & cupcake. Ianya bermula di Tashkent. Selalu ada jemputan makan-makan potluck dan pembahagian siapa bawak apa, sudah menjadi amalan. Kita ni, kalau tak bawak daging masak kicap, bawak dessert. Sekali tu, teringin pulak buat cupcakes yg ada buttercream. So kita pun buat choc moist cupcakes dan ditepek dgn buttercream yg super simple. Hasilnya mcm kat atas lah. Tak dinafikan buttercream tu memang sedap. Buktinya, tgk cupcakes yg dah kena jilat dek budak2 kecik tuEating cake .

Resepi super simple itu adalah seperti berikut:

1 buku butter - kat sana guna lepa susu ala-ala buttercup, bukan pure butter. Murah sikit lah dr pure butter kan.. Biarkan sampai suhu bilik, then kita mix sampai kembang.

1 sudu teh esen vanilla - masukkan masa tgh mix tu.

Gula icing secukup rasa - bila butter tu dah kembang, masukkan sedikit demi sedikit gula icing. Ikut sedap lidah kita lah.. agaknya disebabkan icing ni tak manis sangat, tu yg budak2 suka jilat kot, sampai togel cupcake diorg kerjakan...

Asingkan ikut jumlah warna yg nak digunakan. Gaul dgn sudu. Then pipe atas cupcake yg dah disapu rata dgn buttercream tadi.

Senang aje kan??Happy rainbow 

Friday, 13 July 2012

Resepi: Tofu Stim dgn Sos Tiram


This one is one of my favourites. Senang dan sedap. 

Bahan-bahan:

1 bekas tofu lembut
Sedikit kobis bunga - dipotong
Beberapa batang jagung muda - dipotong

Bahan sos:

3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah - dimayang (utk dibuat bawang goreng)
Beberapa sudu besar sos tiram
1 tangkai daun bawang
Olive oil utk menumis
Sos tiram
Sos ikan
Kicap cair
Minyak bijan sikit
Bancuhan tepung jagung
Air sikit - utk kuah

Cara:

1. Stim tofu dgn sayur dalam pinggan tahan panas. Bila dah masak, tos air dan ketepikan.
2. Bawang merah digoreng dgn olive oil. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis bawang putih. Masukkan sos tiram dan air. Kacau.
4. Masukkan sos ikan, minyak bijan, kicap cair dan biar mendidih. Rasa.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Last sekali, masukkan daun bawang.
6. Curah sos atas tofu dan sayur. Tabur bawang goreng.

Enjoy!!!

Wednesday, 11 July 2012

Resepi: Ikan Stim Lemon dengan Madu


Lagi satu resepi dalam diet program Mr. Hubby. Dia nakkan protein, so kita belilah ikan ini.

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
2 batang serai, diketuk
Sebatang cili merah
Lemon - diambil jusnya dan kulit dipotong
Sedikit minyak bijan
Sos ikan bbrp sudu besar
Madu secukup rasa
1 inci halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
Garam secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung

Cara:

1. Ikan dibersihkan dan dikelar sikit.
2. Letak ian dlm alumunium foil. Selitkan kulit lemon kat celah kelaran tadi, dalam perut ikan dan juga ditabur atas ikan.
3. Letak sikit minyak bijan atas ikan dan tabur garam sikit. Kukus sekejap.
4. Dalam mangkuk, campurkan bahan tumbuk, sos ikan, cili, serai, jus lemon, madu dan bancuhan tepung jagung. Rasa.Pass tu, panaskan dalam sauce pan sampai pekat sikit.
5. Bukak alumunium foil. Curah sos lemon dan kukus semula sampai masak.

enjoyssss!!!

Nota:

Potong kulit lemon tu, ambik yg warna kuning aje ye. Jangan ambik sekali yg kulit kaler putih tu... Pahit katanya... :-)

Resepi: Siew Pak Choy dgn Sos Tiram


Resepi diet kami. Sedaaaappp dimakan tanpa nasik... Sangat sempoi dan sesuai utk tukang masak yg tak rajin macam saya.. hehe..

Bahan-bahan:

Seikat siew pak choy - dipotong
4 sudu besar sos tiram (agak2 je)
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 ulas bawang besar - ditumbuk halus
Sedikit tepung jagung - dibancuh dgn air
Garam secukup rasa
Minyak zaitun sikit

Cara:

1. Celur atau stim siew pak choy. Jangan overdose. Tos dan letak dalam pinggan.
2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih & bawang merah.
3. Masukkan sos tiram dan air sikit. Kacau dan biar mendidih.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Curah atas sayur.

Nota:

Aritu bawang putih jadik garing sbb terhegeh-hegeh nak tuang sos tiram. Akibatnya, sangat sedap dimakan... so jgn kalut... unless ia rentung.


update (23 July 2012) - saja nak bagi tau: aritu kita celur broccoli & tuang kuah sos tiram ni... sangat mabelesssss... boleh je ganti sayur apa2... 

Resepi: Lemon Chicken


Ada member kata, makanan kat atas ni mcm cekodok. Nehi.. nehi... It's called lemon chicken atau bahasa  hotel (yg suka exaggerate), ayam salut tepung dengan sos lemon. Made this for myself - makan tanpa nasik. Mabelessss!!!

Bahan-bahan:

untuk diperap:

Kepingan dada ayam yg dipotong panjang 2 inci
Minyak bijan - sikit aje
Kicap cair
Chicken cube - sikit aje

Sebiji telur - dipukul
Tepung jagung
Minyak utk menggoreng

untuk sos:

Lemon - diambil jus
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Air utk kuah
Tepung jagung - dibancuh dgn air
Secubit serbuk kunyit - utk kaler aje, kalau tak jd mcm dlm gambar tu

Cara:

1. Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam.
2. Panaskan minyak. Bila dah perap, ambik ayam sekeping, celup dalam telur dan golekkan dalam tepung jagung. Goreng sampai kekuningan.
3. Bancuh jus lemon dgn gula, garam, serbuk kunyit dan air. Kacau rata dan rasa. Panaskan dlm sauce pan.
4. Pekatkan dgn bancuhan tepung jagung.
5. Tuang atas ayam.... taraaaaaa..... jemput makan... :-)

nota:

Jgn guna lemon dan minyak bijan secara overdose. Agak2 sesedap lidah ye. Lemon dikhuatiri sangat masam manakala minyak bijan dikhuatiri akan membuatkan anda ternganga sepanjang masa. Sekian.. :-)


Thursday, 21 June 2012

Resepi: Daging Black Pepper


Resepi yg kita mintak dr K. Faizah masa di Uzbekistan. Gigih salin, pas tu tah mana buku resepi tu ghaib, last2 main campak aje. Rasanya sama kot mcm K. Faizah punye. Sedap tauuu. Cincai aje, sesuai utk manusia yg tak rajin macam saya Smiley.

Bahan:

Daging dipotong nipis
Bawang besar - potong cincin
Daun bawang - potong 1 inci
Halia sikit
Tepung jagung
Olive oil
Kicap sikit
Air
Salt & ground pepper

Cara:

1. Tumis bawang besar dgn halia.
2. Masukkan daging dan air. Biar sampai empuk. Kalau air kering, masuk lagi sikit.
3. Masukkan kicap, black pepper & garam.
4. Last sekali masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn utk pekatkan kuah & tabur daun bawang.
5. Makan panas-panas ye... syok!!

Resepi Orang Diet (kononnye): Steam Chicken


Steam chicken yg kita ratah dengan sup sayur. Sedap gak ratah lauk ni. Tak de lah terbungkang mcm badak terdampar lepas makan, kan? Kurang sikit rasa berdosa Smiley.

Ini resepinya ye:

Bahan:


*resepi ini jenis campak2 sesuka hati.


Ayam yg dipotong
Halia dipotong panjang
Bawang putih ditumbuk halus
Daun bawang dipotong seinci
Kicap cair
Sos tiram
Salt & pepper

Cara:


Gaul semua bahan dan kukus sampai masak. Jangan kukus overdose ye..

Selamat mengukus Smiley 

Wednesday, 20 June 2012

Resepi Orang Diet (kononnye): Vegetable Soup


Dah tujuh kurun tak jenguk, habis bersawang dapur den. Banyak sebab kenapa dapur ini diabaikan - pindah rumah, letih, jadi supir, banyak order untuk kek dan juga atas sebab teknikal (Maxis broadband lembab mengalahkan siput). Hari ini, lari dari rumah (errkkk...), lepak kat tengah2 segiemas Kuala Lumpur, sebelah bangunan Maxis.. haaa... nasib baik laju broadband ini. Jika lembab juga, mmg akan diserbu kaunter Maxis kat sebelah ni...

Lately, timbul kesedaran yg sangat menyedarkan (??) untuk menurunkan berat badan. Dah lama sedar diriku ini gemuk (kengkawan kata tak gemuk pun, kurus je). Akan tetapi, jika perut sudah berlapis, paha bergesel, jeans dah tak muat, lengan mcm drumstick turkey, baju dah kena beli saiz L, baju kurung semua tak muat esp tang pinggang dan paling terkujat, berat dulu (masa zaman belum kawen & until 7th year of marriage), berat den hanyalah 40-45kg sajo... Tapi tahun ini bila ditimbang, jadik 55.5kg, apa cerrrr?? Hati senang? Hati ku ini dari dulu senang lenang. Satu saja conclusionnya - makcik dah tua (agaknye laaa Smiley). Maka, kami suami isteri (my boss mmg sejak mula kenal lg dah kira gumuksss Smiley ) pun memulakan kempen makanan sihat - tak menggemukkan & kurang gula.

Aritu saya masak sup sayur dgn ayam stim. Makan tanpa nasik ye Smiley . Kena ajar sikit perut ni jgn manja nak nasik memanjang. Bila pi oversea, kat tpt yg tak de nasik, mula menggelupurSmiley .. (eh.. termembebel pulak). Ini resepi sup sayur yg sedap di tekak saya ini:

Bahan-bahan:

Apa2 aje sayur yg boleh dijumpai dalam peti ais anda. Saya guna:

baby corn
cauliflower
grey mushroom
celery
US potato - dipotong kiub kecik-kecik
daun bawang
daun sup
tomato - potong kiub kecik2
chicken cube
bawang besar - potong kiub
bawang putih - tumbuk
air
olive oil
salt & pepper

Cara:

1. Panaskan minyak & tumis bawang besar & bawang putih.
2. Masukkan kentang, then air & chicken cube.
3. Dah mendidih, masukkan semua sayur. Agak2 kentang dah empuk, perasakan dgn salt & pepper.
4. Ceduk dan makan... hehe...

Wednesday, 16 May 2012

Datang Menjenguk

Berkurun sudah tak masuk sini... teramatlaaaaahhh bersawangnya... Sibuk bebeno dgn cakes & pindah rumah...Smiley

Wednesday, 28 March 2012

Makan-makan @ Langkawi

Entry kali ni bukan pasal dapur Cik Lina... tapi pasal dapur chef upahan Cik Lina aka kedai makan Smiley. Lokasi kedai makan - Westin & Wonderland Food Store Langkawi. Kedai makan lain kat Langkawi, tak ambik pulok gambarnye. Sila jamu mata ye... Smiley

Welcoming drink. Sprite with mango puree kot.... lupo pulak nama2 glemer f&b kat hotel ni.. sangat nyaman, sedap & nak lagi... tapi tak boleh... dapat sekali sajo... Smiley
Fried calamari. Sangat sedap.
Sambil minum air mango & makan fried calamari, enjoy the breathtaking view from the Breeze Lounge. Heaven..!







Kesemua makanan di atas adalah dinner di The Float, The Westin Langkawi.
Dinner kat tepi swimming pool. Sempat ambik gambar ini saje. Reason? Cream brule tersebut sangat sedap ye!
My wajib breakfast menu - omelete Smiley.
Waffle & bread butter pudding yg sangat sedap...
Kangkung goreng belacan... yummeh... @ Wonderland Food Store
Sotong masak halia yg sedap @ Wonderland Food Store
Para chefs @ Wonderland Food Store tgh gigih memasak. Tokey kata, yg masak kami punye lobster ialah chef Melayu yg dah bertahun keje dgn dia...
Kerapu taucu... sedaaaaaapppp!!!
Inilah lobsternya.... sangat sedap ye!!! Presentation mabelessss.....
Tinggal kulit aje....

Alhamdulillah.... rezeki Allah bagi, dapat kami makan yg enak semasa di Langkawi. Dinner at Wonderland Food Store is highly recommended. Tokey bagi harga cincai untuk food yg sangat sedap... Berbaloi orang kata... Kalau ke Langkawi, jgn lupa singgah. Tapi kena datang awal, restoran ni penuh sokmo.