Hajat di hati nak tayang gambar shepherd's pie kita, tapi tak de pulak dalam laptop ni. Godek punye godek, terjumpa gambar lama. A plate of sweet treats, dua keping roti Uzbek and a bowl of plov (or nasi daging). Sebelum anda konfius, mai cheq habaq yg cheq ni pernah dok kat Tashkent, Uzbekistan from January 2010 until early May 2011. So, kalau cheq ungkit cerita zaman batu ni, tak lain tak bukan hanya untuk berkongsi info. Mana tau kan kot-kot ada yg nak pi melancong kat sana, you can get real picture lah especially bab makan org kat Uzbek sinun.
Sweets, roti & plov ni were given by one of Mr. Hubby's colleague, Madam Dilnoza sempena menyambut kelahiran cucu beliau. Untuk kenduri tersebut, hanya org lelaki sahaja yg dijemput. Mengenangkan I ni kena tinggal, petang lepas kenduri, gigih beliau menghantar makanan yg dihidang masa kenduri untuk I rasa. Dah ler masa tu musim sejuk. Spasiba balshoi (terima kasih byk2), Madam Dilnoza .
Moh tengok makanan kenduri orang Uzbek:
Gambar atas ni, I fail untuk mengenali apakah ia. Yang pasti ia manis, kering dan I tak suka. Yg warna coklat tu ialah kek ada lapisan krim. Sebelahnya pun set-set gitu jugak. Yang warna kuning cair tu pulak manisan bersusu dgn pistachio. Banyak dijual di bazar yg menjual dried fruits and nuts. Tak tahan lama, expired tak sampai seminggu.
Atas ni gambar roti tradisional Uzbek yg dipanggil 'nan' (mcm roti tandoori tu) or 'khleb' (roti) or 'lepyoshka' (round bread) dalam bahasa Russia. Mind you, in Tashkent, people speak Uzbek and Russian languages. Org Uzbek mostly cakap dwibahasa, manakala org Russia cakap bahasa Russia lah. Back to the food, khleb tu dibakar dalam oven tanah liat dan dijual serata alam di sana - kedai, bazar, lorong jalan malah di tepi jalan besar. Selalunya penjual bergerak menjual khleb ni dalam kereta sorong dan ditutup dgn kain putih.
Texture khleb ni, keras di luar, agak lembut di dalam. Jika anda pergi ke restoran makanan Uzbek, khleb ni adalah hidangan wajib. Perhatikan 2 khleb atas - ada yg plain, ada yg bercorak. Yang jenis bercorak, macam-macam corak ada, dibuat menggunakan pencucuk khas. Ada juga khleb yg ditabur bijan hitam utk hiasan.
Plov atau nasi daging. It's a traditional Uzbek dish. Selalunya served dalam majlis keramaian. I tell you, this is not a healthy dish at all. Kenapa? Main ingredients include lemak, daging, minyak yg banyak & beras Uzbek yg tersangatlaaaaaaaaahhhh susah nak basuh . Cara masak pun agak 'mengerikan' bagi yg health conscious. Minyak masak (kat sana guna minyak bunga matahari) dipanaskan. Masukkan daging sebongkah. Goreng deep fry ye. Pas tu masuk lemak, beras etc etc (nanti bila2 I tepek resepi plov yg Madam Dilnoza bagi). Plov ni, kalau org tak expert, mmg tak sedap. Hanyir laaa.... nasik keras laa... Tapi yg pastinya, minyak bergenang. Kat Tashkent, my favourite plov is yg kat Chinni Bazar. Tapi I tak makan selalu. Rasa macam jantung tak sihat je...
No comments:
Post a Comment