Pertama kali makan potato cream soup yg dibuat oleh Kak Shah di Tashkent, terasa sangat mabelessss & tak puas makan (mcm ada sifat tamak haloba sedikit ketika itu ...). Seperti biasa, dgn segera saya meminta resepi drpd tukang masaknya. Tukang masak ini sebenarnya bukan betul2 tukang masak, she's the wife of our diplomat at Tashkent. Semua masakan beliau sangat mabelesss. Masakan beliau yg paling saya suka ialah kuih bom (versi goreng dgn minyak zaitun) & nasi dagang. Owhhhhhh.... terbaek di dunia tauuu!!!!
Ni resepi yg diberi oleh Puan Eshah:
Bahan-bahan:
3-4 biji kentang saiz sederhana - potong kecik2
2 ulas bawang putih - cincang
1 sb minyak zaitun
2 tangkai daun sup - cincang
2 tangkai daun bawang - cincang
1 labu bawang besar - potong dadu
salt & pepper
Chicken stock:
300gm tulang ayam - buang lemak
1 btg carrot - potong
1 btg daun sup - potong kecik
2 helai daun bay
Sedikit serbuk thyme
Air
*kalau tak rajin, just guna chicken cube campur air & rebus
3-4 biji kentang saiz sederhana - potong kecik2
2 ulas bawang putih - cincang
1 sb minyak zaitun
2 tangkai daun sup - cincang
2 tangkai daun bawang - cincang
1 labu bawang besar - potong dadu
salt & pepper
Chicken stock:
300gm tulang ayam - buang lemak
1 btg carrot - potong
1 btg daun sup - potong kecik
2 helai daun bay
Sedikit serbuk thyme
Air
*kalau tak rajin, just guna chicken cube campur air & rebus
Cara-cara:
1. Untuk chicken stock, rebus semua bahan dgn api besar selama 5 minit. Kemudian, renih dgn api kecik selama 20 minit. Tapis dan ambik stock sebanyak 1 1/2 liter.
2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih & bawang besar.
3. Masukkan kentang & chicken stock. Masak sampai kentang empuk.
4. Masukkan daun cincang, biar sekejap. Agak layu je, tutup api.
5. Tapis bahan2 tu dan masukkan bahan yg ditapis tu dalam blender. Biarkan air sup tu dlm piyuk. Blend sampai halus.
6. Tuang semula bahan blend ke dalam sup. Perasakan dgn salt & pepper. Masak kejap dlm 1-2 minit. Siaaapp!!
No comments:
Post a Comment