Pages

Tuesday, 7 July 2015

Resepi: Vegetable Stock & Chicken Stock



Hari ni baru ada mood sikit nak update blog. Sejak ada dak kenit tu, ai dah tak rajin nak snap gambar apa yg ai masak.. Kalau ikutkan, banyak je resepi baby food yg boleh di share tp tak dek gambornye, so mcm tiada selera lah nak update blog ni.

Belek2 henpon, jumpa gambar ni... Vegetable stock untuk makanan dak kenit tu. Dalam kebanyakan resepi yg ai masak, ai guna either vegetable atau chicken stock. Resepi dua2 ni lebih kurang je tp ai tempek lah jugak dua2 resepi tu. Actually resepi asal dr buku akak Karmel tp ai ubah suai sesuka hati ai.. hehe..

Vegetable stock

Bahan-bahan:

2 batang carrot - potong
1 batang leek - potong
1 labu bawang holland - mayang
2 ulas bawang putih - ketuk
1 batang celery - potong
2-3 batang daun bawang - cincang
1 helai bay leaf
Sedikit fresh herbs - belasah je apa yg ada - oregano ke, rosemary ke, thyme ke
Minyak zaitun untuk menumis
Air secukupnya

Cara:

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang holland & bawang putih lebih kurang seminit.
Bila dah layu bawang tu, masukkan carrot, leek & celery. Gaul rata dan biar lebih kurang 2 minit.
Masukkan air. Pas tu masuk fresh herbs & bay leaf. Gaul rata & tutup periuk. Biar mendidih dalam 20 minit.
Bila agak2 air dah makin kurang, tutup api. 
Masukkan daun bawang & kacau rata.
Sejukkan, pas tu tapis.
Boleh taruk dalam bekas kecik2 ikut kegunaan resepi makanan anak & simpan dalam freezer.


Chicken Stock

Bahan-bahan:

2 ketul chicken carcass atau nama glemer - ayam jerangkung
1 labu bawang holland - potong
2 ulas bawang putih - ketuk
1 batang carrot - potong
1 batang celery - potong
1 batang leek - potong
2-3 batang daun sup - cincang kasar
1 ikat sup bunjut
1 helai bay leaf
Minyak zaitun
Air secukupnya

Cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang holland & bawang putih sampai layu.
Masukkan carrot, celery & leek. Kacau rata.
Masukkan ayam jerangkung. Kacau rata & tutup periuk. Biar kejap.
Masukkan air, sup bunjut, bay leaf. Tutup periuk & biar mendidih.
Bila dah dapat stock, masukkan daun sup & tutup api.
Sejukkan, baru tapis ke dalam satu bekas bertutup.
Simpan semalaman dalam peti sejuk. Esoknya, keluarkan dr peti ais, kaut lemak/minyak beku dr permukaan stock.
Pas tu boleh la tuang dalam bekas kecik2 & simpan dalam freezer.

Untuk chicken stock ni, kalau nk guna kaki ayam pun boleh. Cumanya, nanti stock tu bukan dalam bentuk cecair tp mcm jelly. Nak guna tulang ayam ke, isik ayam ke ikut suka lah..

Perasan tak, dalam resepi ni tak masukkan garam? Tak payah letak ye.. makanan baby tak boleh ada garam.. kesian buah pinggang dia yg baru keluar kilang tu. My kenit dah setahun lebih ai tetap tak masukkan garam. Nak kurangkan penggunaan garam dlm diet dia.

Antara resepi yg guna stock ni - meat bolognese, minestrone, nasik ayam junior, butternut rissoto etc etc.
Smiley face cooking

No comments:

Post a Comment