Pages

Monday 25 February 2013

Gelas Cantik

Semalam lepas dating dgn Mr. Hubby kat Bangi Kopitiam, kami bawak diri masing2.. dia pi menebas kat driving range, ai pegi Tesco beli groceries. Kat Tesco, banyak ler barang yg kita beli - stationery, air mineral, roti, telur, ayam, susu, beg plastik sampah, sayur, yogurt, bla bla bla. Akan tetapi, satu benda sahaja yg kita nak cerita, sampaikan gigih pepagi buta ni ambik gambar benda tu and bukak blog. 

Masa tgh mengusung troli, ternampak setimbun benda colorful yg sangat laaaa cantiknya. Susunan itu tak ubah seperti susunan di bahagian perkakas dapur di Ikea. Tapi benda color-color macam ni tak ada kat Ikea, rasanya laaaa. Kalau ada pun, seingat ai lerrr, ada satu dua warna aje & the size is smaller. Apa bendanya? Ni haaa...


Cantik kan? Gelas ni jenis sederhana tinggi. Sedang elok laaa kalau nak pegang. Kita mmg suka gelas design mcm ni. Simple. Dulu ada beli kat Ikea pesen mcm ni tapi yg putih & tinggi. Masalah bila ada gelas putih transparent ni, ada sorg hamba Allah kat dalam rumah ni kengkadang tak nampak. Well, bukan selalunya tak nampak lah sbb ada time gelas kat atas kitchen cabinet tu semuanya terlonggok dalam sinki (dia punye keje lah tu). Jadi, atas alasan itu serta kecintaan melihat design & warna gelas itu, maka kita pun angkut semua warna yg ada. Harga rasanya dlm RM4.90/pc. Masa dok mengira brp RM nak terbang, ai ingat lg total nya lebih kurang RM30 utk 6pcs. OK lah kan? Lagi pun kat papan tanda Tesco tu tulis, offer bulan ni.. so baik grab aje.. kang kalau tak beli, kot menyesal lak... banyak kali dah kes sesal kemudian tiada gunanya ni...

Ni label kat m*nt*t gelas:


Imported by Tesco & it's made in Turkey... Kalau made in China, makcik mmg tak beli punyaaa... Barang kaca buatan Turkey mmg elok & berkualiti. Teringat ai borong Borcam masa dok Uzbek dulu. Kalau laa Borcam tu ada color-color camni kan best...


So, kalau korang suka gelas camni, sila lah ke Tesco ye. (free ad ni... Tesco tak bayar pun... hihi)

2 comments:

  1. CikLina
    Kita pun tertarik dgn warna2 gelas tu. BTW, kita ada satu Borcam baking dish. Sidara prezenkan masa my bday last yr. Nice kan?

    ReplyDelete
  2. cik som... mmg nice kan kaler-kaler gitu? letak kat atas kitchen counter, mmg sebatu dah nampak lah... Borcam pon best... sy ada byk... dok gila membeli... harga pun x mahal... yg best boleh masuk oven... weeeee.... :-D

    ReplyDelete