Pages

Tuesday, 31 January 2012

Mee Kuning & Mee Goreng Mamak

mee goreng mamak

mee kuning & kuey teow halus


Setiap pagi, mesti garuk kepala yang tak gatal bila time memikir apa nak masak untuk sarapan pagi. Selalunya I will ask Mr. Hubby, esok nak makan apa? Kadang-kadang dia jawab nak mee goreng mamak. Dan jawapan yang dia selalu dapat - tak de mee kuning dalam peti ais.

Last Saturday, as usual, we went to Pasar Tani MAEPS. This time, tak meronda-ronda atau pun breakfast kat situ sebab nak berkejar ke kedai tayar, pas tu nak balik kampung. Makanya, kenalah siap-siap makan. We had breakfast kat Maulana, Sri Serdang. Sejak balik dari Uzbek, ni lah baru dapat pegi situ. Terkujat tengok Maulana dah ada 3 lot kedai & tempat makan tingkat atas.

Sampai-sampai je kat pasar tu, terus pi beli sayur, daging & ikan. On the way nak keluar, ternampak satu gerai yang hanya menjual mee kuning & kuey teow. Ada jugak laaa sikit-sikit kopok lekor mentah, sos etc tapi tak pay attention sangat sebab seronok jumpa mee kuning. Seronok sbb boleh masak menu dambaan Mr. Hubby lerr... I bought 2 packets of mee kuning and a packet of kuey teow halus which cost me only RM3.00. Mee tersebut adalah keluaran Hajjah Che Halimah Omar, Koperasi JML Berhad kat Bandar Baru Bangi (actually info kat peket tu agak confusing). Kalau nak tau lebih lanjut, sila ke sini, kot-kot nak beli borong. Tak pun, terjah je gerai kat Pasar Tani MAEPS tu. Recommended sbb mee kuning tak rasa kapur.

Semalam, Mr. Hubby cuti and dengan bangganya I cooked his makanan idaman beliau - mee goreng mamak. Dia asyik cakap, mee goreng mamak kena guna 3 biji telur & guess what? Soalan pertama dia tanya masa nak makan - guna berapa biji telur? Hmmmmm....

Ni resepi mee goreng mamak versi cik lina:

Bahan-bahan:

Sepeket mee kuning
3 - 4 sudu besar cili mesin
3 - 4 sudu besar kacang goreng yg ditumbuk
Segenggam udang kering ditumbuk
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Sawi ( I used kangkung. Tak suka sawi.)
Carrot
Taugeh (Tak masuk sbb tak beli.. hehehe)
3 biji telur (kena guna 3 lah, sbb mee sepeket...)
Kicap cair
Kicap manis
Kicap masin
Garam & gula
Minyak untuk menumis

Cara:

Panaskan minyak. Masukkan cili mesin dan goreng garing.
Masukkan bawang putih, bawang besar, udang kering dan kacang tanah. Gaul rata. Kalau kering, masukkan air sikit.
Masukkan garam, gula dan kicap cair. Gaul rata.
Masukkan semua jenis sayur, gaul rata.
Masukkan mee kuning, gaul rata. Pas tu, buat kawah kat tengah dan pecahkan 3 biji telur. Tutup dengan mee.
Lepas agak-agak telur dah separuh masak, kacau rata. Perasakan dengan kicap manis dan kicap masin.
Hidang dengan potongan timun, limau kasturi, daun bawang, bawang goreng dan cili jeruk.

Mr. Hubby's feedback----> sedaaaaaaaappp!!!! Smiley (gedikss)

Thursday, 26 January 2012

Hijau Sana... Hijau Sini...

My previous FB status: "Baru saya sedar yg saya sangat sukakan warna hijau epal & hijau pucuk pisang..." It's true. Sebelum ni kita ingat kita suka hitam & biru. Tapi sejak dua menjak ni, kalau beli sesuatu, mesti pilih wana hijau ni.

Sila jamu mata....

The ceramic casserole. Dibeli di Parkson Alamanda. Harga RM39.90.

Laundry basket. Dibeli di Carrefour Alamanda. Harga RM18.90 kot? Tak ingat.

Pencil holder & stationary organizer. Dibeli di Tesco Kajang. Harga tak ingat. Murah je.

Gift wrapper. Beli hadiah untuk orang kawen, guna wrapper ni. Dibeli di Parkson Alamanda.

Tak de kena mengena dgn hiasan rumah. Tapi warna hijaunya sangat mengancam. Baunya pun mengancam juga. Beli kat Watson KLCC.

Container comel. Buat letak segala pills & ubat doctor. Dibeli di Viva Homes, Cheras. Harga RM4.99 aje. (alaaaa... kedai yg sumenye harga RM4.99 tuuuuu. Lupa plak namanya.)

Floor mat dari Ikea. Harga RM19.90 rasanya.

pic above: credit to Good Homes magazine, August 2011 issue, p. 22

I love this magazine. Selalu dok berangan nak decorate rumah macam ni.
(Carpet pon hijau jugak... Ikea maliii...)

Sunday, 15 January 2012

Resepi: Bread Pudding Kak Tim




Tengah ronda-ronda folder lama, terjumpa gambar-gambar ni. Ini ialah bread pudding versi Uzbek. I called it versi Uzbek sebab guna каймак atau sebutannya kaimak. Kalau ikut translation, kaimak means cream. Tapi rupa kaimak ni macam suku-sakat mascarpone al capone and thick cream. Whatever lah. Yang pasti, ada cerita di sebalik pembuatan bread pudding ini Smiley.

One fine day, we went to Kak Tim's house and she served a very-very, extremely nice and delicious bread pudding (plus it's my fav dessert). Kak Tim didn't make custard sauce, she served vanilla ice cream instead. Maka mula lah permintaan untuk resepi, dan tersebutlah penggunaan kaimak dalam cerita bread pudding mabelessss ini. Actually, I never bother to use kaimak kaaa, сметана kaa ( sebutan - smetana, means sour cream). Bila one of the ingredients in the pudding is kaimak, desyumm, balik tu singgah kat Korzinka (grocery store). Dan kita pun mula lah pasang angan-angan nak buat dessert yang sangat mabelesss ini.

Hari yg rajin pun tiba. Kita cuba sedaya upaya untuk buat sebijik cam pudding KakTim. Hasilnye.... wallaaaahhh.. memang sedap especially makan dengan vanilla ice cream.

Ini resepinya... спасибо Большое Kak Tim!!!

Bahan:

Roti sandwich
1 tub kaimak or cream
3 biji telur
2-3 cawan susu
Butter
Vanilla
Almond - cincang kasar
Gula
Secubit garam

Cara:

1. Sapu semua roti dengan butter mcm nak buat sandwich. Sapu juga pada tin pembakar.
2. Susun roti dalam tin pembakar, tabur almond cincang dan gula.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur, gula, garam, cream dan vanilla. Masuk susu dan pukul lagi.
4. Tuang atas roti. Biar sampai roti serap bahan tadi.
5. Bakar dalam oven dgn suhu 190c.
6. Makan dgn vanilla ice cream.

Selamat mencuba... Smiley

My Balcony, My Garden


Ahad minggu lepas, pegi Sungai Buloh dgn Umi, membawa bersama hajat mencari tangki hitam untuk buat taman air & bela ikan. Singgah satu kedai aje, terus beli. Ish, tak kuasa lah nak survey bagai. Buang masa & minyak keta je, kan?

Tak tau plak apa nama kedai tu... agak besar lah jugak & macam-macam ada - pasu, kolam koi, rumput, pokok, tanah, barang2 landscape, termasuk lah tangki hitam idaman qolbu. Tangki tu ada 2 saiz & of kos I chose the smaller one lah kan (kena sedar diri yg balkoni rumah ku hanya sekangkang kucing sajo). Umi tanya, muat ke letak kat balkoni & I was soooooo kondifen konfiden (masa pilih tu tak pikir pun sebenarnye). Dah pilih tangki, kita borong pasu & after that, cucuk pekerja kat situ mintak pokok kiambang. Takkan tak boleh kasi free kot kan? Haaaa... hambik, seplastik cik kak tu kasi. Lepas letak dlm tangki, belen tu, nak buat ulam pun boleh.

Balik rumah, mmg tak menyempat nak hadap. Lepas cuci tangki & letak kat tempat yg sepatutnya (fuhh.. nasib baik muat kat balkoni), I started to fill up the tank aka kolam. I berulang-alik mau dekat seratus kali toilet-balkoni-toilet. Why? Cerdik tak cerdiknya, I used a small gayong, instead of a pail. Hmmm...

Dah penuh tangki, I put the kiambang. Wallaaaaahhh... Ada sedikit kepuasan walaupun kejang kaki. Esoknya, first thing first - carik kedai ikan. Bukan pasar ye. I went to kedai kat belakang Warta Bangi. Used to go there loooooooooooongg time ago masa bela blue lobster called Eva Prawni and a silver arowana called Long John Silver. So,beli ikan kecik utk makanan diorang lah.

At the shop, I bought 4 jenis ikan yg kiut-miut, 3 pokok aquatik, pasir & batu, anti klorin, penyauk ikan & micro pellet fish food. Balik rumah, apa lagi lah kan, hadap kolam laaaa... Dah siap semua, kita bertapa plak kat tepi tu. Leka tengok ikan berenang. Syok...!

Lepas hadap kolam, turn mengadap pokok limau purut pulak (yeayy.. dah delete pokok limau purut kat checklist). I bought this pokok at Pasar Tani MAEPS, Serdang. Harga RM7.00. So lepas ni, nak masak tom yam & rendang kicap, petik aje di pokok. Fresh & tak membazir duit. Ikan aje yg still kena beli kat pasar. Takkan nak sauk ikan cinonet tu buat lauk, kan?