Thursday, 2 August 2012

Resepi: Moroccan Grilled Chicken



Lagi satu resepi drpd Kak Eshah, yg dicuba masa kat Tashkent. Tu lah sekali kita try. Bukan pasal tak sedap. Resepi ni sangat mabelessssss, cuma nak preparenya, kena cukup segala perkakas. 

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
2 labu bawang besar - potong dadu
6 ulas bawang putih - hiris
1 genggam daun ketumbar - cincang
1 genggam daun sup - cincang
1 genggam daun bawang - cincang
1 tsp pepper
1 tsp serbuk kunyit
1 kiub ayam
1 biji lemon
Garam
Marjerin sikit je

Cara:

1. Perap sekejap ayam dgn lemon. Rebus.

2. Dalam mangkuk lain, campur sebati daun ketumbar, daun sup, daun bawang, serbuk kunyit, pepper, separuh bawang besar yg didadu dan garam. Perap ayam rebus tadi selama 10-15 minit.

3. Dalam kuali yg ada penutup, tumis lebihan bawang besar. Masukkan ayam perap sekali dgn bahan perapan dan tutup kuali.

4. Terbalikkan ayam dan tutup kuali.

5. Sapukan marjerin pada loyang. Susun ayam yg dimasak tadi, curah semua gravy dan bakar dalam oven sampai masak.


Cooking

No comments:

Post a Comment