Pages

Showing posts with label Resepi: Mee. Show all posts
Showing posts with label Resepi: Mee. Show all posts

Friday, 22 March 2013

Resepi: Laksa Utara


Our favourite. Semua barang mentah beli kat Pasar Tani MAEPS Serdang. Laksa yg digunakan tu bukan jenis yg kering kena rendam. Senang gitu. Celur dgn air panas sekejap je untuk cuci minyak.

Bahan-bahan:

1 peket laksa
5 ekor ikan - kita guna ikan kembung
Cili mesin - ikut pedas
Asam keping
Asam jawa
Bunga kantan
Daun kesum
Garam kasar

Cara-cara:

1. Laksa dicelur dgn air panas. Tos air dan ketepikan.

2. Ikan dibuang perut dan cuci. Masukkan dalam periuk dan tuang air. Banyak air ni menentukan banyak mana kuah laksa nanti. Masukkan asam keping. Rebus sampai ikan masak.

3. Dalam periuk lain, tuangkan air rebusan ikan. Gunakan penapis. Biarkan dulu.

4. Jom settlekan ikan dulu. Sediakan blender. Asingkan isi ikan dgn tulang. Masukkan isi ikan dulu dalam blender dan masukkan sikit air dari air rebusan ikan tadi. Blend sampai halus. Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan.

5. Turn tulang ikan pulak. Jangan dibuang dulu. Blend tulang ikan dgn air sikit. Masukkan ke dalam periuk air rebusan tadi. Jangan lupa guna penapis.

6. Masukkan cili boh ke dalam periuk tadi. Agak-agak nak pedas mana.

7. Masukkan juga bunga kantan, daun kesum, asam keping dan air asam jawa. Nyalakan api.

8. Bila dah menggelegak, masukkan garam kasar. Rasa masam pedas kuah. Kalau tak kena, adjust lah apa yg patut. Bila dah rasa garam, pedas masam semua dah balance, boleh la tutup api.

9. Hidang dgn condiments - timun, salad, telur rebus, bawang, limau kasturi.

Laksa yg mabelesss.. pernah dipuji macam rasa laksa Kuala Perlis.. hihi...

Tuesday, 28 February 2012

Resepi: Mee Sup Daging


Makanan kegilaan Mr. Hubby - mee sup daging.
Tersenyum simpul dia kalau kita kata kita nak masak mee ni.Smiley

Bahan:

1 peket mee kuning
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 batang kulit kayu manis
1 buah pelaga & bbrp bunga cengkih
Daging - jumlahnye, agak2 aje. Selalunye kita letak banyak2.
1 biji tomato
Sedikit carrot
1 batang seleri
1 peket fish ball - potong
Ground black pepper
Kicap
Garam
Minyak zaitun utk menumis
Air masak
Daun bawang & daun sup - dihiris.

Cara:

Basuh mee kuning dgn air panas. Jangan sampai mee lembik ye. Cukup utk buang minyaknye. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam periuk. Tumis bawang merah dulu. Pas tu masukkan bawang putih.
Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis sikit lagi. Pas tu masukkan air.
Masukkan daging pulok. Biar sampai mendidih dan daging jadi lembut.
Bila dah mendidih, masukkan fish ball dan garam.
Bila fish ball dah masak, masukkan carrot, seleri dgn tomato. Pas tu, grind black pepper secukup rasa.
Masukkan kicap sikit. Rasa. Kalau dah ok, tutup api. Jangan biarkan sayur-sayuran jadi lembik plak.
Tabur daun sup & daun bawang.

Hidang dgn mee kuning.

Siaapppp!!!Smiley

Kalau nak makan dgn sos cili, mabelesss je. Tu kita punye style le tu. Tak pun, tabur bawang goreng yg dibuat sendiri... jangan tabur bawang goreng yg beli kat kedai, tak power, tak syok, tak piau. Cik Lina mmg pantang dgn bawang goreng made in kedai ni..

Selamat mencuba...

Yummy

Tuesday, 31 January 2012

Mee Kuning & Mee Goreng Mamak

mee goreng mamak

mee kuning & kuey teow halus


Setiap pagi, mesti garuk kepala yang tak gatal bila time memikir apa nak masak untuk sarapan pagi. Selalunya I will ask Mr. Hubby, esok nak makan apa? Kadang-kadang dia jawab nak mee goreng mamak. Dan jawapan yang dia selalu dapat - tak de mee kuning dalam peti ais.

Last Saturday, as usual, we went to Pasar Tani MAEPS. This time, tak meronda-ronda atau pun breakfast kat situ sebab nak berkejar ke kedai tayar, pas tu nak balik kampung. Makanya, kenalah siap-siap makan. We had breakfast kat Maulana, Sri Serdang. Sejak balik dari Uzbek, ni lah baru dapat pegi situ. Terkujat tengok Maulana dah ada 3 lot kedai & tempat makan tingkat atas.

Sampai-sampai je kat pasar tu, terus pi beli sayur, daging & ikan. On the way nak keluar, ternampak satu gerai yang hanya menjual mee kuning & kuey teow. Ada jugak laaa sikit-sikit kopok lekor mentah, sos etc tapi tak pay attention sangat sebab seronok jumpa mee kuning. Seronok sbb boleh masak menu dambaan Mr. Hubby lerr... I bought 2 packets of mee kuning and a packet of kuey teow halus which cost me only RM3.00. Mee tersebut adalah keluaran Hajjah Che Halimah Omar, Koperasi JML Berhad kat Bandar Baru Bangi (actually info kat peket tu agak confusing). Kalau nak tau lebih lanjut, sila ke sini, kot-kot nak beli borong. Tak pun, terjah je gerai kat Pasar Tani MAEPS tu. Recommended sbb mee kuning tak rasa kapur.

Semalam, Mr. Hubby cuti and dengan bangganya I cooked his makanan idaman beliau - mee goreng mamak. Dia asyik cakap, mee goreng mamak kena guna 3 biji telur & guess what? Soalan pertama dia tanya masa nak makan - guna berapa biji telur? Hmmmmm....

Ni resepi mee goreng mamak versi cik lina:

Bahan-bahan:

Sepeket mee kuning
3 - 4 sudu besar cili mesin
3 - 4 sudu besar kacang goreng yg ditumbuk
Segenggam udang kering ditumbuk
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Sawi ( I used kangkung. Tak suka sawi.)
Carrot
Taugeh (Tak masuk sbb tak beli.. hehehe)
3 biji telur (kena guna 3 lah, sbb mee sepeket...)
Kicap cair
Kicap manis
Kicap masin
Garam & gula
Minyak untuk menumis

Cara:

Panaskan minyak. Masukkan cili mesin dan goreng garing.
Masukkan bawang putih, bawang besar, udang kering dan kacang tanah. Gaul rata. Kalau kering, masukkan air sikit.
Masukkan garam, gula dan kicap cair. Gaul rata.
Masukkan semua jenis sayur, gaul rata.
Masukkan mee kuning, gaul rata. Pas tu, buat kawah kat tengah dan pecahkan 3 biji telur. Tutup dengan mee.
Lepas agak-agak telur dah separuh masak, kacau rata. Perasakan dengan kicap manis dan kicap masin.
Hidang dengan potongan timun, limau kasturi, daun bawang, bawang goreng dan cili jeruk.

Mr. Hubby's feedback----> sedaaaaaaaappp!!!! Smiley (gedikss)