Pages

Monday 31 August 2015

Resepi: Kek Lumut Kukus



Dah lama teringin nak makan kek lumut ni... sebabnya ai ni peminat rasa pandan so dok terasa-rasa mesti sedap kek lumut ni sbb rasa pandan. Penah sekali rasa mcm nak beli je.. tengok harga huiiiiiyaiiii RM120 sebiji... itu sudah mcm harga mula set cupcake fondant yg ai jual.. Tak jadi ler nak beli... baik buat sendiri tapi kita xde resepi. 

Suatu hari kat fb, sorg famous someone (dont know to call her celebrity kah.. personaliti kah.. chef kah... sorry kak Jamayah Bujang... errkk..) yg ai follow kat fb sbb beliau rajin share resepi, share resepi kek lumut ni... Nampak je terus ler ai screenshot simpan dlm henpon... alkisahnya resepi yg kak Jamayah share tu adadi tulis dlm bracket Resepi Dayang Jack. Gaya mcm org sarawak... maka berbunga2 lah hati ini kerana berjaya mendapat resepi dr orang Sarawak...yeayy...

Ni resepinya:

Bahan-bahan:

10 biji telur gred A
450gm mentega berkualiti tinggi (ai guna Anchor)
3/4 cawan gula castor
2 cawan nestum (dikisar halus)
1 cawan serbuk almond
1 cawan serbuk horlicks
1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
2 sudu kecil esen vanilla
1 botol 60ml pes pandan cap Kopoe-kopoe
1 cawan susu pekat manis

Cara-cara
  • Sediakan pengukus besar yg muat baking tin saiz 10in.
  • Griskan loyang dgn mentega/marjerin.
  • Dlm mixer, pukul mentega dgn castor sugar dan esen vanilla hingga kembang & gebu. Gunakan kelajuan maksima.
  • Masukkan telur sebiji dan pukul dgn kelajuan perlahan. Ulang sampai abis.
  • Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.
  • Masukan tepung gandum sikit2, selang seli dgn horlicks, serbuk almond dan nestum. Kacau sebati.
  • Tuang adunan dlm loyang & tutup dgn alumunium foil. Alumunium foil tu disapu sikit dgn marjerin supaya tak melekat bila kek naik).
  • Kukus selama 4 jam. 
  • Dah masak, sejukkan dulu sebelum dipotong.
Hasilnya: 

Kek ni memang sedap. Texture serbuk almond mmg terasa cumanya, sbg peminat perasa pandan, ai agak kuciwa lah sbb resepi ni guna pes pandan aje. Ingatkan brand ni kuat rasa pandannya.. ye la kan sebotol besor kauuu!! Rasanya boleh adjust kot kalu kita tambah perasa pandan star brand. Nak taruk pure pandan juiceboleh jugak kot cuma takut kek jd padat sebab kita tambah cecair. Sapa yg expert, pepandai ler adjust.

Lagi satu, pewarna pes kopoe kopoe ni teramat laaaaaaaaa kuat coloringnya... Boleh kot kalu kita guna half botol kopoe kopoe & half botol star brand... 

Selamat mencuba... 

Blogging from Johor Bahru, JDT.



Resepi: Pancake Sedap


Suatu pagi ketika Mr. Hubby dah pi keje dan tinggallah ai dua beranak dgn Miss H kat rumah, maka tetiba rasa kelaparan sbb terlupa nak breakfast. Biasanya breakfast ai tak masak beria2 sbb kejar masa basuh pinggan, basuh baju, sapu sampah segala sementara Miss H belum bangun. Selagi tak lapar, selagi tu ler kita buat keje... 

Nak jadi cerita, bila kelaparan dah di tahap kebuluran, menggelabah ler selongkar pantry.. Roti tak de. Yg ada telur je. Takkan nk buat scrambled egg je kan? Memilih lak tu. Teringat pulak pancake. Tgk bahan semua ada... phewwhhh.. apa lagi.. kita melempeng ler... sekejaaapp je dah boleh makan.. cuma kena ada sedikit kegigihan.. ai jd gigih & sabar sbb nak makan sedap haha.. 

Resepi ai ambik dari blog Izah Muffin Lover tp tidak ler kita buat buttermilk tu sbb errr... nak cepat...

Resepi Pancake Sedap:

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar - room temperature
1 biji telur
2 sudu besar butter - cairkan
Sedikit garam

Cara-cara:
  • Tepung dan baking powder di gaul rata guna hand whisk & ayak (ai x buat pon hihi)
  • Dalam mangkuk lain, pukul telur sikit. Guna hand whisk ye.
  • Then masukkan gula pasir, garam & butter cair. Butter tu jgn panaskan & terus masuk ye.. kang telur tu masak pulak.. pukul sebati.
  • Masukkan susu. Kacau rata.
  • Then masukkan tepung sikit2. 
  • Rehatkan adunan dlm stgh jam (ai tak buat sbb ai kan kebuluran.. mana boleh tunggu lama2 hihi)
  • Panaskan non stick pan dgn api sederhana. 
  • Senduk kan adunan dan tuang kat tgh pan.. bila dah menggelembung permukaan atas & yg bawah dah brown, terbalikkan. Dah perang, angkat. Buat ler sampai abis... ai siap satu terus makan.. sedap wehhh...
  • Hidangkan dgn madu atau apa2 je yg korang suka... 
Selamat mencuba!

Blogging from Johor Bahru, JDT.