Friday, 8 February 2013

Resepi: Kuah Kacang Sedap


Nak berkongsi resepi kuah kacang mabelesss mak saya. Resepi yg simple, tak mengada-ngada tapi sedapnya... mak aiiiihhhh.... Percaya atau tidak, sesapa yg makan, sure nak lagi dan lagi dan lagi... hatta budak kecik pun pandai request kat mak diorg, nak kuah kacang yg mak long buat (mak long tu mak ai lerr). Tu budak kecik punye selera... kengkawan ai pun terkena sampuk kuah kacang ni.. kengkawan adik2 ai pun sama, siap order ye... bukan dok dekat2 tau... Maleh nak bebel panjang & bagi testimoni akan kesedapan kuah ini, nah resepi, uolss buat sendiri... Cara nak bagi kuah ni sedap - kena pandai balance kan rasa masam, manis, masin.. tu aje... Tak perlu taruk pelaris ke, daun ketum ke.... tak payah...

Bahan-bahan:

Setengah kilo kacang tanah - digoreng tanpa minyak, dibuang kulit & mesin.. jgn goreng sampai rentung tau..
1 senduk cili mesin - ini cili kena buat sendiri. jgn beli cili boh kat supermarket. potong cili kering, rebus & blend
Gula pasir
2 batang serai
Sikit air asam jawa
2 sudu besar gula merah
Garam
Air
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
  • Tumis cili sampai garing.
  • Masuk air asam jawa, then masuk air dalam 2-3 cawan.
  • Masukkan kacang tanah yg dimesin.
  • Kacau rata, tengok pekat atau cair kuah tu.
  • Masukkan gula, garam, gula merah dan serai yg dititik.
  • Imbangkan rasa gula, garam. Masak ler sampai pekat.
Dah siap...

Kacang tanah tu kan, korang jangan blend sampai halus... kang jadi berkrim pulak kuah tu... Tapi jgn blend kasar bebeno... tak cantik... biar sedang-sedang aje...

Selamat mencuba!
Chef

9 comments:

  1. Yo Cik Lina .. ooops, assalamualaikum :-)
    Subuh sepi I dah kat sini, melampau ke tak melampau tu? At last dapat juga resipi kuah kacang bondamu itew..

    Memang amat seonang nak membuatnya. I notice tak guna bawang langsong... *jimat I like*

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam CS (waahhh.. gigih den masuk blog pepagi buta ni)... resepi simple, tak payah bawang, udangkering lengkuas bagai... ramai yg terkejut bila dapat resepi... hihi... nak sedap kira kena terer imbang rasa, tu aje... cili pun sama, kena pandai agak nak pedas mana... kalau pedas, i tell u, tak syok! :-)

      Delete
    2. errr.. cik som... lupa nak tanya habaq.... apa habaq? hihi... :-D sihat kah?

      Delete
    3. Cik Lina
      Alhamdulillah sihat mantap pejal bagai keadaannya, hehe.. Kalau my blog ada entri baru maknanya kesihatan memuaskan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tak sabar nk masak untuk raya..hehe..tq lina..
    senggah blog sy http://rzillah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi rzillah ari... amponnnn baru menyapa.... thanks for dropping by... amacam, jadi tak kuah kacang tu? :-)

      Delete
  4. Saya tak tahu pulak kena letak serai dalam kuah kacang. Orang bujang lah katakan. Hehehe. Apapun saya nak cuba jugak sesekali. Sedap tak sedap agaknya resepi Cik Lina ni. :)

    ReplyDelete
  5. Al Ghazali, dalam resepi ni, serai dah jatuh hukum wajib... haha... xde serai, tak complete... try laaa buat.. simple & sedap tp bergantung kpd kepakaran anda balancekan rasa... so far yg try semua kata sedap... ai tak suka kuah kacang yg resepi overdose mcm taruk udang kering tumbuk.... mcm ada after taste... selamat mencuba!!! :-)

    ReplyDelete