Saturday, 5 September 2015

Resepi: Sup Minestrone Versi Campak-campak Tapi Sedap


Hari ni masak simple je untuk Miss H sebabnya dia asyik nak bergayut je kat mommy dia ni. Kalau ikut je kehendak dia, takut dia pulak tak makan. Kita tak makan, tak pe lagi, kan? Jangan anak tak makan. Lepas je mandi, dia buat perangai nak melekat, maka dalam kepala ai berlegar-legar masak apa yang paling simple tapi dak kenit ni suka. So, jadi lah sup minestrone versi sukahati nak campak apa saja. Miss H suka sangat. Seronok tengok dia makan abis.

Ni resepinya:

Bahan-bahan:

Bawang holland - guna suku je, dicincang halus
1 1/2 sudu besar pasta huruf
1 1/2 sudu teh puri tomato
2 cawan vegetable stock
2 - 3 sudu besar frozen peas - rendam dulu
1/2 batang lobak merah - diparut atau dipotong dadu kecik2
1/2 ubi keledek saiz sederhana - dipotong dadu kecik2
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam

*sukatan atas ni anggaran je tau... ikutkan sebenanrnye, ai main baling je ikut suka byk mana nak letak... Nanti uols agak2 je lah ye? Macam pasta tu, kalau byk sgt, nnt dia kembang & kuah jd sikit. Resepi asal mana2 minestrone, org guna kentang tp sbb ai nak perabiskan stok keledek, belasah je laaa...

Cara:

Tumis bawang holland sampai lembut.
Masukkan vegetable stock, kacang peas, ubi keledek, lobak merah, pasta dan puri tomato. Kacau sebati. Biar mendidih.
Bila lobak, kacang peas & keledek dah lembut, pasta dah masak, perasakan dgn garam. Taruk sikiiiiitttt je. 
Tutup api. Sejukkan dulu baru masukkan dalam bekas kecik sebelum masuk dlm peti ais.

No comments:

Post a Comment