Pages

Showing posts with label Review: Makanan Minuman. Show all posts
Showing posts with label Review: Makanan Minuman. Show all posts

Saturday, 16 August 2014

Air Tembikai Asam Boi


Awal bulan 5 aritu, ai & Mr. Hubby pegi menebas (read: main golf) kat Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey. Sementara tunggu partners kami datang, kami lepak ler kat cafe golf club tu. Ai order air ini - watermelon asam boi. Nak mintak apple asam boi, tak de pulak. Disebabkan tekak rasa haus sgt & terasa nak minum berasam boi, order je lah air ni...

My comment - tak boleh diterima tekak sebab kombinasi tembikai yg manis dgn asam boi yg masam tu sangat tak kena. Pelik wehhh... Minum pun tak abis. Rasanya ni first time jumpa air tembikai org taruk asam boi ni... Sapa laaaa yg punye suggestion buat air ni hah? Tapi mungkin ada orang suka... Bagi ai, reject lah... Green apple jugak yg sedap...

Sesapa nak cuba, tak payah pi Pulau Carey tu.. buat je sendiri... Blend tembikai, kalau tawar, tambah sikit sugar syrup.. Pas tu, campak 2 ketul asam boi & ketulan ais.. Selamat merasa... hehe...

Sunday, 24 February 2013

Mari Jamu Mata: Las Vacas, Jalan Yap Kwan Seng, KL

Asyik dok tempek resepi aje, hari ini, kita tempek gambar makanan pulak. Last week pegi satu restoran kat Jalan Yap Kwan Seng, nak menunaikan janji pada member. Beliau yg suggest pegi ke situ sbb asyik lerrr dok pegi TGIF, Chlli's... mcm bosan lah pulak kan? Malas nak tulis panjang lebor, korang cucilah mata buat panduan kalau berhajat nak ke sini ye? Mintak mahap, nama glemer setiap hidangan tidak pulak diingati...

Caesar Salad dgn salad yg tak dipotong... not bad... cuma ai ni tak berkenan kat poach egg tu.. tak de pon tak pe...

Salad kobis purple...

this is mine.. starter je dah cukup... it's called Beef Wrap.. sedap... ai recommend utk dicuba..

meatballs.... pun sedap juga...

side dish yg Mr. Hubby order...

main dish Mr. Hubby punye... beef steak (tak tau la striploin ke, tenderloin ke..) medium rare (ewwww...)

Macam mana nak pegi sana?

Kalau uolss dari arah KLCC ie Jalan Ampang, sampai kat simpang 4 depan KLCC tu, korang masuk kanan. Lepas Menara Public Bank, Ambank, Megan Phileo & sampai aje kat tempat org jual keta belah kiri tu, mata korang kena tgk belah kanan... Las Vacas ni bukan kedai dia semata, dia dlm bangunan kat ground floor... ada 2 lagi restoran sederet dia... level atas tu ada klinik gigi tp tak serupa klinik gigi... kalau dtg dinner & parking penuh kat depan restoran, korang park je kat belakang bangunan tu...

Wednesday, 28 March 2012

Makan-makan @ Langkawi

Entry kali ni bukan pasal dapur Cik Lina... tapi pasal dapur chef upahan Cik Lina aka kedai makan Smiley. Lokasi kedai makan - Westin & Wonderland Food Store Langkawi. Kedai makan lain kat Langkawi, tak ambik pulok gambarnye. Sila jamu mata ye... Smiley

Welcoming drink. Sprite with mango puree kot.... lupo pulak nama2 glemer f&b kat hotel ni.. sangat nyaman, sedap & nak lagi... tapi tak boleh... dapat sekali sajo... Smiley
Fried calamari. Sangat sedap.
Sambil minum air mango & makan fried calamari, enjoy the breathtaking view from the Breeze Lounge. Heaven..!







Kesemua makanan di atas adalah dinner di The Float, The Westin Langkawi.
Dinner kat tepi swimming pool. Sempat ambik gambar ini saje. Reason? Cream brule tersebut sangat sedap ye!
My wajib breakfast menu - omelete Smiley.
Waffle & bread butter pudding yg sangat sedap...
Kangkung goreng belacan... yummeh... @ Wonderland Food Store
Sotong masak halia yg sedap @ Wonderland Food Store
Para chefs @ Wonderland Food Store tgh gigih memasak. Tokey kata, yg masak kami punye lobster ialah chef Melayu yg dah bertahun keje dgn dia...
Kerapu taucu... sedaaaaaapppp!!!
Inilah lobsternya.... sangat sedap ye!!! Presentation mabelessss.....
Tinggal kulit aje....

Alhamdulillah.... rezeki Allah bagi, dapat kami makan yg enak semasa di Langkawi. Dinner at Wonderland Food Store is highly recommended. Tokey bagi harga cincai untuk food yg sangat sedap... Berbaloi orang kata... Kalau ke Langkawi, jgn lupa singgah. Tapi kena datang awal, restoran ni penuh sokmo.

Tuesday, 20 March 2012

Food @ Uzbekistan

Mari cuci mata tengok makanan yang saya makan di Uzbekistan.

 Borsch (борщ) or beetroot soup @ Karimbek Restaurant, Samarkand.
This is not a traditional Uzbek cuisine. According to wikipedia, this dish is originated from Ukraine and is popular in Eastern and Central European countries. Ada yang kata ini adalah makanan org Russia. Basically, it is a beef soup with beet, carrot, potatoes and cabbage and served with sour cream. Kacau kasi rata and slurrrp... Borsch kat Karimbek ni, sedap jugak. Sapa2 nak ke Samarkand, boleh singgah sini. Restoran ni memang famous.

This dish is called manti (манти) or dumpling @ Yunusobod Bazaar, Tashkent. Made from ground beef or lamb with spices and onion, wrapped with wheat dough, steamed and served with sour cream/smetana (смэтана). Other than beef and lamb, there is also pumpkin manti (oh Kak Tim.... manti & lagman maid mu sungguh heaven). This dish is my favourite esp beef and pumpkin. Sedap woooo... Tapi ada certain tempat, pi letak seketul lemak kat dalam tu. Tak sedap, ye.

Meatball soup and greek salad @ Gulom Gofur, Tashkent. Di kebanyakan restoran yg saya pegi, ada serve greek salad. Meatball soup, tengok tempat.

Plov (плов) or pilaf or osh (ош) @ Karimbek Restaurant, Samarkand. According to wikipedia, this dish is common in Middle Eastern, Central and South Asia, East Africa, Latin America and Carribean. Plov ni pun ada banyak jenis & cara masakannya ikut negara/daerah. Bab ni, saya tak paham sangat sebab plov yg saya makan, sama je semuanya i.e. made of Uzbek rice, yellow & orange carrot, chick peas, spices and beef. It is extremely oily. Kat atas ni, ada seketul telur burung puyuh rebus. Plov kat Karimbek ini memang sedap.

Yang ini, plov kat Gulom Gofur. This one, tak berapa sedap. Nampak kering & beras pun nampak keras kejung.

Non (mcm roti naan) or lepyoshka (лепешка) and vegetable salad. Kalau makan kat mana-mana restoran Uzbek, diorg mesti serve roti ni. Saiznya pelbagai, ada yg sebesar tapak tangan dan ada yg sebesar dulang. Roti ini agak keras, dalam agak lembut tapi kalau dah di simpan berhari-hari, memang jadi keras lah. Selalunya dimakan dengan sup. Roti ini juga dijual di merata-rata tempat seperti kedai serbaneka, gerai tepi jalan, malah di atas kereta sorong. Corak pon ada pelbagai. Cantik tauu..
Salad pula terdiri daripada potongan besar sayur-sayuran seperti dil, tomato dan lain-lain sayuran hijau. Mr. Hubby kata, makan salad ni boleh jadi macam kambing. Yo lah...

Lupa pulak apa nama salad ni (Naza, tolong.. apekebende ni.. You ssaboi mende ni aritu). Kalau tak silap, yg nampak tak fresh tu ialah jeruk cili besar. Tak sedap ye. Tapi tgk org Uzbek makan, sangat berselera.

Shashlik ayam @ Gulom Gofur. Saiz giant.

Kabob shashlik or yg biasa kita dengar - kebab. Biasanya diperbuat daripada marinated lamb or beef or chicken, dalam bentuk potongan seketul-seketul atau pun dikisar (untuk lamb & beef). Paling tak syok ialah MESTI ada lemak paling kurang dua ketul setiap batang shashlik. Erkkk.... Served with onion, sprinkled with chilli powder.

This is shurpa - lamb/beef and vegetable soup @ Muhamadjon Tursunov Street.

Kat atas ni ialah beefstroganoff. French fries served with spiced beef @ Chinni Bazaar, Tashkent. Rasanya this is not an Uzbek cuisine. Kalau tak silap, originated from Russia. Apa2 hal, beefstroganoff kat Chinni ni sangat mabelesss.
My favourite drink is chai s limonom or lemon tea. Lihat saya sedang menuang teh ke dalam mangkuk kecik. Macam tu lah style orang Uzbek minum teh. Uzbek lemon tea rasanya lain dek cara penyediaannya yg berbeza. Seteko kecik tu, saya sorang boleh habiskan. Sangat sedap esp bila minum waktu winter/autumn. Smiley

Ada banyak lagi Uzbek cuisine yg gambarnya entah mana-mana saya simpan. Ada yg dah hilang bila hard disc corrupted Smiley. Makanan lain seperti lagman dan somsa. Kalau nak merasa makanan Uzbek tanpa terbang ke Tashkent, anda boleh pergi ke Central Asia Restaurant yg terletak di bawah Saudi Airlines office di Megan Phileo, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Saya dgn geng Tashkent Alumni dah serbu restoran tersebut yg diusahakan oleh orang Uzbek. Authentic ye...

Selamat menjamu selera... Smiley 

(ada 1 entry dok membebel pasal khleb/naan/lepyoshka & also plov pasal Uzbek... hehehe)

Sunday, 26 February 2012

Garret Popcorn



Dah bersawang dapur kita ni. Lama tak jenguk. Sibuk dgn order kek & cupcakes sampai demam. Owhhh....

Cerita pasal Garret Popcorn (GP) ni, dah berkurun simpan dalam draft. Excited nak cerita masa mula2 Mr. Hubby belikan popcorn ni. Masa mula2 wujud GP kat KLCC, ramai member FB dok cerita akan kenikmatan memakannya... yummeh, sedap, blablabla. Kita lalu kat kedai GP ni pun,mmg beratur panjang org nak membeli. Kiranya, mmg sedap lah kot. Sekali tu, kita curious nak tau harganya sbb org kata mahal... hah... mmg mahal pon... harga seciput dlm berbelas RM. Tak ingat exact price tp mmg pricey laaaa.  Kalau ada saploh hengget je dlm wallet, sila pi Maybank kat sebelah utk withdraw duit standby dulu ye?

One fine day, Mr. Hubby balik lewat & brought back seguni GP perasa karamel. Waaaaahhhhhh... excited gilasssss. Dia kata, teringat kat bini, asyik sebut GP, so dia pon sanggup beratur nak beli... Muahsss muahssss muahssss... Errr.... bila makan sikit, terus nak minum air... tekak cepat kering & muak. Memang kena standby air bergelas-gelas masa makan GP. Disebabkan Mr. Huby beli pack yg paling besooorrr, lebihan tu kita masukkan dlm tupperware (bukan tipuware tawww). So tahan lama.

Tak lama lepas tu, masa kita jemput Mr. Hubby kat KLCC, dia ajak kita beli lagi GP. This time dia nak suruh kita rasa GP yg ada kacang macadamia. Harga dekat limaploh hengget ye puan-puan. Tengok kat gambar atas yg dlm peket tu, nampak tak kacangnye? Tak banyak mana ponnn. Disebabkan karamel yg sangat muak, last2 kita gali carik kacang aje. Bila dah tak lalu, ke tong sampah perginya.

Lepas dari itu, kita tak beli dah GP ni. Muak bebenor... Tengok kedai kat KLCC tu pun, dah tak berapa nak meriah dah. Kengkadang penuh orang, selalunya ada 2-3 org dan kengkadang tak de orang langsung. Kalau nak cuba, pegi lah kat KLCC nun... tak payah beli yg besor terus. Beli yg kecik dulu. Kalau rasa2 nak buat kenduri, baru la beli yg besor. Kalau tak, jenuh nak perabis sbb benda ni tersangat muak.