Pages

Tuesday, 31 January 2012

Mee Kuning & Mee Goreng Mamak

mee goreng mamak

mee kuning & kuey teow halus


Setiap pagi, mesti garuk kepala yang tak gatal bila time memikir apa nak masak untuk sarapan pagi. Selalunya I will ask Mr. Hubby, esok nak makan apa? Kadang-kadang dia jawab nak mee goreng mamak. Dan jawapan yang dia selalu dapat - tak de mee kuning dalam peti ais.

Last Saturday, as usual, we went to Pasar Tani MAEPS. This time, tak meronda-ronda atau pun breakfast kat situ sebab nak berkejar ke kedai tayar, pas tu nak balik kampung. Makanya, kenalah siap-siap makan. We had breakfast kat Maulana, Sri Serdang. Sejak balik dari Uzbek, ni lah baru dapat pegi situ. Terkujat tengok Maulana dah ada 3 lot kedai & tempat makan tingkat atas.

Sampai-sampai je kat pasar tu, terus pi beli sayur, daging & ikan. On the way nak keluar, ternampak satu gerai yang hanya menjual mee kuning & kuey teow. Ada jugak laaa sikit-sikit kopok lekor mentah, sos etc tapi tak pay attention sangat sebab seronok jumpa mee kuning. Seronok sbb boleh masak menu dambaan Mr. Hubby lerr... I bought 2 packets of mee kuning and a packet of kuey teow halus which cost me only RM3.00. Mee tersebut adalah keluaran Hajjah Che Halimah Omar, Koperasi JML Berhad kat Bandar Baru Bangi (actually info kat peket tu agak confusing). Kalau nak tau lebih lanjut, sila ke sini, kot-kot nak beli borong. Tak pun, terjah je gerai kat Pasar Tani MAEPS tu. Recommended sbb mee kuning tak rasa kapur.

Semalam, Mr. Hubby cuti and dengan bangganya I cooked his makanan idaman beliau - mee goreng mamak. Dia asyik cakap, mee goreng mamak kena guna 3 biji telur & guess what? Soalan pertama dia tanya masa nak makan - guna berapa biji telur? Hmmmmm....

Ni resepi mee goreng mamak versi cik lina:

Bahan-bahan:

Sepeket mee kuning
3 - 4 sudu besar cili mesin
3 - 4 sudu besar kacang goreng yg ditumbuk
Segenggam udang kering ditumbuk
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Sawi ( I used kangkung. Tak suka sawi.)
Carrot
Taugeh (Tak masuk sbb tak beli.. hehehe)
3 biji telur (kena guna 3 lah, sbb mee sepeket...)
Kicap cair
Kicap manis
Kicap masin
Garam & gula
Minyak untuk menumis

Cara:

Panaskan minyak. Masukkan cili mesin dan goreng garing.
Masukkan bawang putih, bawang besar, udang kering dan kacang tanah. Gaul rata. Kalau kering, masukkan air sikit.
Masukkan garam, gula dan kicap cair. Gaul rata.
Masukkan semua jenis sayur, gaul rata.
Masukkan mee kuning, gaul rata. Pas tu, buat kawah kat tengah dan pecahkan 3 biji telur. Tutup dengan mee.
Lepas agak-agak telur dah separuh masak, kacau rata. Perasakan dengan kicap manis dan kicap masin.
Hidang dengan potongan timun, limau kasturi, daun bawang, bawang goreng dan cili jeruk.

Mr. Hubby's feedback----> sedaaaaaaaappp!!!! Smiley (gedikss)

3 comments:

  1. cik lina
    i komen kat entry 'hijau' kat bawah tu..tapi bila publish aje, i got an empty skrin..it means my komen hilang cenggitu aje :-(

    hamboi3..gediksnya dia bila dpt pujian...hehe.. (yg bercakap nih lagilah triple gediks, haha).

    1st time dengar org goreng mee guna kangkong but why not ehh? Nanti i nak try jugak wpun i peminat tegar sawi badan kontot sbb sawi jenis nih sangat crunchy n manis (mcm i, ahaks)..

    ReplyDelete
  2. Cik som... Wa never masukkan sawi sbb sawi tak sedap.. Kangkung la syok wpun kecut dlm mee... Hehe... Bukan ke sawi pahett? :-O

    ReplyDelete
  3. cik lina
    bukan semua sawi tu pahit. Ada jenis yg manis lagi crunchy, yummy ..

    ReplyDelete