Makanan kegilaan Mr. Hubby - mee sup daging.
Tersenyum simpul dia kalau kita kata kita nak masak mee ni.
Bahan:
1 peket mee kuning
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 batang kulit kayu manis
1 buah pelaga & bbrp bunga cengkih
Daging - jumlahnye, agak2 aje. Selalunye kita letak banyak2.
1 biji tomato
Sedikit carrot
1 batang seleri
1 peket fish ball - potong
Ground black pepper
Kicap
Garam
Minyak zaitun utk menumis
Air masak
Daun bawang & daun sup - dihiris.
Cara:
Basuh mee kuning dgn air panas. Jangan sampai mee lembik ye. Cukup utk buang minyaknye. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam periuk. Tumis bawang merah dulu. Pas tu masukkan bawang putih.
Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis sikit lagi. Pas tu masukkan air.
Masukkan daging pulok. Biar sampai mendidih dan daging jadi lembut.
Bila dah mendidih, masukkan fish ball dan garam.
Bila fish ball dah masak, masukkan carrot, seleri dgn tomato. Pas tu, grind black pepper secukup rasa.
Masukkan kicap sikit. Rasa. Kalau dah ok, tutup api. Jangan biarkan sayur-sayuran jadi lembik plak.
Tabur daun sup & daun bawang.
Hidang dgn mee kuning.
Siaapppp!!!
Kalau nak makan dgn sos cili, mabelesss je. Tu kita punye style le tu. Tak pun, tabur bawang goreng yg dibuat sendiri... jangan tabur bawang goreng yg beli kat kedai, tak power, tak syok, tak piau. Cik Lina mmg pantang dgn bawang goreng made in kedai ni..
Selamat mencuba...
CikLina
ReplyDeleteCikSom pun gilerrr dgn segala jenis mee. Nak makan dan nak masak pun senang.
Kita pun tak fren dgn bawang goreng yg dikomersialkan. Biar takde bawang goreng, namun....... (cewah)
Iye... Saya rela makan mee dari nasik.... (tp pas tu, kebulur cepat... Har har har)...
ReplyDeleteBawang goreng made in kedai rasa mcm pelasteek... :-D