Puding simple yg sangat mabelesssss.
Bahan:
1 1/2 tin susu cair
1 1/2 sudu besar gula
4 1/2 sudu besar tepung kastad
1 kek swiss roll - perasa apa pon boleh
1 tin fruit cocktail
1 kotak jeli kristal Nona perasa strawberry
Cara:
1. Potong swiss roll dan susun dalam bekas.
2. Basahkan swiss roll dgn air dari fruit cocktail. Ketepikan buah tu dulu.
3. Bancuh tepung kastad dgn air masak. Ketepikan.
4. Masukkan susu cair dan gula ke dalam periuk. Masak sampai gula hancur.
5. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau sampai agak pekat. Jangan sampai pekat sangat sebab nanti kastad tu keras kematu.
6. Bila dah mencapai piawaian, curahkan kastad atas swiss roll basah tadi.
7. Taburkan fruit cocktail.
8. Bancuh jeli kristal Nona ikut arahan peket. Curahkan atas fruit cocktail.
9. Sejukkan dalam peti ais.
pas tu, apa lagi..... enjoyyyy!!!!!
Selamat mencuba...
pssst: Kalau nak kurangkan susu cair tu pun boleh. Guna 1 tin aje. Saya guna lebih sbb dapat lebih kastad. Sedaaapppp.....
CikLina
ReplyDeleteNilah satu2nya dessert yang I tak pernah buat tapi sukalah sangat memakannya. My elder sista diberi mandat buat dessert nih (makin syoklah I).
Untungnye cik som.... :-D
ReplyDeleteKita nk makan, kena laaaa gigih membuatnye....