Pages

Friday 22 March 2013

Resepi: Laksa Utara


Our favourite. Semua barang mentah beli kat Pasar Tani MAEPS Serdang. Laksa yg digunakan tu bukan jenis yg kering kena rendam. Senang gitu. Celur dgn air panas sekejap je untuk cuci minyak.

Bahan-bahan:

1 peket laksa
5 ekor ikan - kita guna ikan kembung
Cili mesin - ikut pedas
Asam keping
Asam jawa
Bunga kantan
Daun kesum
Garam kasar

Cara-cara:

1. Laksa dicelur dgn air panas. Tos air dan ketepikan.

2. Ikan dibuang perut dan cuci. Masukkan dalam periuk dan tuang air. Banyak air ni menentukan banyak mana kuah laksa nanti. Masukkan asam keping. Rebus sampai ikan masak.

3. Dalam periuk lain, tuangkan air rebusan ikan. Gunakan penapis. Biarkan dulu.

4. Jom settlekan ikan dulu. Sediakan blender. Asingkan isi ikan dgn tulang. Masukkan isi ikan dulu dalam blender dan masukkan sikit air dari air rebusan ikan tadi. Blend sampai halus. Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan.

5. Turn tulang ikan pulak. Jangan dibuang dulu. Blend tulang ikan dgn air sikit. Masukkan ke dalam periuk air rebusan tadi. Jangan lupa guna penapis.

6. Masukkan cili boh ke dalam periuk tadi. Agak-agak nak pedas mana.

7. Masukkan juga bunga kantan, daun kesum, asam keping dan air asam jawa. Nyalakan api.

8. Bila dah menggelegak, masukkan garam kasar. Rasa masam pedas kuah. Kalau tak kena, adjust lah apa yg patut. Bila dah rasa garam, pedas masam semua dah balance, boleh la tutup api.

9. Hidang dgn condiments - timun, salad, telur rebus, bawang, limau kasturi.

Laksa yg mabelesss.. pernah dipuji macam rasa laksa Kuala Perlis.. hihi...

Saturday 16 March 2013

Mari Kemas Stor Bawah Tangga

Hari ni bukan nak cerita pasal dapur, tapi cerita pasal bawah tangga. Off topic sat. Semalam mood datang nak kemas stor. Tetiba rasa mcm best pulak idea yg kita dapat masa mengemas tu. Tu yg seronok nak share. Ye la kan, stor bawah tangga tak de la besar mana sangat. Kalau salah susun, masa nak carik barang, mau meraung. 

Meh tengok sini:


Stor kita hanya sekangkang kucing. Muat-muat sorang aje boleh masuk. Kalau nak letak barang, sudah tentu kita akan susun sebelah dinding aje kan? Disebabkan kita tak mau membazir dinding satu lagi dan tidak mengganggu perjalanan trafik, idea menggunakan beg yg digantung di dinding dikira amat praktikal. Kurang makan space dlm stor tp boleh simpan banyak barang dan senang utk dicari dan dicapai. 

Cara nak buat storage begini senang aje. Pegi kedai hardware atau pasaraya, cari penyangkut plastik yg ada paku. Bukan yg guna gam tau. Pastikan cangkuknya besar. Kalau takut salah beli, pilih dulu beg mana yg anda nak sangkut, tengok pemegang beg tu lebar mana. Sila ambil kira lebar dan juga fleksibility pemegang tersebut samada boleh dilipat atau tidak. Kalau pemegang keras lebar dan tak boleh dilipat, anda perlukan penyangkut yg mempunyai cangkuk yg lebar juga. Kalau pemegang yg boleh dilipat (material drpd kain lembut atau tali), ambil kira juga lipatan pemegang itu akan jadi besar mana. Bukan apa, kalau beli yg kecik, dah berpeluh ketuk paku kat dinding, jgn menangis kalau tak boleh cabut semula ye... Contoh penyangkut berpaku adalah seperti ini:


Kalau tgk gambar stor yg atas tu, pemegang beg hitam hijau tu adalah keras. So kita guna penyangkut yg cangkuknya lebar. Untuk paper bag dan beg guni, kita guna penyangkut mcm dlm gambar atas ni.

Cara nak susun pun senang. Tadi kita dah pilih beg mana nak sangkut, pas tu kita pegi kedai beli penyangkut kan? Dah balik rumah, standby hammer kecik. Jangan guna hammer besor sebabnya permukaan nak ketuk paku kecik-kecik kat penyangkut tu tak la lebar mana. Kalau guna hammer besar, takut sekali hayun, terhayun kat cangkuk, patah la pulak. Kalau tak de hammer kecik, tak payah beli baru, guna je hammer besor tu akan tetapi, sila berhati2. 

Dah ready dgn hammer, tenung dinding dan mulakan aktiviti mengimajinasi susun letak beg-beg yg nak digantung. Lepas tu, ambik satu beg, ambik penyangkut dan adjust kat dinding. Kalau dah berpuashati 100%, tandakan dinding dgn pensel dan start ketuk paku penyangkut tu. Masa nak gantung beg kedua, jangan turunkan beg yg pertama. Biarkan di dinding sebab senang nak imagine dan susun.

Oh lupa nak cakap. Masa nak pilih beg mana nak gantung, sila ambil kira perkara2 berikut:

1. Material beg yg nak digunakan: guna yg tahan lama spt paper bag yg tebal, bag kain, nylon etc. 

2. Jangan gunakan beg yg dasarnya lebar sgt sbb bila penuh kita isi barang, nanti beg tu mengembung dan akan menyukarkan kita berjalan nak masuk stor.

3. Pikir dulu barang apa kita nak simpan dalam beg yg digantung. Saya simpan barangan seperti selipar2 yg  saya ambik dr hotel, laundry bags dr hotel, paper bags dan shopping bags yg saiz sederhana. Semuanya ringan. Jangan simpan barangan yg berat sebab beg akan cepat lunyai.

4. Jangan gantung beg anda rendah sangat sampai cecah lantai. Tinggalkan space untuk barang yg boleh diletakkan di atas lantai di bawah beg gantung tersebut. Saya susun 3 storage bin yg dibeli di Daiso. Juga paper bag yg diisi lebihan wall paper. 

5. Kalau kita ada banyak sangat paper bag, pilih satu paper bag yg materialnya keras dan saiznya besar. Susun semua paper bags yg besar saiznya kat dalam tu dan letakkan kat bawah beg yg digantung. Jangan gantung paper ini sebabnya ia berat. Serius berat dan gedabak. 

Orait.. dan habis memaku, kita pikir pulak mcm mana nak maximise storage kat dinding satu lagi. Kat gambar kat bawah ni,  ada 5-tier drawer wrna biru hitam. Ada dua unit. Drawer tu comel, agak dalam dan murah. Harganya RM35.90 aje, beli kat Tesco. Kat dalam tu saya simpan brg2 hardware, etc etc. Yg berat susun kat bawah sekali. Yg atas masukkan barang yg ringan dan selalu kita nak guna. Hasilnya, jadi begini:


Puas ati lah lepas dah susun macam ni sebab senang dan selesa nak cari barang. 

Harap dapat menjadi sedikit panduan untuk anda. 

Saturday 9 March 2013

Resepi: Melty Hershey @ Lapis Cheesy


Dah lama dgr nama melty hershey ni. Ramai bakers kat FB dok menjual. Tak tau lah sapa gerangan yg cipta resepi dan dari mana datangnya idea dessert ini. Bila dah asyik terpampang kat FB akan dessert yg nampak menggiurkan mcm ini, maka lama-lama timbullah rasa curious dan teringin. 

Masa nama dessert ini mula meletup, nak carik resepinya punye laaaaa susah. Last week, tetiba pulak teringin nak makan, kita pun cuba search resepi ini, wallaaaahhhh.... berderet-deret keluar kat list uncle google. Belek satu-satu sampai mual, lebih kurang serupa aje bahan-bahan yg digunakan... maka, utk cubaan pertama, kita try resepi drpd blog Masam Manis

Tengok kat bahan-bahan, ada cream cheese. Serta merta teringat satu lagi nama yg agak glem - lapis cheesy... Rasanya dua mende ni adalah sama kot. Sebab kalau tgk end productnya, sama lagi serupa akan rupa parasnya - berlapis2. Satu tanda tanya lagi, nama melty hershey ni, kita ingat wajib guna product Hershey's... rupa-rupanya tidak.. Tah apa pasal tah tukang reka resepi ni dok taruk nama hershey... 

Meh tgk bahan2 yg telah diadaptasi dr resepi di blog Masam Manis. Kalau nak tgk yg original, sila click kat nama Masam Manis kat atas nun ye...

Bahan-bahan cheese:

250gm cream cheese Philadelphia - biar suhu bilik
200gm non dairy whipping cream (mesti kekal sejuk)
1 bekas kecik plain yogurt - aritu beli cap Tesco aje.. murah..
90gm gula kastor

Cara-cara:

Dalam mixing bowl, satukan cream cheese dgn gula. Putar sampai gebu.
Masukkan yogurt. Putar rata.
Dalam mangkuk lain, putar whipping cream yg sejuk sampai kental. Kalau suhu bilik, sila jgn putar sbb keje anda adalah sia-sia.
Masukkan whipping cream yg dah diputar tadi ke dalam adunan cheese. Kaup balikkan sampai rata.
Dah siap.

Bahan-bahan lapisan:

Biskut Oreo
Biskut digestive
Almond cincang
Sos coklat Hershey's

Cara melapis:

Sediakan bekas. Kalau nak melaram mcm bungkusan yg org jual, boleh la guna botol kaca hexagon. Tak pun, bekas plastik yg cantik, atau pun gelas cocktail... atau apa2 je lah ikut kreativiti korang.

Hancurkan biskut oreo dgn digestive. Satukan dgn almond cincang. Gaul rata. Tabur kat dasar botol/bekas.

Masukkan adunan cream cheese ke dalam piping bag dan paipkan atas lapisan biskut. 

Pas tu, tuang sos coklat Hershey's. Dan ulang semula sampai penuh.

Kalau nak guna bahan lain pun ok. Ada yg guna sos strawberry, fresh fruits, hazelnut, M&M's, parutan coklat susu, etc etc... Tak salah pun asalkan sesuai dgn tekak masing2.