Dah bersawang dapur kita ni. Lama tak jenguk. Sibuk dgn order kek & cupcakes sampai demam. Owhhh....
Cerita pasal Garret Popcorn (GP) ni, dah berkurun simpan dalam draft. Excited nak cerita masa mula2 Mr. Hubby belikan popcorn ni. Masa mula2 wujud GP kat KLCC, ramai member FB dok cerita akan kenikmatan memakannya... yummeh, sedap, blablabla. Kita lalu kat kedai GP ni pun,mmg beratur panjang org nak membeli. Kiranya, mmg sedap lah kot. Sekali tu, kita curious nak tau harganya sbb org kata mahal... hah... mmg mahal pon... harga seciput dlm berbelas RM. Tak ingat exact price tp mmg pricey laaaa. Kalau ada saploh hengget je dlm wallet, sila pi Maybank kat sebelah utk withdraw duit standby dulu ye?
One fine day, Mr. Hubby balik lewat & brought back seguni GP perasa karamel. Waaaaahhhhhh... excited gilasssss. Dia kata, teringat kat bini, asyik sebut GP, so dia pon sanggup beratur nak beli... Muahsss muahssss muahssss... Errr.... bila makan sikit, terus nak minum air... tekak cepat kering & muak. Memang kena standby air bergelas-gelas masa makan GP. Disebabkan Mr. Huby beli pack yg paling besooorrr, lebihan tu kita masukkan dlm tupperware (bukan tipuware tawww). So tahan lama.
Tak lama lepas tu, masa kita jemput Mr. Hubby kat KLCC, dia ajak kita beli lagi GP. This time dia nak suruh kita rasa GP yg ada kacang macadamia. Harga dekat limaploh hengget ye puan-puan. Tengok kat gambar atas yg dlm peket tu, nampak tak kacangnye? Tak banyak mana ponnn. Disebabkan karamel yg sangat muak, last2 kita gali carik kacang aje. Bila dah tak lalu, ke tong sampah perginya.
Lepas dari itu, kita tak beli dah GP ni. Muak bebenor... Tengok kedai kat KLCC tu pun, dah tak berapa nak meriah dah. Kengkadang penuh orang, selalunya ada 2-3 org dan kengkadang tak de orang langsung. Kalau nak cuba, pegi lah kat KLCC nun... tak payah beli yg besor terus. Beli yg kecik dulu. Kalau rasa2 nak buat kenduri, baru la beli yg besor. Kalau tak, jenuh nak perabis sbb benda ni tersangat muak.
Wambut CikSom terus beruban nunggu lama bebenor CikLina nak update cewita baru lagi sensasi :-)
ReplyDeleteGiler aaah kita tengok kueh mueh hasil tangan berseni awak tu. Mana datangnya semangat nak belajar buat mende2 tu semua?? Cer citer..
GP ada juga kat One Utama. Kita dah melawat kedai kat situ; in fact ceritanya masih berkepam dlm draft, hehe.. Makan sikit2 oklah ek? Bila banyak mmg muak.
Cik Som... kita nak visit umah cik som pon tak sempat... nak kemas rumah ni lagi laaaa berchenta.. bersawang jadiknye.. huhu...
ReplyDeletesemangat? errr... it started with curiosity... pas tu, ada org tiup semangat, maka menjadik lah ia... :-D
yezzaaaaa.... GP itu mmg muak... tak mo beli dah... yg rasa cheese lagi laaaaaa memuakkan...