Pages

Showing posts with label Resepi: Sup. Show all posts
Showing posts with label Resepi: Sup. Show all posts

Friday, 6 December 2013

Sup Broccoli yg Simple


Sekarang dah start memasak semula... sebabnya, i yg nak start diet.. Berat dah naik 15kg since i berhenti kerja. Best ke tak best tu? Best sbb boleh jadi mem besor kat dapur sendiri... Yg tak bestnya bila badan mcm belon panas tgh standby nak terbang...

  Hot Air Balloon 

Tak tau apa angin yg tiup sejak dua menjak ni, i terasa mcm nak kuruskan badan pulak... Bukan setakat nak kurus, i dah beauty conscious you!! (walaupun muka tak beautiful har har har)... Generally, i nak sihat laaaa... asyik bedal burger, pizza, aiskrim, kek, sate blablabla.... maka terimalah akibatnya - badan bertambah besor, muka makin berminyak... segan hokeh!


For the start, malam2 i makan sup sayur aje... kelmarin buat sup sayur campur... this time broccoli... Semua resepi versi orang malas... meh tengok...

Bahan2:

Broccoli - dipotong
Setengah labu bawang besar kuning
Sebiji telur
Minyak zaitun
Air
Ground pepper & garam secukup rasa

Cara:

  • Panaskan minyak zaitun & tumis bawang sampai layu.
  • Masukkan air... agak2 lah nak kuah banyak mana. Biar mendidih.
  • Pecahkan telur. Biar sampai mendidih.
  • Masukkan broccoli & tutup api. Pastikan broccoli tu jgn lembik.
  • Perasakan dgn garam & ground pepper. Kacau. 
  • Dah siap...

Sedap ye... ai sukaaaa! Tak makan dgn nasik pon... makan sayur je... pssstt: org rumah ni dah 2 tahun tak beli beras... Blushing



Thursday, 2 August 2012

Resepi: Potato Cream Soup

Pertama kali makan potato cream soup yg dibuat oleh Kak Shah di Tashkent, terasa sangat mabelessss & tak puas makan (mcm ada sifat tamak haloba sedikit ketika itu Smiley...). Seperti biasa, dgn segera saya meminta resepi drpd tukang masaknya. Tukang masak ini sebenarnya bukan betul2 tukang masak, she's the wife of our diplomat at Tashkent. Semua masakan beliau sangat mabelesss. Masakan beliau yg paling saya suka ialah kuih bom (versi goreng dgn minyak zaitun) & nasi dagang. Owhhhhhh.... terbaek di dunia tauuu!!!! 

Ni resepi yg diberi oleh Puan Eshah:

Bahan-bahan:

3-4 biji kentang saiz sederhana - potong kecik2
2 ulas bawang putih - cincang
1 sb minyak zaitun
2 tangkai daun sup - cincang
2 tangkai daun bawang - cincang
1 labu bawang besar - potong dadu
salt & pepper

Chicken stock:

300gm tulang ayam - buang lemak
1 btg carrot - potong
1 btg daun sup - potong kecik
2 helai daun bay
Sedikit serbuk thyme
Air

*kalau tak rajin, just guna chicken cube campur air & rebus

Cara-cara:

1. Untuk chicken stock, rebus semua bahan dgn api besar selama 5 minit. Kemudian, renih dgn api kecik selama 20 minit. Tapis dan ambik stock sebanyak 1 1/2 liter.

2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih & bawang besar.

3. Masukkan kentang & chicken stock. Masak sampai kentang empuk.

4. Masukkan daun cincang, biar sekejap. Agak layu je, tutup api.

5. Tapis bahan2 tu dan masukkan bahan yg ditapis tu dalam blender. Biarkan air sup tu dlm piyuk. Blend sampai halus.

6. Tuang semula bahan blend ke dalam sup. Perasakan dgn salt & pepper. Masak kejap dlm 1-2 minit. Siaaapp!!
Blender accident

Wednesday, 20 June 2012

Resepi Orang Diet (kononnye): Vegetable Soup


Dah tujuh kurun tak jenguk, habis bersawang dapur den. Banyak sebab kenapa dapur ini diabaikan - pindah rumah, letih, jadi supir, banyak order untuk kek dan juga atas sebab teknikal (Maxis broadband lembab mengalahkan siput). Hari ini, lari dari rumah (errkkk...), lepak kat tengah2 segiemas Kuala Lumpur, sebelah bangunan Maxis.. haaa... nasib baik laju broadband ini. Jika lembab juga, mmg akan diserbu kaunter Maxis kat sebelah ni...

Lately, timbul kesedaran yg sangat menyedarkan (??) untuk menurunkan berat badan. Dah lama sedar diriku ini gemuk (kengkawan kata tak gemuk pun, kurus je). Akan tetapi, jika perut sudah berlapis, paha bergesel, jeans dah tak muat, lengan mcm drumstick turkey, baju dah kena beli saiz L, baju kurung semua tak muat esp tang pinggang dan paling terkujat, berat dulu (masa zaman belum kawen & until 7th year of marriage), berat den hanyalah 40-45kg sajo... Tapi tahun ini bila ditimbang, jadik 55.5kg, apa cerrrr?? Hati senang? Hati ku ini dari dulu senang lenang. Satu saja conclusionnya - makcik dah tua (agaknye laaa Smiley). Maka, kami suami isteri (my boss mmg sejak mula kenal lg dah kira gumuksss Smiley ) pun memulakan kempen makanan sihat - tak menggemukkan & kurang gula.

Aritu saya masak sup sayur dgn ayam stim. Makan tanpa nasik ye Smiley . Kena ajar sikit perut ni jgn manja nak nasik memanjang. Bila pi oversea, kat tpt yg tak de nasik, mula menggelupurSmiley .. (eh.. termembebel pulak). Ini resepi sup sayur yg sedap di tekak saya ini:

Bahan-bahan:

Apa2 aje sayur yg boleh dijumpai dalam peti ais anda. Saya guna:

baby corn
cauliflower
grey mushroom
celery
US potato - dipotong kiub kecik-kecik
daun bawang
daun sup
tomato - potong kiub kecik2
chicken cube
bawang besar - potong kiub
bawang putih - tumbuk
air
olive oil
salt & pepper

Cara:

1. Panaskan minyak & tumis bawang besar & bawang putih.
2. Masukkan kentang, then air & chicken cube.
3. Dah mendidih, masukkan semua sayur. Agak2 kentang dah empuk, perasakan dgn salt & pepper.
4. Ceduk dan makan... hehe...