Pages

Saturday 5 September 2015

Resepi: Sup Minestrone Versi Campak-campak Tapi Sedap


Hari ni masak simple je untuk Miss H sebabnya dia asyik nak bergayut je kat mommy dia ni. Kalau ikut je kehendak dia, takut dia pulak tak makan. Kita tak makan, tak pe lagi, kan? Jangan anak tak makan. Lepas je mandi, dia buat perangai nak melekat, maka dalam kepala ai berlegar-legar masak apa yang paling simple tapi dak kenit ni suka. So, jadi lah sup minestrone versi sukahati nak campak apa saja. Miss H suka sangat. Seronok tengok dia makan abis.

Ni resepinya:

Bahan-bahan:

Bawang holland - guna suku je, dicincang halus
1 1/2 sudu besar pasta huruf
1 1/2 sudu teh puri tomato
2 cawan vegetable stock
2 - 3 sudu besar frozen peas - rendam dulu
1/2 batang lobak merah - diparut atau dipotong dadu kecik2
1/2 ubi keledek saiz sederhana - dipotong dadu kecik2
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam

*sukatan atas ni anggaran je tau... ikutkan sebenanrnye, ai main baling je ikut suka byk mana nak letak... Nanti uols agak2 je lah ye? Macam pasta tu, kalau byk sgt, nnt dia kembang & kuah jd sikit. Resepi asal mana2 minestrone, org guna kentang tp sbb ai nak perabiskan stok keledek, belasah je laaa...

Cara:

Tumis bawang holland sampai lembut.
Masukkan vegetable stock, kacang peas, ubi keledek, lobak merah, pasta dan puri tomato. Kacau sebati. Biar mendidih.
Bila lobak, kacang peas & keledek dah lembut, pasta dah masak, perasakan dgn garam. Taruk sikiiiiitttt je. 
Tutup api. Sejukkan dulu baru masukkan dalam bekas kecik sebelum masuk dlm peti ais.

Tuesday 1 September 2015

My New Toys in the Kitchen - Noxxa & Philips Air Fryer


Tu diaaaa... posting hari ni adalah sessi menayang harta duniawi... Toys baru kat dapur ai hasil hasutan kengkawan sekolah hihihi... Belah kiri piyok dgn panel biru tu, kalu sesapa tak kenal lagi, tu namanya cik Noxxa... katanya piyok tekanan tinggi tapi bukan tu je functionnya... buleh jugak guna utk menggoreng, mengukus, slow cook, selain guna fungsi tekanan tinggi. Multifunction gituuu... Kalau nak masak dgn cepat, cik Noxxa ni mmg boleh diharap..

Yg belah kanan hitam menawan body cun dgn tangkai merah tu namanya cik Philips air fryer. Sebelum ni ai kenal air fryer brand ni aje.. pas tu baru kenal Tefal.. now mcm2 brand dah ada - Khind, Firenzzi, Elba, Trio... mcm2 lagilah... Nk yg murah, yg mahal semua ada tinggal kita nak pilih aje. Reason ai beli air fryer ni, selain dihasut member2 sekolah hihihi, ai nk kurangkan penggunaan minyak especially yg deep fry. This is the best way nk kurangkan minyak tapi masih dapat makan makanan yg mcm deep fry. Reason ai pilih Philips sbb tahan lama, based on member yg dah guna bertahun2. Penting ni! Tak mau ler kita beli pakai kejap je sbb umo tak panjang kan? Sebelum beli, ai survey jugak brand lain tp sbb xde review yg mcm kengkawan ai bagi, makanya pejam je lah mata beli yg mahal ni...

Ai beli kat KLCC je.. sblm ni tgk kat FB, org beli dr UK tp kena tunggu 2-3 bulan. Dapat lah murah sikit.. tak banyak pun beza dgn yg beli kat tanah malaya ni haaa... cumanya kat tanah malaya ni jual yg saiz 800gm aje.. yg kirim2 kat UK tu boleh beli yg 1.2kg. Member ai anak 5 org rilek je guna 800gm so kalu nk beli yg besor lg, ikut korang ler kan...

Yg ai beli tu model HD9228 Viva Collection jenis analog. Kata budak sales assistant kat kedai tu, Viva Collection ni beza dgn yg biasa tu sbb basket kat dlm tu ada penutup. Kenapa penting ada penutup ni? Sebabnya, nak lindung percikan minyak atau lemak yg keluar dr makanan dr terkena coil kat atas siling air fryer tu. Jenuh ok nak cuci kalau kotor.. so penutup ni mmg berguna sgt.

Apekebendenye analog ni? PAF (nama manja Philips Air Fryer) ada 2 jenis - analog dan digital. Yg analog guna tombol pusing untuk set masa & suhu. Masa yg kita boleh set maksima 30 minit je. Yg digital tu boleh set masa sampai sejam. So kalau guna analog tp nak masak lebih 30 minit, tak de masalah. Dah habis masa, pusing ler balik. Harga analog dgn digital ni beza tau.. Digital of kos lg mahal. Ikut lah yg mana sesuai utk korang tp utk ai, analog pun dah cukup... Tak susah pun nak guna.

Kenapa ai beli kaler hitam? Semua member yg dah guna air fryer ni pesan, kalau nk beli, beli yg kaler hitam sbb angin panas keluar ikut blkg air fryer tu. Lama2 body bertukar kaler jd kekuningan gitu.. jd tak lawa lah kan? Ai pun akur je hahahaha...

Next time, ai tayang hasil masakan guna Philips air fryer ni yek? Overall, Philips Air Fryer ni is highly recommended.

Monday 31 August 2015

Resepi: Kek Lumut Kukus



Dah lama teringin nak makan kek lumut ni... sebabnya ai ni peminat rasa pandan so dok terasa-rasa mesti sedap kek lumut ni sbb rasa pandan. Penah sekali rasa mcm nak beli je.. tengok harga huiiiiiyaiiii RM120 sebiji... itu sudah mcm harga mula set cupcake fondant yg ai jual.. Tak jadi ler nak beli... baik buat sendiri tapi kita xde resepi. 

Suatu hari kat fb, sorg famous someone (dont know to call her celebrity kah.. personaliti kah.. chef kah... sorry kak Jamayah Bujang... errkk..) yg ai follow kat fb sbb beliau rajin share resepi, share resepi kek lumut ni... Nampak je terus ler ai screenshot simpan dlm henpon... alkisahnya resepi yg kak Jamayah share tu adadi tulis dlm bracket Resepi Dayang Jack. Gaya mcm org sarawak... maka berbunga2 lah hati ini kerana berjaya mendapat resepi dr orang Sarawak...yeayy...

Ni resepinya:

Bahan-bahan:

10 biji telur gred A
450gm mentega berkualiti tinggi (ai guna Anchor)
3/4 cawan gula castor
2 cawan nestum (dikisar halus)
1 cawan serbuk almond
1 cawan serbuk horlicks
1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
2 sudu kecil esen vanilla
1 botol 60ml pes pandan cap Kopoe-kopoe
1 cawan susu pekat manis

Cara-cara
  • Sediakan pengukus besar yg muat baking tin saiz 10in.
  • Griskan loyang dgn mentega/marjerin.
  • Dlm mixer, pukul mentega dgn castor sugar dan esen vanilla hingga kembang & gebu. Gunakan kelajuan maksima.
  • Masukkan telur sebiji dan pukul dgn kelajuan perlahan. Ulang sampai abis.
  • Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.
  • Masukan tepung gandum sikit2, selang seli dgn horlicks, serbuk almond dan nestum. Kacau sebati.
  • Tuang adunan dlm loyang & tutup dgn alumunium foil. Alumunium foil tu disapu sikit dgn marjerin supaya tak melekat bila kek naik).
  • Kukus selama 4 jam. 
  • Dah masak, sejukkan dulu sebelum dipotong.
Hasilnya: 

Kek ni memang sedap. Texture serbuk almond mmg terasa cumanya, sbg peminat perasa pandan, ai agak kuciwa lah sbb resepi ni guna pes pandan aje. Ingatkan brand ni kuat rasa pandannya.. ye la kan sebotol besor kauuu!! Rasanya boleh adjust kot kalu kita tambah perasa pandan star brand. Nak taruk pure pandan juiceboleh jugak kot cuma takut kek jd padat sebab kita tambah cecair. Sapa yg expert, pepandai ler adjust.

Lagi satu, pewarna pes kopoe kopoe ni teramat laaaaaaaaa kuat coloringnya... Boleh kot kalu kita guna half botol kopoe kopoe & half botol star brand... 

Selamat mencuba... 

Blogging from Johor Bahru, JDT.



Resepi: Pancake Sedap


Suatu pagi ketika Mr. Hubby dah pi keje dan tinggallah ai dua beranak dgn Miss H kat rumah, maka tetiba rasa kelaparan sbb terlupa nak breakfast. Biasanya breakfast ai tak masak beria2 sbb kejar masa basuh pinggan, basuh baju, sapu sampah segala sementara Miss H belum bangun. Selagi tak lapar, selagi tu ler kita buat keje... 

Nak jadi cerita, bila kelaparan dah di tahap kebuluran, menggelabah ler selongkar pantry.. Roti tak de. Yg ada telur je. Takkan nk buat scrambled egg je kan? Memilih lak tu. Teringat pulak pancake. Tgk bahan semua ada... phewwhhh.. apa lagi.. kita melempeng ler... sekejaaapp je dah boleh makan.. cuma kena ada sedikit kegigihan.. ai jd gigih & sabar sbb nak makan sedap haha.. 

Resepi ai ambik dari blog Izah Muffin Lover tp tidak ler kita buat buttermilk tu sbb errr... nak cepat...

Resepi Pancake Sedap:

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar - room temperature
1 biji telur
2 sudu besar butter - cairkan
Sedikit garam

Cara-cara:
  • Tepung dan baking powder di gaul rata guna hand whisk & ayak (ai x buat pon hihi)
  • Dalam mangkuk lain, pukul telur sikit. Guna hand whisk ye.
  • Then masukkan gula pasir, garam & butter cair. Butter tu jgn panaskan & terus masuk ye.. kang telur tu masak pulak.. pukul sebati.
  • Masukkan susu. Kacau rata.
  • Then masukkan tepung sikit2. 
  • Rehatkan adunan dlm stgh jam (ai tak buat sbb ai kan kebuluran.. mana boleh tunggu lama2 hihi)
  • Panaskan non stick pan dgn api sederhana. 
  • Senduk kan adunan dan tuang kat tgh pan.. bila dah menggelembung permukaan atas & yg bawah dah brown, terbalikkan. Dah perang, angkat. Buat ler sampai abis... ai siap satu terus makan.. sedap wehhh...
  • Hidangkan dgn madu atau apa2 je yg korang suka... 
Selamat mencuba!

Blogging from Johor Bahru, JDT.