Pages

Friday, 6 December 2013

Sup Broccoli yg Simple


Sekarang dah start memasak semula... sebabnya, i yg nak start diet.. Berat dah naik 15kg since i berhenti kerja. Best ke tak best tu? Best sbb boleh jadi mem besor kat dapur sendiri... Yg tak bestnya bila badan mcm belon panas tgh standby nak terbang...

  Hot Air Balloon 

Tak tau apa angin yg tiup sejak dua menjak ni, i terasa mcm nak kuruskan badan pulak... Bukan setakat nak kurus, i dah beauty conscious you!! (walaupun muka tak beautiful har har har)... Generally, i nak sihat laaaa... asyik bedal burger, pizza, aiskrim, kek, sate blablabla.... maka terimalah akibatnya - badan bertambah besor, muka makin berminyak... segan hokeh!


For the start, malam2 i makan sup sayur aje... kelmarin buat sup sayur campur... this time broccoli... Semua resepi versi orang malas... meh tengok...

Bahan2:

Broccoli - dipotong
Setengah labu bawang besar kuning
Sebiji telur
Minyak zaitun
Air
Ground pepper & garam secukup rasa

Cara:

  • Panaskan minyak zaitun & tumis bawang sampai layu.
  • Masukkan air... agak2 lah nak kuah banyak mana. Biar mendidih.
  • Pecahkan telur. Biar sampai mendidih.
  • Masukkan broccoli & tutup api. Pastikan broccoli tu jgn lembik.
  • Perasakan dgn garam & ground pepper. Kacau. 
  • Dah siap...

Sedap ye... ai sukaaaa! Tak makan dgn nasik pon... makan sayur je... pssstt: org rumah ni dah 2 tahun tak beli beras... Blushing



No comments:

Post a Comment