Rumah baru dan semestinya dapur baru, kan? Introducing my department in the house - the kitchen ... Rumah skrg bukan tak de dapur, tapi sebab kat rumah baru ni ala-ala I akan mendapat office dapur idaman, maka di dalam hati ada keterujaan yg sangat tinggiJom jenguk...
My dry kitchen. Luas lebih kurang 11X11 kaki. Belah kiri sekali tu ada breakfast counter yg jadi divider antara dapur dgn dining area & guest room. Kiranya dry kitchen ni open lah. Tak suka tutup area ni, nanti jadi kecik , gelap & sesak dada. Ni gara-gara tengok show house lah. Habis ditutup, siap buat pintu.
Ruang kosong yg besooorrr tu utk peti sejuk. Itu saja dah makan banyak space. Macam rugi, tapi bila peti sejuk kecik, laaaaaagiiiii rugi... Ruang kosong bawah microwave tu pulak untuk oven lah kononnya. Actually tak teringin pun nak beli oven yg pesen mcm melekap penuh kat ruang tu, tapi who knows in future kita gatal plak teringin, kan? Banyak kes dah... So, baik buat aje.. Tak rugi pun sbb ruang tu boleh letak barang lain utk sementara waktu.
Secara keseluruhan, I suka lah dgn my new kitchen cabinet. Tak banyak songel masa deal dgn kontraktor ni. Start dgn first call, sampai la habis payment, I tak de masalah besar dgn mamat ni who is also the owner of the company (share dgn brother, org kata). Harga quoted pun boleh kata murah. The whole kitchen cabinet plus 2 under sink cabinets plus walk in wardrobe (frame only) plus pintu untuk my concrete counter top at the wet kitchen, cost me RM10,600 only. The tokey yg kejar kita bila mau pasang, instead of kita yg sibuk kejar dia tanya bila mau pasang. Booking RM500.00 (actually utk lock harga coz takut harga naik lah kengkononnya). Bila dah dapat quotation, then bayar lagi utk cukupkan 40% deposit. Installation makan masa 2 hari utk cabinets & 1 hari utk walk-in wardrobe which was done looooong time before (ni gara-gara kelembapan my house contractor siapkan wet kitchen I .. Kalau tak cabinet I dah boleh pasang sekali harung). Lepas habis install, the tokey tak bising pun mintak baki payment. I yg tak syok simpan duit orang. I dgr my fren punye cerita, full payment dah mintak awal tp installation boleh main tangguh ikut suka hati. Mana boleh kan?
Introducing my wet kitchen.... Asalnya, area ni ialah yard yg sgt cinonet, ngam2 utk letak satu dapur gas 2 tungku. Oleh kerana kita selalu merengek kat Mr. Hubby nak wet & dry kitchen, maka dia agreed utk extend sikit area ni ke belakang & jadikan my dream comes true... yeayyy Walaupun sudah extended, area ni tetap ngam2 utk sorang. Kalau Mr. Hubby masuk sekali, makanya akan berlaga lah ponggong kami... isk... Selain utk memasak, area ni juga tpt basuh baju & cuci pinggan mangkuk. Tengok bawah counter belah kiri, situ lah mesin basuh I akan bertapa.
Atas ni pulak, gambar pintu wet kitchen. I pilih security door untuk dapur belakang ni untuk 3 sebab: First utk security, second sebab pintu ni ada 2 layer. I boleh bukak pintu bhgn dalam tanpa bukak the whole pintu. Yg stainless steel tu kengkononnya mcm gril pintu lah. Thirdly sebab pintu ittew cantik.. Cuba imagine, setakat mana pintu itu, setakat itu jugalah wet kitchen I. Kecik kan? Jaaaadi lah. But I am happy... extremely happy. Thanks Mr. Hubby
Sekarang I dalam proses cuci rumah & pindahkan barang sikit-sikit. Tapi bila nak pindahnya, belum tau. So, berangan aje lah dulu nak masuk office dapur baru...
No comments:
Post a Comment