Pages

Thursday, 26 January 2012

Hijau Sana... Hijau Sini...

My previous FB status: "Baru saya sedar yg saya sangat sukakan warna hijau epal & hijau pucuk pisang..." It's true. Sebelum ni kita ingat kita suka hitam & biru. Tapi sejak dua menjak ni, kalau beli sesuatu, mesti pilih wana hijau ni.

Sila jamu mata....

The ceramic casserole. Dibeli di Parkson Alamanda. Harga RM39.90.

Laundry basket. Dibeli di Carrefour Alamanda. Harga RM18.90 kot? Tak ingat.

Pencil holder & stationary organizer. Dibeli di Tesco Kajang. Harga tak ingat. Murah je.

Gift wrapper. Beli hadiah untuk orang kawen, guna wrapper ni. Dibeli di Parkson Alamanda.

Tak de kena mengena dgn hiasan rumah. Tapi warna hijaunya sangat mengancam. Baunya pun mengancam juga. Beli kat Watson KLCC.

Container comel. Buat letak segala pills & ubat doctor. Dibeli di Viva Homes, Cheras. Harga RM4.99 aje. (alaaaa... kedai yg sumenye harga RM4.99 tuuuuu. Lupa plak namanya.)

Floor mat dari Ikea. Harga RM19.90 rasanya.

pic above: credit to Good Homes magazine, August 2011 issue, p. 22

I love this magazine. Selalu dok berangan nak decorate rumah macam ni.
(Carpet pon hijau jugak... Ikea maliii...)

Sunday, 15 January 2012

Resepi: Bread Pudding Kak Tim




Tengah ronda-ronda folder lama, terjumpa gambar-gambar ni. Ini ialah bread pudding versi Uzbek. I called it versi Uzbek sebab guna каймак atau sebutannya kaimak. Kalau ikut translation, kaimak means cream. Tapi rupa kaimak ni macam suku-sakat mascarpone al capone and thick cream. Whatever lah. Yang pasti, ada cerita di sebalik pembuatan bread pudding ini Smiley.

One fine day, we went to Kak Tim's house and she served a very-very, extremely nice and delicious bread pudding (plus it's my fav dessert). Kak Tim didn't make custard sauce, she served vanilla ice cream instead. Maka mula lah permintaan untuk resepi, dan tersebutlah penggunaan kaimak dalam cerita bread pudding mabelessss ini. Actually, I never bother to use kaimak kaaa, сметана kaa ( sebutan - smetana, means sour cream). Bila one of the ingredients in the pudding is kaimak, desyumm, balik tu singgah kat Korzinka (grocery store). Dan kita pun mula lah pasang angan-angan nak buat dessert yang sangat mabelesss ini.

Hari yg rajin pun tiba. Kita cuba sedaya upaya untuk buat sebijik cam pudding KakTim. Hasilnye.... wallaaaahhh.. memang sedap especially makan dengan vanilla ice cream.

Ini resepinya... спасибо Большое Kak Tim!!!

Bahan:

Roti sandwich
1 tub kaimak or cream
3 biji telur
2-3 cawan susu
Butter
Vanilla
Almond - cincang kasar
Gula
Secubit garam

Cara:

1. Sapu semua roti dengan butter mcm nak buat sandwich. Sapu juga pada tin pembakar.
2. Susun roti dalam tin pembakar, tabur almond cincang dan gula.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur, gula, garam, cream dan vanilla. Masuk susu dan pukul lagi.
4. Tuang atas roti. Biar sampai roti serap bahan tadi.
5. Bakar dalam oven dgn suhu 190c.
6. Makan dgn vanilla ice cream.

Selamat mencuba... Smiley

My Balcony, My Garden


Ahad minggu lepas, pegi Sungai Buloh dgn Umi, membawa bersama hajat mencari tangki hitam untuk buat taman air & bela ikan. Singgah satu kedai aje, terus beli. Ish, tak kuasa lah nak survey bagai. Buang masa & minyak keta je, kan?

Tak tau plak apa nama kedai tu... agak besar lah jugak & macam-macam ada - pasu, kolam koi, rumput, pokok, tanah, barang2 landscape, termasuk lah tangki hitam idaman qolbu. Tangki tu ada 2 saiz & of kos I chose the smaller one lah kan (kena sedar diri yg balkoni rumah ku hanya sekangkang kucing sajo). Umi tanya, muat ke letak kat balkoni & I was soooooo kondifen konfiden (masa pilih tu tak pikir pun sebenarnye). Dah pilih tangki, kita borong pasu & after that, cucuk pekerja kat situ mintak pokok kiambang. Takkan tak boleh kasi free kot kan? Haaaa... hambik, seplastik cik kak tu kasi. Lepas letak dlm tangki, belen tu, nak buat ulam pun boleh.

Balik rumah, mmg tak menyempat nak hadap. Lepas cuci tangki & letak kat tempat yg sepatutnya (fuhh.. nasib baik muat kat balkoni), I started to fill up the tank aka kolam. I berulang-alik mau dekat seratus kali toilet-balkoni-toilet. Why? Cerdik tak cerdiknya, I used a small gayong, instead of a pail. Hmmm...

Dah penuh tangki, I put the kiambang. Wallaaaaahhh... Ada sedikit kepuasan walaupun kejang kaki. Esoknya, first thing first - carik kedai ikan. Bukan pasar ye. I went to kedai kat belakang Warta Bangi. Used to go there loooooooooooongg time ago masa bela blue lobster called Eva Prawni and a silver arowana called Long John Silver. So,beli ikan kecik utk makanan diorang lah.

At the shop, I bought 4 jenis ikan yg kiut-miut, 3 pokok aquatik, pasir & batu, anti klorin, penyauk ikan & micro pellet fish food. Balik rumah, apa lagi lah kan, hadap kolam laaaa... Dah siap semua, kita bertapa plak kat tepi tu. Leka tengok ikan berenang. Syok...!

Lepas hadap kolam, turn mengadap pokok limau purut pulak (yeayy.. dah delete pokok limau purut kat checklist). I bought this pokok at Pasar Tani MAEPS, Serdang. Harga RM7.00. So lepas ni, nak masak tom yam & rendang kicap, petik aje di pokok. Fresh & tak membazir duit. Ikan aje yg still kena beli kat pasar. Takkan nak sauk ikan cinonet tu buat lauk, kan?

Thursday, 12 January 2012

Cerita Red Velvet

Togel..

Dah letak cream cheese.. heaven!!!

Last week, my ex-uni mate, Anne, msg kat FB, nak order rainbow cake perasa red velvet. Menarik idea tu. Tapikan, bila mengenangkan texture red velvet yg byk crumbs & kena bakar lapis yg nipis2 tu, maka kita sbg tukang, terus kasi idea lain pada beliau. Idea tu, gossip next time lah ye Smiley.

Disebabkan ada pertanyaan sedemikian dan juga nak fulfill checklist yg panjang berjela tu, maka dgn gigihnya I went for red velvet shopping. First time nk buat nih... Tgk bahan kat dapur, byk yg dah ada except the cream cheese, fresh milk & eggs. Tu aje, tp bunyi shopping, mcm nak buat supermarket sweep. Smiley

Antara 3 bahan tu, paling sakit jiwa, nak cari cream cheese specifically chap Philadelphia. Mula2 pi Giant Kajang. Tak de Smiley. The next day, pi Yummie Bangi.... Ada, tapi yg block besaaaaaaaaaarrr punya Smiley. Pas tu, pi Alamanda. Kat Carrefour & Cold Storage pon tak de jugak Smiley. Esoknya, I went back to Giant, nak beli barang lain, tp carik jugak lah cream cheese tu kan. Tak de, mmg dah agak. Tapi kan, dah jadi macam habit pulak dok termenung sambil cekak pinggang kat depan fridge itu, lalu terpandang Tatura cream cheese dlm tiub plastik. Belasah aje laaaa.. Nak jadi cerita, pas tu balik kampung. On the way back balik rumah, I dropped by at Billion Kajang. Carik cream cheese lah kan. Eh.. ada laaaaa. Tapi harga, maaaaaaaakkk aiiiii.... Tak jadi lah beli... (Lagi pun dah ada Tatura tu kan... branded gak per... Smiley)...

Bila dah cukup bahan, kita pun baking kek itu dgn penuh semangat jitu. Dek terlampau bersemangat, kita pun curah serbuk koko dari 2 sudu kepada bersudu-sudu (kita pikir kesan rasa, bukan kesan rupa.. ahaksss). Pas tu, kita curah pewarna burgundy... aikkkkk!!! Apesal golap yo? Baru la perasan, bahana serbuk koko... har har har... Tak kisah lah.. bukan orang order pun kan?

Pas tu kan, kita pun bancuh la cream cheese untuk topping. Bila dah separuh siap... testing... testing... aikkk??? Kelat? Uwaaaaa.... Tatura tak syok... patut laaaa semua resepi dok stress soh guna Philadelphia jugak... Nak buat camno kan? Habis ronda satu Kajang tak jumpa, termasuk la kedai baking. Belum habis bancuh lagi... pas tu kita taruk mascarpone al capone... wallllllaaahhhhh.... heaven!!!! Hilang rasa kelat.

So lesson learnt. Never ever use cream cheese other than Philadelphia for your cream cheese topping.

(pssst: Tadi pi kedai Bagus kat Kajang, kita borong cream cheese chap Philadelphia tu byk2... hihi)