Pages

Friday 8 February 2013

Resepi: Chicken Steak with Lemon Sauce & Broccoli


Di suatu malam yg sejuk (sebab hujan dah 2-3 hari), terasa diriku ini amat tidak rajin utk memasak. Jenguk peti ais ada ayam & ikan. Nak masak ikan, si merah tu pulak belum di siang buang perut & sisik (ni laaa hasilnya bila org lelaki pi shopping grocery). Ikan dah dikeluarkan, masuk semula dalam peti ais. Keluarkan pulak ayam beku. Mr. Hubby beli chicken keels. Part ni, pandai dia pilih. Bila ayam dah direndam, alamak... nak masak apa plak? Kita nak yg simple, tak payah kopek bawang, tak payah itu ini... Jenguk peti ais lagi, nampak lemon juice yg dah nak abis. Apa lagi, mentol mula menyala... chicken steak... yeahhhh... Setelah diingatkan semula akan steak yg penah dibuat sebelum, maka ini lah hasilnya.... Macam lebih kurang yg pernah dimasak sebelum ni.. tp lupa plak apa dia...


Bahan-bahan:
(utk hidangan 2 orang)

2 keping dada ayam - dibuang kulit dan dipotong ikut la nak macam mana asalkan dipotong
Butter - sila guna pure butter, jgn ngelat guna buttercup plak
Ground pepper
Garam
Sedikit dried rosemary
1 sudu besar tepung gandum
Lemon juice - agak2 jus dr setengah biji lemon.. kalau overdose, mau berkerut muka masa makan
1 sudu besar madu
Setengah cawan air
Sedikit chicken cube
Broccoli - ikut la nak makan banyak mana

Cara:
  • Ayam yg dah dipotong tu, perap dgn rosemary, garam dgn pepper. Biar dalam 10-20 minit.
  • Dalam kuali leper, panaskan butter... agak2 dalam 2 sudu besar.
  • Sementara tunggu butter cair, lumurkan ayam dgn tepung. Gaul rata. 
  • Goreng ayam sampai kuning & masak. Ketepikan.
  • Masukkan air ke dalam lebihan butter dalam kuali tadi. Then masukkan chicken cube sikit, ground pepper sikit, garam sikit, lemon juice dan madu. Kacau rata & rasa. Rasa tu biar balance.
  • Masukkan ayam dan gaul rata sampai sos jadik pekat sikit. Padamkan api & angkat utk hidang.
Broccoli tu, just celur je dlm air panas. Jgn sampai lembik... hilang plak zat & tak crunchy plak nanti. 

Kalau tak mau broccoli, boleh ganti dgn mashed potato ke, carrot ke, corn on cob ke.. ikut tekak ler... Kita guna broccoli sbb itu yg kita jumpa dalam peti ais... 

Hidangan yg serba ringkas utk org tak rajin mcm saya tetapi sangat sedap & mabelessss...
Perfecto 
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment