Pages

Tuesday, 28 February 2012

Resepi: Mee Sup Daging


Makanan kegilaan Mr. Hubby - mee sup daging.
Tersenyum simpul dia kalau kita kata kita nak masak mee ni.Smiley

Bahan:

1 peket mee kuning
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 batang kulit kayu manis
1 buah pelaga & bbrp bunga cengkih
Daging - jumlahnye, agak2 aje. Selalunye kita letak banyak2.
1 biji tomato
Sedikit carrot
1 batang seleri
1 peket fish ball - potong
Ground black pepper
Kicap
Garam
Minyak zaitun utk menumis
Air masak
Daun bawang & daun sup - dihiris.

Cara:

Basuh mee kuning dgn air panas. Jangan sampai mee lembik ye. Cukup utk buang minyaknye. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam periuk. Tumis bawang merah dulu. Pas tu masukkan bawang putih.
Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis sikit lagi. Pas tu masukkan air.
Masukkan daging pulok. Biar sampai mendidih dan daging jadi lembut.
Bila dah mendidih, masukkan fish ball dan garam.
Bila fish ball dah masak, masukkan carrot, seleri dgn tomato. Pas tu, grind black pepper secukup rasa.
Masukkan kicap sikit. Rasa. Kalau dah ok, tutup api. Jangan biarkan sayur-sayuran jadi lembik plak.
Tabur daun sup & daun bawang.

Hidang dgn mee kuning.

Siaapppp!!!Smiley

Kalau nak makan dgn sos cili, mabelesss je. Tu kita punye style le tu. Tak pun, tabur bawang goreng yg dibuat sendiri... jangan tabur bawang goreng yg beli kat kedai, tak power, tak syok, tak piau. Cik Lina mmg pantang dgn bawang goreng made in kedai ni..

Selamat mencuba...

Yummy

Monday, 27 February 2012

Resepi: Puding Trifle


Puding simple yg sangat mabelesssss. 

Bahan:

1 1/2 tin susu cair
1 1/2 sudu besar gula
4 1/2 sudu besar tepung kastad
1 kek swiss roll - perasa apa pon boleh
1 tin fruit cocktail
1 kotak jeli kristal Nona perasa strawberry

Cara:

1. Potong swiss roll dan susun dalam bekas.

2. Basahkan swiss roll dgn air dari fruit cocktail. Ketepikan buah tu dulu.

3. Bancuh tepung kastad dgn air masak. Ketepikan.

4. Masukkan susu cair dan gula ke dalam periuk. Masak sampai gula hancur.

5. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau sampai agak pekat. Jangan sampai pekat sangat sebab nanti kastad tu keras kematu.

6. Bila dah mencapai piawaian, curahkan kastad atas swiss roll basah tadi. 

7. Taburkan fruit cocktail.

8. Bancuh jeli kristal Nona ikut arahan peket. Curahkan atas fruit cocktail.

9. Sejukkan dalam peti ais.

pas tu, apa lagi..... enjoyyyy!!!!!


Selamat mencuba... 


pssst: Kalau nak kurangkan susu cair tu pun boleh. Guna 1 tin aje. Saya guna lebih sbb dapat lebih kastad. Sedaaapppp.....

Sunday, 26 February 2012

Garret Popcorn



Dah bersawang dapur kita ni. Lama tak jenguk. Sibuk dgn order kek & cupcakes sampai demam. Owhhh....

Cerita pasal Garret Popcorn (GP) ni, dah berkurun simpan dalam draft. Excited nak cerita masa mula2 Mr. Hubby belikan popcorn ni. Masa mula2 wujud GP kat KLCC, ramai member FB dok cerita akan kenikmatan memakannya... yummeh, sedap, blablabla. Kita lalu kat kedai GP ni pun,mmg beratur panjang org nak membeli. Kiranya, mmg sedap lah kot. Sekali tu, kita curious nak tau harganya sbb org kata mahal... hah... mmg mahal pon... harga seciput dlm berbelas RM. Tak ingat exact price tp mmg pricey laaaa.  Kalau ada saploh hengget je dlm wallet, sila pi Maybank kat sebelah utk withdraw duit standby dulu ye?

One fine day, Mr. Hubby balik lewat & brought back seguni GP perasa karamel. Waaaaahhhhhh... excited gilasssss. Dia kata, teringat kat bini, asyik sebut GP, so dia pon sanggup beratur nak beli... Muahsss muahssss muahssss... Errr.... bila makan sikit, terus nak minum air... tekak cepat kering & muak. Memang kena standby air bergelas-gelas masa makan GP. Disebabkan Mr. Huby beli pack yg paling besooorrr, lebihan tu kita masukkan dlm tupperware (bukan tipuware tawww). So tahan lama.

Tak lama lepas tu, masa kita jemput Mr. Hubby kat KLCC, dia ajak kita beli lagi GP. This time dia nak suruh kita rasa GP yg ada kacang macadamia. Harga dekat limaploh hengget ye puan-puan. Tengok kat gambar atas yg dlm peket tu, nampak tak kacangnye? Tak banyak mana ponnn. Disebabkan karamel yg sangat muak, last2 kita gali carik kacang aje. Bila dah tak lalu, ke tong sampah perginya.

Lepas dari itu, kita tak beli dah GP ni. Muak bebenor... Tengok kedai kat KLCC tu pun, dah tak berapa nak meriah dah. Kengkadang penuh orang, selalunya ada 2-3 org dan kengkadang tak de orang langsung. Kalau nak cuba, pegi lah kat KLCC nun... tak payah beli yg besor terus. Beli yg kecik dulu. Kalau rasa2 nak buat kenduri, baru la beli yg besor. Kalau tak, jenuh nak perabis sbb benda ni tersangat muak.