Pages

Sunday 8 December 2013

Resepi: Inti Karipap Daging

Pagi Ahad ni, terlebih rajin pulak.. Selongkar fridge untuk clearkan mana patut, jumpa daging sebungkus pemberian akak ipar. Tengok bahan lain semua cukup, maka dgn bersemangatnya nak buat karipap daging. Ini Mr. Hubby punya favourite. Resepi inti pun dia yg ajar... dia ajar masa baru kawin dulu... Tapi hari ni, kita adjust sikiiiiiiiit je... Meh tengok:

Bahan-bahan:


Daging - dibuang urat liat lemak segala.. Pas tu dipotong kecik..


3 biji kentang russet sederhana besar... Dipotong kiub.


Haaaa.. ni lah benda yg dikatakan adjust sikit tuuu... Sebelum ni buat tak masuk benda ni..
1 sweet potato merah saiz sederhana a.k.a. keledek..
Potong kiub..


1 labu kecik bawang besar kaler kuning a.k.a. holland onion


1 1/2 peket serbuk kurma (dibancuh dgn air)
Sikit rempah tumis

Bahan lain:

Daun sup - dicincang
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara masak:

Panaskan kuali. Masukkan minyak & tumis rempah sampai naik wangi.

Pastu, masukkan bawang dan tumis sampai dia layu.


Masukkan daging & kacau rata. 
Bila kering sikit, masukkan rempah kurma & kacau rata.
Masukkan air dan biarkan masak sampai daging agak empuk.


Masukkan ubi keledek dulu. Kacau rata. Kalau dah kering, tambah air & kacau.


Bila keledek dah lembut sikiiiitttt, masukkan kentang & garam, tambah air dan kacau rata

Biar sampai kentang & keledek lembut.


Bila dah lembut & air pun dah agak kering, masukkan daun sup.


Kacau rata & tutup api. Jangan biarkan sampai betul2 kering ye... Biarkan mcm ada kuah pekat sikit.

Dah siap... boleh laa buat kulit karipap rangup pulak...


Saturday 7 December 2013

Resepi: Chicken & Veggie Wrap

Sekarang katanya tgh diet kan? So makanan pon jenis bukan goreng-goreng, manis, byk karbo blablabla... Kalau nak diikutkan pantang larang makanan org diet, kesimpulannya adalah makanan itu tidak sedap, contohnya salad broccoli... Disebabkan kita tak mau makan makanan diet yg Mr Hubby amalkan dulu (now dia dah kurus ye!), maka perlulah kita carik resepi yg menyihatkan, sedap di tekakku ini dan paling penting - senang nak buat... Selalu kalau kita pegi Subway, kita akan pilih menu chicken teriyaki atau steak & cheese.. Tak pandang veggie delight... Tapi hari tu kita mmg kuat semangat nak jaga makan, maka beranikan diri jejak Subway dan order veggie delight wrap... huhuhu... Sos taruk sikit mayo & thousand island... Perghhh sedap rupanya.. So, esoknya pi supermarket carik barang2 nak buat wrap ni... Malam tu gigih buat veggie wrap... mmg sedap... tapi takkan hari2 nak mamam veggie saje kan? So datanglah idea nak taruk ayam... Ayam pon main hantam je kita buat. Meh tengok cemana kita bersilat dgn bahan2 wrap ni...

Bahan-bahan:


Sediakan chicken breast yg dipotong panjang...


2-3 sudu teh olive oil
2 sudu besar kicap masin
3 sudu besar madu
Lemon juice secukup rasa
Ground pepper

Cara-cara:

Masukkan semua bahan perap ke dalam beg ziplock. Kacau rata & rasa. Bila dah balance, masukkan chicken breast.


Gaul kasi rata.



Masukkan dlm fridge... kasi dok dendiam dalam sejam.. Nak lagi afdhal, sampai 3 jam...


Dah perap, susun dlm baking tray & bakar suhu 140C sampai masak..

Bila dah masak, sejukkan dan potong strips..



Ni pulak bahan2 wrap:

Less fat mayonaise
Tomato
Japanese cucumber
Iceberg lettuce
Wrap (kat Giant ada wrap brand ni.... mcm2 flavor ada but kita pilih yg original)


Bentang wrap dlm pinggan.
Sapu mayonaise kat wrap tu.. ikut laa nak calit banyak mana.. tapi kalau banyak, takde makna ler diet tuu..
Pas tu, potong 2 helai lettuce iceberg, tomato & japanese cucumber.
Susun semua sayur dgn ayam.


Pas tu lipat macam ni ye... Then potong dua.. kalau tak potong dua, dijamin masa anda makan akan berterabur segala isik wrap itu...


Enjoy!!!

Friday 6 December 2013

Koleksi Teko

Petang2 ni nak menayang teko yg kita ada... Ni je lah yg ada kat rumah... semua saiz kecik... meh berkenalan dgn 3 teko ni....


Yg kurus lampai kat belakang tu teko second hand.. Beli kat pasar yg jual barang-barang second hand ala-ala flea market tp siap ada kedai & gerai.... Bukan di tanah malaya ye... flea market kat Yangiabod, Tashkent, Uzbekistan. Beli sebab bentuk dia yg cantik... Harga 11 ribu som, lebih kurang RM18-RM20 gitu... Balik rumah, kita isi teko dgn air sampai penuh, pas tu taruk 2-3 sudu teh soda bikarbonat dan biar berjam-jam... Tujuannya nak hilangkan karat teh, kopi dlm teko tu.. Cuci mcm biasa... wallaaaahhh.. berkilat2 jadiknye... 



Yang teko ada corak cupcakes tu pulak, kita beli kat Parkson Alamanda, tahun 2011. Masa tu, macam2 barang ada gambar cupcake macam ni... sepesen... cup & saucer, pinggan tingkat, mug... Kita angkut semua, maka jadilah satu set... Sekarang tak ade dah..

Teko warna light blue yg pipih tu pulak, dibeli sebab bentuk dia pelik sikit... Selalu teko debab kan? Yg ni pipih pulak, mcm UFO.. Beli kat Sogo, Paris Van Java Mall, Bandung... harga dlm RM37 aje...

Selamat mencuci mata.. hihi...Sipping Tea

Sup Broccoli yg Simple


Sekarang dah start memasak semula... sebabnya, i yg nak start diet.. Berat dah naik 15kg since i berhenti kerja. Best ke tak best tu? Best sbb boleh jadi mem besor kat dapur sendiri... Yg tak bestnya bila badan mcm belon panas tgh standby nak terbang...

  Hot Air Balloon 

Tak tau apa angin yg tiup sejak dua menjak ni, i terasa mcm nak kuruskan badan pulak... Bukan setakat nak kurus, i dah beauty conscious you!! (walaupun muka tak beautiful har har har)... Generally, i nak sihat laaaa... asyik bedal burger, pizza, aiskrim, kek, sate blablabla.... maka terimalah akibatnya - badan bertambah besor, muka makin berminyak... segan hokeh!


For the start, malam2 i makan sup sayur aje... kelmarin buat sup sayur campur... this time broccoli... Semua resepi versi orang malas... meh tengok...

Bahan2:

Broccoli - dipotong
Setengah labu bawang besar kuning
Sebiji telur
Minyak zaitun
Air
Ground pepper & garam secukup rasa

Cara:

  • Panaskan minyak zaitun & tumis bawang sampai layu.
  • Masukkan air... agak2 lah nak kuah banyak mana. Biar mendidih.
  • Pecahkan telur. Biar sampai mendidih.
  • Masukkan broccoli & tutup api. Pastikan broccoli tu jgn lembik.
  • Perasakan dgn garam & ground pepper. Kacau. 
  • Dah siap...

Sedap ye... ai sukaaaa! Tak makan dgn nasik pon... makan sayur je... pssstt: org rumah ni dah 2 tahun tak beli beras... Blushing



Tuesday 3 December 2013

Resepi: Telur Padprik


Ini makanan yg selalunya diratah saja tanpa nasik. Tapi sebenarnya ia lebih mabeles jika dimakan dengan nasik panas. Cepat dimasak, sedap dimakan ye...

Bahan-bahan:

2 - 3 biji telur - buat telur dadar - ketepikan
Seikat asparagus
Segenggam bunga kobis
Beberapa biji tomato ceri - dipotong dua
Beberapa batang putik jagung muda
Sebatang kecik lobak merah
1 labu bawang besar - pilih saiz paling cinonet ye. Kalau besar, ambik separuh je.
2 ulas bawang putih (tapi ai tak masukkan pon)
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Kicap manis
Air
1 sudu teh tepung jagung - dilarutkan dgn air masak
1-2 helai daun limau purut - disiat
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang besar.
Masukkan semua sos dan sedikit air. Kacau rata. Biarkan mendidih.
Masukkan semua sayur dan gaul rata. Kalau pekat sangat, tambah lagi air.
Masukkan kicap manis, daun limau purut dan garam.
Kalau nak berkuah, masukkan ler air. Agak2 ye. Then test lah rasa kuah tu... Apa yg kurang, boleh tambah..
Last sekali, pekatkan kuah dgn bancuhan air tepung jagung.
Curah sayur atas telur dadar.

Dah siap... Senang kan?

Tuesday 26 November 2013

Bunga Mangga


Salam semua... entri kali ni semata-mata nak test laptop baru... Dapur ai bukan dah tutup dan bukan juga tak berasap tapi sebab laptop lama buat hal. Blog Fun Cakes and Cookies pun lama tak update. Yang tu banyak cupcakes & cakes nak diupload tapi sebab laptop lembab, so tangguh dulu. Ni dah beli laptop baru tapi operating system lain lah pulok. Dulu guna Dell, now Mac Book, so ada rasa ketakutan sedikit nak godek2 especially bab tempek gambar. Ai ni dah ler buta IT... nama je ada master in info mgt... errr.. 

Gambar testing yg ai tepek tu, masa diupload kat fb, ada je org tak dapat teka. Itu adalah gambar buah mangga yg besor gemok tu... dipotong sebegitu rupa. Cantik je kan? Mangga ni dibeli kat sorang penjaja tepi jalan di Jalan Wahid Hasyim, Jakarta. Masa beli n tengah jalan kaki dari shopping kat Tanah Abang, nak balik hotel - Fave Hotel. Harga mangga ni sebijik 10,000 Rupiah, lebih kurang RM3 lebih la kot.. lupa dah.


Thursday 12 September 2013

Fried Spaghetti with White Sauce


Ni lagi satu resepi org kurang Vitamin R. Kelmarin lapar sangat, selongkar dapur, jumpa bahan, terus buat benda ni untuk dinner. Sedap woooo.... Jamie Oliver mesti suka kat ai sbb ai masak from scratch dgn bahan apa yang ada kat dapur Sheepish Smile

Bahan2:

1 bawang besar yg kaler kuning - potong kiub kecik. Kalau besor benor, guna separuh je.
1 batang kecik carrot - potong panjang halus
1 ulas bawang putih - cincang halus
Olive oil
Sedikit serbuk oregano
Ground pepper
Sedikit kiub ayam secukup rasa
Spaghetti - rebus dgn air garam sampai lembut & tos

Cara:

Panaskan olive oil. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
Masukkan carrot. Kacau rata.
Masukkan white sauce. Kacau rata. Kalau pekat sgt, masukkan air sikit.
Masukkan oregano, ground pepper & kiub ayam. Kacau rata & rasa.
Masukkan spaghetti, kacau rata.Tutup api.

Dah siap...


White Sauce:

1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan susu segar - jgn guna full cream milk tau... guna fresh milk
Garam secukup rasa

Panaskan sauce pan, masukkan butter.
Bila dah cair, masukkan tepung gandum, kacau rata, jgn sampai berketul.
Masukkan susu sekali harung. Masukkan garam dan kacau sampai pekat & mcm menggelegak. Tutup api.


Selamat mencuba..

Almond Clusters

Dah berbulan tak masuk sini... Berhabuk bersawang dah... Dari bulan puasa sampai laaa dah habis raya.. Banyak benda nak cerita tapi yg tak banyaknya, vitamin R Smiley

Sebut bab raya, teringat tahap R paling maksimum bila masuk cerita kuih raya. Beberapa tahun sebelum ni, kita main tunjuk je kuih raya.... Nak itu, nak ini... sampai balang2nya, bayar aje. Tapi tahun ni, mcm bosan pulak dgn kuih raya tunjuk2... sama aje... sebabnya? Kita beli dgn sorg tokey kuih raya... Walaupun byk jenis kuihnya, tapi kita rasa mcm nak tukar angin pulak. Salah satu sbb angin boleh bertukar ialah, kuih raya ni selalu tak abis.. sangat laaa membazir. Ye laaaa.. tiap2 tahun order tart nenas... Tengok FB pun org jual tart nenas... Pergi rumah orang pun tart nenas jugak... Muak lah kan? So kita dapat idea buat kuih raya yg mesti menepati syarat2 berikut:

1. ikut tekak kita nak makan
2. paling cincai nak buat.
3. resepi guna bahan paling sikit

Maka, yg paling menepati syarat adalah almond clusters. Kita buat dlm masa dua jam dah settle. Of course ada assistant sbb bulan puasa kan... (alasan paling konkrit lah tu). Hasilnya..... almond clusters tu habis sekelip mata. Mr. Hubby pun suka sampai dia mintak utk dia bawak pegi ofis. Bukan saja utk dia makan, tp rupa2nya dia ada habit baru - sesapa yg dtg bilik dia, dia bagi kudapan utk kunyah2... wahh!! 

So, semalam kita buat lah almond clusters ni... tak de assistant pon... sbb bukan bulan puasa...Smiley

Ni resepinya:

Bahan2:

1 kg milk chocolate (nak sedap guna brand Colatta, beli kat kedai supply bahan bakery)
250 gm dark chocolate (kita guna brand Beryl's)
1 kg slivered almond (toasted)

Cara:

1. Slivered almond tu, kita bakar dalam oven suhu dalam 115C. Sejukkan & masukkan dalam bekas kedap udara dulu sementara siapkan coklat.

2. Coklat yg dua jenis tu, kita potong kecik2, senipis mungkin dan masukkan dalam mangkuk alumunium atau kaca. Reason, senang coklat ni nak cair. Kalau potong tebal, kang ada tinggla ketul2 pulak.. tak mau.. tak mau...

3. Kita cairkan cara double boil. Panaskan air dalam periuk. Pastikan paras air tak kena dgn mangkuk coklat. Jgn dekat sangat, sbb kalau dekat sangat, panas woooo.... coklat tu nnt overheat & nasib tak baik, keluar minyak... Rugi coklat sekilo... Logiknya, kita nak panaskan montot mangkuk tu dgn wap panas saja. Ada paham adik manisss? Kita punye style, lepas air menggelegak, tutup api baru letakkan mangkuk atas mulut piyok tu... Kacau coklat sampai betul2 cair & smooth. Kalau coklat masih ada ketul, alihkan mangkuk coklat, panaskan semula air.

4. Bila dah cair, angkat mangkuk coklat dan masukkan toasted almond tadi.


5. Kacau rata. Pas tu gunakan sudu kecik utk masukkan dalam paper cup paling comel di mata anda dan hias dgn sprinkles ke... white chocolate ke.. apa2 je lah... Kasi nampak berseri je..

Pas tu, masukkan dlm peti sejuk dalam 5 minit.

Hasilnya.... taraaaaa....


Senang kan?? Yg penting, sedaaaaappp!Thumbs up

Selamat mencuba...

Tuesday 25 June 2013

Resepi: Ayam Goreng Cili Kering Cincai


Itu hari, kepala sudah pening apa mau masak. Selongkar peti ais, jumpa isi ayam. Selongkar dapur, jumpa cili kering. Nak buat ayam cili kering, tapi gajusnya tak de... Tak de pon, ok aje lah.. Belasah saja... Kalau desperado, ini lah hasilnya... Senang dimasak, sedap dimakan...

Bahan-bahan:

Isi ayam - potong ikut suka
Cili kering - ikut suka nak banyak mana, tapi jgn la pulak sama banyak dgn isi ayam - potong 2 inci
Halia - racik
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Separuh chicken cube
1 bawang besar - potong cincin
Daun bawang - potong 2 inci

Cara-cara:


  • Panaskan minyak & goreng cili sampai garing sikit.
  • Pas tu, masuk bawang besar & halia.
  • Masukkan ayam. Goreng sampai masak.
  • Masukkan kicap manis, kicap cair, chicken cube.
  • Kalau kering, masukkan air. 
  • Dah siap... 

Saturday 18 May 2013

Kek Coklat Lembab Disiram Sos Coklat... Yummeh!!


Resepi yg beri oleh 2 org kawan tapi telah diadjust sikit untuk menyenangkan hidup kita di dapur:

Bahan kek:

1 3/4 cawan gula aising
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 st baking soda
3 biji telur
1 st esen vanilla

Cara:

Satukan tepung, serbuk koko, baking soda & baking powder dan ayak.
Campur aje semua bahan ni dalam satu mangkuk besar.
Kacau dgn whisk sampai rata.
Pas tu, boleh lah bakar atau kukus.
Kalau nak kek tu rata & tak ada dome, bakar dgn suhu rendah. Kita selalu bakar dlm suhu 115C. Maka berjinggutlah tunggu kek masak... hehe..
Kalau nak kukus, tutup bekas rapat2. Kalau tak, air berkumpul plak dlm adunan tu... mmg moist lah jadiknya, moist berlecak... hehe..

Sangat mabeless kalau kek ni disiram dgn sos coklat ini:

Bahan sos coklat:

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Cara:

Campur semua bahan dalam periuk kecik & kacau atas api sederhana.
Kalau ada rasa yg kurang, tambah2 lah apa yg patut.
Actually, kita main campak aje bahan2 utk resepi ni... tak de sukatan. Sukatan yg diberi hanya sebagai panduan aje...

Selamat mencuba.

Friday 22 March 2013

Resepi: Laksa Utara


Our favourite. Semua barang mentah beli kat Pasar Tani MAEPS Serdang. Laksa yg digunakan tu bukan jenis yg kering kena rendam. Senang gitu. Celur dgn air panas sekejap je untuk cuci minyak.

Bahan-bahan:

1 peket laksa
5 ekor ikan - kita guna ikan kembung
Cili mesin - ikut pedas
Asam keping
Asam jawa
Bunga kantan
Daun kesum
Garam kasar

Cara-cara:

1. Laksa dicelur dgn air panas. Tos air dan ketepikan.

2. Ikan dibuang perut dan cuci. Masukkan dalam periuk dan tuang air. Banyak air ni menentukan banyak mana kuah laksa nanti. Masukkan asam keping. Rebus sampai ikan masak.

3. Dalam periuk lain, tuangkan air rebusan ikan. Gunakan penapis. Biarkan dulu.

4. Jom settlekan ikan dulu. Sediakan blender. Asingkan isi ikan dgn tulang. Masukkan isi ikan dulu dalam blender dan masukkan sikit air dari air rebusan ikan tadi. Blend sampai halus. Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan.

5. Turn tulang ikan pulak. Jangan dibuang dulu. Blend tulang ikan dgn air sikit. Masukkan ke dalam periuk air rebusan tadi. Jangan lupa guna penapis.

6. Masukkan cili boh ke dalam periuk tadi. Agak-agak nak pedas mana.

7. Masukkan juga bunga kantan, daun kesum, asam keping dan air asam jawa. Nyalakan api.

8. Bila dah menggelegak, masukkan garam kasar. Rasa masam pedas kuah. Kalau tak kena, adjust lah apa yg patut. Bila dah rasa garam, pedas masam semua dah balance, boleh la tutup api.

9. Hidang dgn condiments - timun, salad, telur rebus, bawang, limau kasturi.

Laksa yg mabelesss.. pernah dipuji macam rasa laksa Kuala Perlis.. hihi...

Saturday 16 March 2013

Mari Kemas Stor Bawah Tangga

Hari ni bukan nak cerita pasal dapur, tapi cerita pasal bawah tangga. Off topic sat. Semalam mood datang nak kemas stor. Tetiba rasa mcm best pulak idea yg kita dapat masa mengemas tu. Tu yg seronok nak share. Ye la kan, stor bawah tangga tak de la besar mana sangat. Kalau salah susun, masa nak carik barang, mau meraung. 

Meh tengok sini:


Stor kita hanya sekangkang kucing. Muat-muat sorang aje boleh masuk. Kalau nak letak barang, sudah tentu kita akan susun sebelah dinding aje kan? Disebabkan kita tak mau membazir dinding satu lagi dan tidak mengganggu perjalanan trafik, idea menggunakan beg yg digantung di dinding dikira amat praktikal. Kurang makan space dlm stor tp boleh simpan banyak barang dan senang utk dicari dan dicapai. 

Cara nak buat storage begini senang aje. Pegi kedai hardware atau pasaraya, cari penyangkut plastik yg ada paku. Bukan yg guna gam tau. Pastikan cangkuknya besar. Kalau takut salah beli, pilih dulu beg mana yg anda nak sangkut, tengok pemegang beg tu lebar mana. Sila ambil kira lebar dan juga fleksibility pemegang tersebut samada boleh dilipat atau tidak. Kalau pemegang keras lebar dan tak boleh dilipat, anda perlukan penyangkut yg mempunyai cangkuk yg lebar juga. Kalau pemegang yg boleh dilipat (material drpd kain lembut atau tali), ambil kira juga lipatan pemegang itu akan jadi besar mana. Bukan apa, kalau beli yg kecik, dah berpeluh ketuk paku kat dinding, jgn menangis kalau tak boleh cabut semula ye... Contoh penyangkut berpaku adalah seperti ini:


Kalau tgk gambar stor yg atas tu, pemegang beg hitam hijau tu adalah keras. So kita guna penyangkut yg cangkuknya lebar. Untuk paper bag dan beg guni, kita guna penyangkut mcm dlm gambar atas ni.

Cara nak susun pun senang. Tadi kita dah pilih beg mana nak sangkut, pas tu kita pegi kedai beli penyangkut kan? Dah balik rumah, standby hammer kecik. Jangan guna hammer besor sebabnya permukaan nak ketuk paku kecik-kecik kat penyangkut tu tak la lebar mana. Kalau guna hammer besar, takut sekali hayun, terhayun kat cangkuk, patah la pulak. Kalau tak de hammer kecik, tak payah beli baru, guna je hammer besor tu akan tetapi, sila berhati2. 

Dah ready dgn hammer, tenung dinding dan mulakan aktiviti mengimajinasi susun letak beg-beg yg nak digantung. Lepas tu, ambik satu beg, ambik penyangkut dan adjust kat dinding. Kalau dah berpuashati 100%, tandakan dinding dgn pensel dan start ketuk paku penyangkut tu. Masa nak gantung beg kedua, jangan turunkan beg yg pertama. Biarkan di dinding sebab senang nak imagine dan susun.

Oh lupa nak cakap. Masa nak pilih beg mana nak gantung, sila ambil kira perkara2 berikut:

1. Material beg yg nak digunakan: guna yg tahan lama spt paper bag yg tebal, bag kain, nylon etc. 

2. Jangan gunakan beg yg dasarnya lebar sgt sbb bila penuh kita isi barang, nanti beg tu mengembung dan akan menyukarkan kita berjalan nak masuk stor.

3. Pikir dulu barang apa kita nak simpan dalam beg yg digantung. Saya simpan barangan seperti selipar2 yg  saya ambik dr hotel, laundry bags dr hotel, paper bags dan shopping bags yg saiz sederhana. Semuanya ringan. Jangan simpan barangan yg berat sebab beg akan cepat lunyai.

4. Jangan gantung beg anda rendah sangat sampai cecah lantai. Tinggalkan space untuk barang yg boleh diletakkan di atas lantai di bawah beg gantung tersebut. Saya susun 3 storage bin yg dibeli di Daiso. Juga paper bag yg diisi lebihan wall paper. 

5. Kalau kita ada banyak sangat paper bag, pilih satu paper bag yg materialnya keras dan saiznya besar. Susun semua paper bags yg besar saiznya kat dalam tu dan letakkan kat bawah beg yg digantung. Jangan gantung paper ini sebabnya ia berat. Serius berat dan gedabak. 

Orait.. dan habis memaku, kita pikir pulak mcm mana nak maximise storage kat dinding satu lagi. Kat gambar kat bawah ni,  ada 5-tier drawer wrna biru hitam. Ada dua unit. Drawer tu comel, agak dalam dan murah. Harganya RM35.90 aje, beli kat Tesco. Kat dalam tu saya simpan brg2 hardware, etc etc. Yg berat susun kat bawah sekali. Yg atas masukkan barang yg ringan dan selalu kita nak guna. Hasilnya, jadi begini:


Puas ati lah lepas dah susun macam ni sebab senang dan selesa nak cari barang. 

Harap dapat menjadi sedikit panduan untuk anda. 

Saturday 9 March 2013

Resepi: Melty Hershey @ Lapis Cheesy


Dah lama dgr nama melty hershey ni. Ramai bakers kat FB dok menjual. Tak tau lah sapa gerangan yg cipta resepi dan dari mana datangnya idea dessert ini. Bila dah asyik terpampang kat FB akan dessert yg nampak menggiurkan mcm ini, maka lama-lama timbullah rasa curious dan teringin. 

Masa nama dessert ini mula meletup, nak carik resepinya punye laaaaa susah. Last week, tetiba pulak teringin nak makan, kita pun cuba search resepi ini, wallaaaahhhh.... berderet-deret keluar kat list uncle google. Belek satu-satu sampai mual, lebih kurang serupa aje bahan-bahan yg digunakan... maka, utk cubaan pertama, kita try resepi drpd blog Masam Manis

Tengok kat bahan-bahan, ada cream cheese. Serta merta teringat satu lagi nama yg agak glem - lapis cheesy... Rasanya dua mende ni adalah sama kot. Sebab kalau tgk end productnya, sama lagi serupa akan rupa parasnya - berlapis2. Satu tanda tanya lagi, nama melty hershey ni, kita ingat wajib guna product Hershey's... rupa-rupanya tidak.. Tah apa pasal tah tukang reka resepi ni dok taruk nama hershey... 

Meh tgk bahan2 yg telah diadaptasi dr resepi di blog Masam Manis. Kalau nak tgk yg original, sila click kat nama Masam Manis kat atas nun ye...

Bahan-bahan cheese:

250gm cream cheese Philadelphia - biar suhu bilik
200gm non dairy whipping cream (mesti kekal sejuk)
1 bekas kecik plain yogurt - aritu beli cap Tesco aje.. murah..
90gm gula kastor

Cara-cara:

Dalam mixing bowl, satukan cream cheese dgn gula. Putar sampai gebu.
Masukkan yogurt. Putar rata.
Dalam mangkuk lain, putar whipping cream yg sejuk sampai kental. Kalau suhu bilik, sila jgn putar sbb keje anda adalah sia-sia.
Masukkan whipping cream yg dah diputar tadi ke dalam adunan cheese. Kaup balikkan sampai rata.
Dah siap.

Bahan-bahan lapisan:

Biskut Oreo
Biskut digestive
Almond cincang
Sos coklat Hershey's

Cara melapis:

Sediakan bekas. Kalau nak melaram mcm bungkusan yg org jual, boleh la guna botol kaca hexagon. Tak pun, bekas plastik yg cantik, atau pun gelas cocktail... atau apa2 je lah ikut kreativiti korang.

Hancurkan biskut oreo dgn digestive. Satukan dgn almond cincang. Gaul rata. Tabur kat dasar botol/bekas.

Masukkan adunan cream cheese ke dalam piping bag dan paipkan atas lapisan biskut. 

Pas tu, tuang sos coklat Hershey's. Dan ulang semula sampai penuh.

Kalau nak guna bahan lain pun ok. Ada yg guna sos strawberry, fresh fruits, hazelnut, M&M's, parutan coklat susu, etc etc... Tak salah pun asalkan sesuai dgn tekak masing2.



Tuesday 26 February 2013

Pisau Seramik


Hari ni kita nak tayang pisau yg amat kita takuti - pisau seramik cap Kyocera. Bukan apa, sakit ati dek ketajaman pisau ini sbb kalau tersalah pegang, mmg selamat laaa jari, sbb semalam tersalah dah pegang. Nasib tak kuat. Bercalar lah jari jemari ini dan sangat pedih akibatnya...

Mengikut sejarah, pisau ni dibeli di Langkawi bulan Mac tahun lepas. Masa tu, kali ketiga kita ke pulau itu akan tetapi, kali ketiga baru kita dapat pegi shopping (dah pointnye mmg jenjalan & pegi shopping). Pertama kali jejak kaki ke sana, masa dihabiskan dgn berdating (alaaaaaa... yg kita tayang makanan mabelesss kat Westin & restoran seafood tuuuu). Shopping tak masuk agenda dan staff hotel amat pelik kerana kami tak bershopping... Kali kedua kita pegi jadi tourist guide, bawak dua member dr Uzbekistan datang melancong. Haru sangat masa tu sebab bulan puasa. Mr Hubby tak ikut sbb sibuk keje, jd kita dilantik sbg pengiring dan dibayar segala expenses (syokk!!). Masa ni nak bawak pegi shopping, kedai tutup pulak.. Rupanya kedai tutup hari Jumaat... dan hari Jumaat tu jugak laaa kita nak fly balik KL. 

Kali ketiga kita pegi dgn kengkawan yg sama duduk Uzbek dulu... dan shopping mmg ada dlm agenda. Sebelum pegi, masing2 dah bercerita apa barang patut beli, apa barang yg murah tp tpt lain mahal... Ada member beli set Corelle... errr... masa tu kita tak heran sangat dgn Corelle ni... tak tau kenapa... tapi satu benda yg kita sangat puas ati dpt beli di Langkawi - pisau seramik!!! 

Member kata , harga pisau ni teramatlaaaaaa mahalnya... Iye mmg mahal... Kat Isetan harga pisau sebijik macam ni, Kyocera Advanced Ceramic 6" Chef's Knife, harganya RM330.00. Pisau saja tau. Tapi kat Langkawi, harganya RM185, free peeler ye! Jauh beza tuuu... Bila di jek jek kat Mr. Hubby, permohonan diluluskan... yeayyy... Masa bayar, ada perkara magic berlaku - ada 5% discount.. Wah!!! Makcik sungguh gumbira.

Pisau seramik mmg terkenal dgn ketajamannya. Walaupun tajam, tapi bukan sebarang benda kita boleh potong dgn pisau ni. Manja! Jangan ngada nak potong ayam sekor dgn pisau ni. Kang kot menangis air mata darah tgk pisau ni patah dua. Kita selalu guna pisau ni utk potong daging, potong carrot, kentang & sayur lain etc etc. Lancar aje masa potong & cantik je... Tapi nak kopek kulit bawang, jangan lah guna pisau mahal ni, ada kemungkinan utk terkopek kulit jari juga kalau salah pegang.

Peeler tu pun tajam juga. Kalau nak pegang carrot atau kentang, kena betul2 fokus & berhati2... takut kulit kita pulak nanti dipeelnya... 

Masa nak cuci pun, amat laaaa takut. Pendek kata, kalau nak mengendalikan pisau ni, kena betul2 fokus & berhati2. Bukan aje takut tangan luka, tapi takut patah juga... 

Monday 25 February 2013

Gelas Cantik

Semalam lepas dating dgn Mr. Hubby kat Bangi Kopitiam, kami bawak diri masing2.. dia pi menebas kat driving range, ai pegi Tesco beli groceries. Kat Tesco, banyak ler barang yg kita beli - stationery, air mineral, roti, telur, ayam, susu, beg plastik sampah, sayur, yogurt, bla bla bla. Akan tetapi, satu benda sahaja yg kita nak cerita, sampaikan gigih pepagi buta ni ambik gambar benda tu and bukak blog. 

Masa tgh mengusung troli, ternampak setimbun benda colorful yg sangat laaaa cantiknya. Susunan itu tak ubah seperti susunan di bahagian perkakas dapur di Ikea. Tapi benda color-color macam ni tak ada kat Ikea, rasanya laaaa. Kalau ada pun, seingat ai lerrr, ada satu dua warna aje & the size is smaller. Apa bendanya? Ni haaa...


Cantik kan? Gelas ni jenis sederhana tinggi. Sedang elok laaa kalau nak pegang. Kita mmg suka gelas design mcm ni. Simple. Dulu ada beli kat Ikea pesen mcm ni tapi yg putih & tinggi. Masalah bila ada gelas putih transparent ni, ada sorg hamba Allah kat dalam rumah ni kengkadang tak nampak. Well, bukan selalunya tak nampak lah sbb ada time gelas kat atas kitchen cabinet tu semuanya terlonggok dalam sinki (dia punye keje lah tu). Jadi, atas alasan itu serta kecintaan melihat design & warna gelas itu, maka kita pun angkut semua warna yg ada. Harga rasanya dlm RM4.90/pc. Masa dok mengira brp RM nak terbang, ai ingat lg total nya lebih kurang RM30 utk 6pcs. OK lah kan? Lagi pun kat papan tanda Tesco tu tulis, offer bulan ni.. so baik grab aje.. kang kalau tak beli, kot menyesal lak... banyak kali dah kes sesal kemudian tiada gunanya ni...

Ni label kat m*nt*t gelas:


Imported by Tesco & it's made in Turkey... Kalau made in China, makcik mmg tak beli punyaaa... Barang kaca buatan Turkey mmg elok & berkualiti. Teringat ai borong Borcam masa dok Uzbek dulu. Kalau laa Borcam tu ada color-color camni kan best...


So, kalau korang suka gelas camni, sila lah ke Tesco ye. (free ad ni... Tesco tak bayar pun... hihi)

Sunday 24 February 2013

Mari Jamu Mata: Las Vacas, Jalan Yap Kwan Seng, KL

Asyik dok tempek resepi aje, hari ini, kita tempek gambar makanan pulak. Last week pegi satu restoran kat Jalan Yap Kwan Seng, nak menunaikan janji pada member. Beliau yg suggest pegi ke situ sbb asyik lerrr dok pegi TGIF, Chlli's... mcm bosan lah pulak kan? Malas nak tulis panjang lebor, korang cucilah mata buat panduan kalau berhajat nak ke sini ye? Mintak mahap, nama glemer setiap hidangan tidak pulak diingati...

Caesar Salad dgn salad yg tak dipotong... not bad... cuma ai ni tak berkenan kat poach egg tu.. tak de pon tak pe...

Salad kobis purple...

this is mine.. starter je dah cukup... it's called Beef Wrap.. sedap... ai recommend utk dicuba..

meatballs.... pun sedap juga...

side dish yg Mr. Hubby order...

main dish Mr. Hubby punye... beef steak (tak tau la striploin ke, tenderloin ke..) medium rare (ewwww...)

Macam mana nak pegi sana?

Kalau uolss dari arah KLCC ie Jalan Ampang, sampai kat simpang 4 depan KLCC tu, korang masuk kanan. Lepas Menara Public Bank, Ambank, Megan Phileo & sampai aje kat tempat org jual keta belah kiri tu, mata korang kena tgk belah kanan... Las Vacas ni bukan kedai dia semata, dia dlm bangunan kat ground floor... ada 2 lagi restoran sederet dia... level atas tu ada klinik gigi tp tak serupa klinik gigi... kalau dtg dinner & parking penuh kat depan restoran, korang park je kat belakang bangunan tu...